Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, terima kasih kepada blog Paly.my yang sudi menjadi penulis undangan di blog denaihati.com. Kisah kali ini ialah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh blogger sehingga menyebabkan kesilapan. Kita ikuti perkongsian dari beliau.
Boleh dikatakan setiap hari ada saja yang teringin menjadi blogger dan buat blog dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berkongsi pelbagai perkara secara online. Dan ada di antara mereka yang berjaya selepas aktif beberapa bulan sebagai blogger.
Rezeki ada dimana-mana.
Tapi, ada juga yang kurang berjaya dengan apa yang mereka mahukan. Ramai yang mempunyai idea-idea baik tapi tak mampu nak luahkan dengan cara betul untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Seperti contoh, seorang blogger baru INGIN berkongsi pelbagai cerita menarik dengan harapan dapat menarik ramai pembaca lalu INGIN menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetapi malangnya, CARA yang digunakan adalah kurang tepat. Oleh itu, kegagalan ditempa. Seperti pesanan sifu buat blogger dalam entri Denaihati.
Semasa aku mula berblog, aku juga kurang arif dalam bab blog sehingga tahap aku kena rajinkan lagi untuk membaca blog-blog abam macho dan kakak comel untuk tahu macam mana mereka jadikan blog sebagai duit tambahan bulanan. Apa yang aku ingin tekankan adalah kena RAJIN dan buat ULANG KAJI.
Setelah menjadi blogger hampir 2 tahun, pelbagai jenis blog aku jumpa dan ada juga di antara mereka mengeluh. Usah risau. Sila terus rajin dan usaha serta berdoa pada-Nya. Kesilapan adalah salah satu penjang tunjang kepada tangga kejayaan. Tengok apa niat kita dan tujuan kita dalam menjadi sebagai seorang blogger. Adakah hanya ingin menulis atau ingin mencari duit tambahan atau ingin memberi manfaat pada orang ramai ? Terpulang.
Melalui pengalaman aku, dengan rendah diri, aku senaraikan 10 kesilapan blogger yang menyebabkan kegagalan.
Banyak perkara ingin dikongsi
Semangat yang tinggi pada awal berblog boleh menyebabkan blogger cenderung untuk berkongsi pelbagai perkara sehingga pada satu saat, mereka sendiri tak dapat nak menulis dengan baik lagi. Apa sebab ? Puncanya adalah blogger tersebut tidak menumpu pada satu tajuk atau lebih difahami melalui pendekatan sebagai niche blog.
Kalau betul-betul mampu, silakan. Aku memang tak mampu.
Habis segala tajuk ingin dipertaruhkan dalam blog. Masakan, percutian, tips, gaya hidup, makanan dan personal antara tajuk-tajuk menjadi pilihan untuk ditulis dalam satu blog. Dan, bila ditambah dengan tajuk INFO yang mana kena tulis beralaskan dengan fakta menyebabkan blogger buntu lalu mengambil jalan mudah iaitu salin dan letak lalu siarkan melalui blog. Akhir sekali, blogger GAGAL menulis dengan baik bila terlalu banyak ingin dikongsikan.
Kedekut dalam membuat pelaburan
Walaupun menggunakan platform blogger, ada juga pelaburan harus diletak. Seperti contoh, domain. RM30 atau lebih untuk setahun, tak mampukah untuk mendapatkan lebih banyak daripada jumlah itu ? Jika platform wordpress, ianya lebih banyak dan juga lebih menguntungkan jika kena dengan cara. Aku sendiri dapat lihat sudah ramai berjaya dalam menggunakan wordpress untuk berblog setiap hari.
Jangan terlalu comot dalam bab design blog
Ikhlas aku cakap, blog terlalu pelik designnya dan banyak kucing bergerak adalah blog kurang disenangi oleh pengunjung, termasuk aku. Antara sebab adalah tidak menampakkan professionalism sebagai blogger. Terpulang, bagi blogger yang ingin menulis sebagai hobi atau suka-suka, aku tidak kisah. Cuma ada juga aku baca blog personal, yang menulis untuk berkongsi kisah hidup tapi ramai pembaca.
Sebabnya adalah tiada kucing buat lintasan dalam blog. Itu antara tarikan secara tidak langsung.
Aku sarankan untuk usha beberapa blog yang masyhur di Malaysia dan tengok bagaimana design blog mereka yang dah menarik pelbagai jenis pembaca dan follower.
Perhatikan kelajuan blog
Aku juga mempunyai wordpress blog dimana theme yang aku guna adalah sangat berat dan amat berbeza dengan Genesis Theme. Dari situ, aku dapat lihat statistik pembaca mahupun pengunjung yang membuka blog dengan kelajuan yang baik. Sebagai contoh, Denaihati.
Ramai juga yang bersependapat bahawa blog yang terlalu lama untuk dibuka menyebabkan mereka, sebagai pembaca, terus memangkah browser melainkan mereka memang betul-betul ingin membaca hingga sudi menunggu. Ada banyak cara dalam mengatasi masalah ini tetapi sebahagian blogger tidak mengambil kisah walaupun mereka ini mahu mencapai apa yang diinginkan seperti UV yang tinggi.
Untuk masalah ini, sila rujuk dengan blogger yang pakar untuk baiki blog masing-masing.
Menulis dengan baik secara konsisten
Content is king. Memang tersangat betul malah ramai blogger-blogger Malaysia setuju dengan slogan terbaik ini. Buat ulang kaji, tulis dengan perkataan menarik, ikhlas dalam menulis dan asli adalah antara faktor yang menjadi tunjang utama dalam menulis satu artikel yang baik walaupun hanya berkisahkan hidup sendiri.
Belajar dari yang dah berjaya.
Ianya mengambil sedikit masa tapi hasilnya, cukup hebat. Aku pernah menulis suatu artikel tentang seorang awek. Ramai yang terjah hingga menjadi bualan oleh kawan-kawan sekolah aku. Itu pengalaman yang aku dapat.
Bagi mengelakkan kegagalan, seharusnya dibuat secara konsisten walaupun memakan sedikit masa. Paling kurang 1 artikel diselang 3 hari tapi kalau boleh, jadikan ia sebagai hobi untuk menulis setiap hari untuk mengelakkan menjadi malas bila sudah berselang hari.
Ini adalah 5 kesilapan blogger yang aku dapat lihat sepanjang menjadi blogger. 5 kesilapan lagi yang mana juga perlu diberi perhatian adalah :
- kurang aktif dalam media sosial;
- tiada perbualan 2 hala dengan pembaca blog;
- blog tidak dioptimasikan dengan baik seperti SEO;
- usaha yang suam-suam kuku;
- tidak tahu apa yang ditulis walaupun ianya idea sendiri.
Selesakan diri dalam berblog. Itu antara perkara yang aku amalkan untuk mengelak segala kesilapan, selagi boleh, dalam menulis blog setiap hari. Berjalan-jalan makan angin, bergurau dengan adik beradik, berhibur secara bagus dan makan biar tepat pada masanya adalah antara yang aku buat untuk mengekalkan diri sentiasa mempunyai idea untuk menulis sehabis baik dalam blog.
Ini merupakan pengalaman aku. Bagaimana pula dengan anda ?
Wallahu’alam
No related posts.
448 Comments
Alhamdulillah, entri yang tuan denaihati.com kongsikan dapat membantu wawa mengelakan daripada melakukan kesilapan ketika berblog. Terima kasih kerana berkongsi.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
biasanya blog dengan hati lepas ikhlaskan dengan jiwa insyallah wang akan datang kemudiannya nanti.itu antara pesana otai yang masih saya ingat sehingga sekarang
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
ya, betul tu. wawa pun pernah baca jugak sepertimana yang dikatakan oleh saudari. Alhamdulillah, nampak perbezaannya kalau buat macam tu.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Keikhlasan dalam berblog itu penting. Jika kerana duit semata-mata. Aku yakin duit akan semakin jauh apabila kita kejar. Biar duit datang mengiringi kita berkat dari kesabaran dan keikhlasan berkongsi ilmu.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
nak jadikan blog sumber ilmu juga. tapi bila ada pembaca kata cuba variasikan masa saya ikutlah kehendak pembaca setia. rata mereka kenali blog saya sejak 2009 lagi.sungguh terharu saya buatnya
Lamanya dah berblog, kalau aku ada masalah nanti boleh lah roger dengan suri. Aku belajar buat blog sejak 2007. Tapi tenggelam timbul, tak tahu mana arah. Cuma sejak 2013 aku cuba serius untuk berblog.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
terkadang benar apa katakan admin. kita suka blog campur adukkan itu salah satu sebab blog kita nichenya sering terbabas
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
masih banyak kelemahan yang perlu perbaiki dari semasa ke semasa. teringin nak blog macam denaihati ada sahaja orang baiki dan tegurkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
rasa nya ok je kot campur semua asalkan kita asingkan ikut keadaan supaya pembaca pun tak pening kalau mahu cri sesuatu di blog kita
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
ada orang kata belajar dari kesilapan…tapi jika selalu buat silap dah kira lain macam tu…semoga menjadi pengajaran kepada blogger yang baru seperti aku untuk terus maju
saya rasa saya masih banyak lakukan kesilapan. mahu juga minta bantu rakan blogger tapi takut kata mengganggu pula.terkadang sendiri juga cuba baiki harapnya ia menjadi
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pukau Bonsai & Orkid 2014 Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
jawapan bagi persoala itu kita wajib cari guru dan ilmu barulah apa kita nak seiring dan mungkin matlamat kita akan tercapi untuk punya blog berinfo dan berwawasan mata pembaca nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
Selalu buat silap tak apa, tapi jangan buat kesilapan yang sama terlalu kerap.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
menulis secara konsisten tu kadang kadang agak sukar sebab takde idea tapi kena ada backup entry yang perlu supaya tak dibiarkan kosong lantas boleh buat gagal kalau takde pembaca. terus takde semangata dan gagal.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
jangan sempitkan idea luaskan dan bebaskan ia. cuba buat dari hati bukan paksaan semata-mata.moga urusan kamu di permudahkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Memang betl. Setuju kerana ada antara kesilapan diatas saya buat lagi.
Hehe
Masih tetap setia dengan blogger walaupun tahu wordpress ada banyak lagi kelebihannya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Jenis Kain Tudung Labuh Dan Ciri Cirinya
kesilapan sering kita lakukan walaupun tahu itu silap tapi sering tak ambil pusing.otu kelemahan kita agaknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
cuba biasakan keadaan nanti akan terbiasa juga. mugkin mula-mula sahaja agaknya lama kelamaan yang sukar akan mudahkan.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tetamu Allah : Si Ulat Beluncas Kembar
Ide anda sangat kreatif sekali dalam membuat artikel ini, saya sangat menyukainya
Curahan rasa Irfan Nauri @ ..OBAT TULANG KEROPOS
Inilah yg wan hadapi skrg. Wan rasa semakin lama semakin hilang identiti dalam blogging.
Mungkin teknik wan juga silap.
Susah untuk undur semula tapi susah juga untuk teruskan kerana wan rasa mcm stuck somewhere around.
Apapun, perkongsian yang menyedarkan diri wan sndr dlm mencari identiti berblog.
Curahan rasa mohdridzwan @ ..Ciri-ciri Suami Yang Baik
cuba buat sehabis baik kalau bukan ini hari tapi masa sekarang dan masa hadapan tiada kesilapan berulang lagi
Yup. Loading blog tu harus diberi perhatian… saya pun kalau blog lambat hilang gak mood nak blogwalking…..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
loading sebab iklan atau like terus saya akan bersabar itu kalau lama dia on saya akan terus pangkah sahaja sebab masa saya agak terhad untuk berblog
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Terima kasih untuk perkongsian tips ini.
Bab perbualan 2 hala dengan pembaca blog itu, saya akui saya perlu improve.
Apa-apa pun, nak jadi blogger hebat, kena rajin
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
Benda nie pun penting juga sebenarnya untuk blogger… Xlah kita dicop sebagai blogger syok2 sendiri.. 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
payah juga jika syok sendiri tak apa sebab mereka ada blog tapi kurang berkenan kalau bab politik dan memburukkan orang itu rasa lebih baik hindarka jauh-jauh
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kerja Rumah Jangan Tinggalkan Daku..
masih belajar utk mjadikan blog lebih bermanfaat utk pembaca..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
Betul tu… Masih dalam proses menjadikan blog antara yang terbaik…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
wawa pun sama. sedang belajar untuk menjadikan blog wwa lebih baik dan bermanfaat untuk para pembaca.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Make it simple and nice. Kekadang bila bukak blog tu penuh dengan emoticon dan plugin yang entah apape.. Dengan muzik bagai..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Jenis-jenis Watch Malaysia Untuk Aktiviti Luar
Ahahaha. Saya dulu pun begitu, siap ada saljilah, dengan muzik bagai. Dah taubat dah, tak nak susahkan pembaca blog. T___T
salji…. >.< hahahha tak pe. waktu tu muda lagi kan. macam-macam nak cuba.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Pesawat Malaysia Airlines MH17 Terhempas di Ukraine
Haha kan. Wawa pun masa mula berblog siap nak letak kamera cctv lagi. Lepas tu macam macam letak hujan la, jam la, doodle selamat datang la. Bila blog dah berat mula la. Sekarang wawa dah taubat dah tak letak semua tu. Susahkan para pembaca yang nak datang.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
kalau ade muzik tu yang aku tak tahan. aku pun kalau tengah bw biasa pasang lagu di laptop sendiri. ye lah, citerasa sendiri kan. tibe-tibe bukak blog orang keluar pulak muzik. yang paling haru bile aku bukak tab banyak-banyak. tak tahu tab mana satu yang ade muzik tu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Pesawat Malaysia Airlines MH17 Terhempas di Ukraine
jangan tak tahu saya pernah buat benda tu dulu…. Awal2 dulu taksub dengan widget2 bagai nie… 🙂
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
biasalah itu masa mula berjinak dengan blog sekarang sudah buang jauh bagsulah kiranya itu sebab nak nampak blog lebih serius bukan ada blog tujuan untuk main-main.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Gigitan Berair Hymenopetrous Formicidae
haha zaman jiwa kacau. wawa pun dulu suka juga letak widget bagai dekat blog ni. Dalam hati cakap nak sedap mata memandang. Sekarang dah insaf dah. 😀
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
yang tu boleh bikit stress dan jiwa kacau terus tak ada mood tambah ilan tutup entry lagi masalah besar
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Terima kasih atas perkongsiannya Tuan. Saya tertarik dengan point terakhir dari Tuan. Saya kalau dah pos sesuatu artikel di blog, kadang-kadang saya akan rasa macam ada yang tak kena dengan apa yang saya tulis. Kadang-kadang sampai 4 atau 5 kali saya edit semula entri yang saya paparkan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Tu la.. Saya pun. Bimbang jugak apa yang kita tulis tidak sampai maksudnya kepada pembaca..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Pengalaman Bersama Nuffnang
Kan? Kadang2 saya rasa bersalah kalau ada salah ejaan. Itulah akibat menaip dengan laju sampai tak ingat dunia.
Saya kekadang kalau dah publish tu, saya baca dulu sebab saya tahu cnfirm ada yang salah eja… dari dulu lagi mesti ada je yang salah eja kalau tulis entri…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
sama juga dengan saya. lepas publish artikel dekat blog, saya akan baca balik 3 4 kali lepas tu bila rasa ayat tak sedap, edit balik baiki yang mana patut sampai jadi ayat yang sedap untuk dibaca.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
Comments are closed.