Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau dibandingkan top 10 entri Ogos 2013 dengan 10 entri popular September 2013 memang agak berbeza trendnya. Untuk bulan September pembaca setia lebih banyak membaca entri terbaru mungkin kerana tajuknya dan mengisian yang lebih menarik. Google sekarang memang lebih suka entri yang penuh dengan pengisian, asli bukan copy paste dan tidak terlalu pendek, paling bagus lebih daripada 400 perkataan.
Menulis entri perlu ada keseimbangan kalau terlalu panjang pun kurang menarik kerana pembaca akan hilang fokus. Kombinasi penulisan yang baik dan gambar yang menarik pasti akan menarik perhatian pembaca. Paling baik gambar yang dipaparkan mestilah asli snap daripada smartphone atau kamera sendiri bukan yang diambil dari Google. Gambar pun ada nilai SEO yang tinggi dengan olah yang betul, tak percaya cuba search images di Google dan Yahoo pasti akan keluar url blog dan website pada setiap gambar . Bayangkan kalau gambar kita berada di page pertama Google dan Yahoo.
Jom kita tengok apa yang menarik di blog Denaihati sepanjang bulan September yang tidak lari dari isu-isu menarik yang diketengahkan dalam pelbagai entri. Kali ini akan menyenaraikan entri yang menjadi Top 10 Bulan September di blog Denaihati. Bagaimana pulak blog anda … periksa je di Google Analytics pasti anda akan dapat 10 entri popular … ingat tak semestinya entri terbaru yang akan tersenarai. Nak baca entri sila klik gambar di bawah. (Jangan takut nak pasang Google Analytics … Nuffnang tak block .. betulkan Bro Framestone?)
Senarai 10 entri popular September
(klik navigasi untuk melihat semua senarai)
66 Comments
Saya bergantung kepada keadaan. Kadang-kadang saya ambil dari Google mengikut kesesuaian entri. Tapi, kebanyakan saya tangkap gambar sendiri. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Ya! Memang terbukti gambar mampu mengundang trafik yg baik kpd blog! Ianya amat berjaya buat blog saya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Perjalanan Idea Gila Kini Bermula…
betul tu, setiap entri yang kita letak gambar memang mengundang trafik yang baik kepada blog. sebab tu wajarlah kita letak sekeping dua gambar dalam setiap entri untuk menarik trafik blog dan pembaca.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
sangat setuju…lagi-lagi gambar yang asli kita snap dari kamera..mesti unik dan google memang perlukan gambar tersebut dalam carian
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Comments are closed.