Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tahun ini dapat jemputan lagi dari MSMW2014 untuk mengejar ilmu daripada sifu-sifu luar negara bersama 15 rakan blogger yang lain. Sessi yang berlansung selama dua hari pada 25 – 26/2/2014 di Sunway Convention Center tempat yang sama aku menimba ilmu gandakan duit dengan blog tahun 2013.
Melihat dewan yang penuh sesak dengan peserta sudah terasa keseronokan untuk mencari ilmu baru dapat pulak duduk sebaris dengan rakan blogger dengan baju berwarna-warni menambah ceria. Perkongsian ilmu dari penceramah dari berbagai negara dan berbagai latar belakang ilmu memang terasa tak rugi duduk berjam meninggalkan keluarga. Perkongsian ilmu sosial media, keselamatan internet, penjenamaan, penulisan blog dan sebagainya memang dapat membantu untuk menjadi blogger yang lebih profesional.
Dalam banyak ilmu yang diperolehi aku tertarik dengan perkongsian Scott Eddy dan Evan Carmichael yang memberi tips supaya kita menulis di sosial media dengan roh dan jiwa untuk mendapat pengikut yang ramai tanpa promosi. Inilah kelemahan aku di sosial media selama ini yang lebih macam robot sebab itu kurang berjaya. Aku juga tertarik dengan perkongsian Shane Dallas atau lebih dikenali The Travel Camel meminta blogger supaya menulis dengan gaya “story telling” supaya pembaca merasa berada di dalam cerita yang kita tulis dan dengan cara ini akan menambah pembaca setia. Dah ada ilmu sekarang yang paling penting nak amalkan supaya boleh menjadi blogger yang lebih baik dan memberi manafaat kepada alam.
Kali ini di MSMW2014 dapat juga berkenalan dengan blogger Kemboja Kounila atau lebih dikenali sebagai Blue lady yang pernah terpilih antara 10 Blogger terbaik UNESCO dan blogger Filipina Jose Antonio dengan blog Our Awesome Planet yang mempunyai blog dengan trafik satu juta sebulan dan pernah terpilih sebagai “young Filipino entrepreneurs”. Memang rugi sangatlah kepada yang bercita-cita besar menjadi blogger berjaya tapi tak pergi majlis seperti ini kerana bukan sahaja dapat menimba ilmu tetapi dapat juga berjumpa dengan blogger hebat dari berbagai negara.
MSMW2014 diakhir dengan majlis gilang gemilang penyampaian anugerah kepada blogger dan pengiat industri yang telah menceriakan dunia sosial media Malaysia. Terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri (KDN) kerana sudi bersama sebagai tanda sokongan Kerajaan kepada komuniti sosial media tanpa mengira batas politik. Datuk Seri Zahid juga telah berkesempatan menyampaikan anugerah kepada 10 blogger paling popular Malaysia dan 15 anugerah khas kepada industri yang telah memberi sumbangan kepada dunia sosial media Malaysia. Semua pemenang telah dipilih oleh juri profesional berdasarkan katogeri yang telah disediakan oleh penganjur.
Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat dan penganjur yang telah memilih Instagram Denaihati untuk anugerah “Best Micro Blog 2014“. Memang tak sangka menang dengan pengikut hanya seribu tetapi mungkin perkongsian berbagai gambar kisah kehidupan dan kembara Denaihati memberi markah lebih … mungkin. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua dan tahniah kepada pemenang katogeri yang lain.
Senarai 10 Blog Terbaik Malaysia MSMW2014
- Best Auto Blog – http://motoring-Malaysia.blogpost.com
- Best Business Blog – http://Abangensem.com
- Best Educational Blog – http://Cikguhailmi.com
- Best Foodie Blog – http://sQuallcuisine.com
- Best Gadget Blog – http://WinnieKepala.com
- Best Lifestyle Blog – http://akupenghibur.com
- Best Music and Entertainment Blog – http://munsyeed.com
- Best Sports Blog – http://boladaily.com
- Best Photography Blog – http://wazariwazir.com
- Best Travel Blog – http://timetravelafif.blogspot.com
Tahniah kepada Abang Ensem yang menang anugerah “Best Business Blog” dua tahun berturut-turut nampaknya tahun depan dah kena tukar katogeri kepada “Best Celebrity Blog” yang dibatalkan tahun ini kerana tak cukup penyertaan. Menambah meriah anugerah tahun ini MSMW2014 buat pertama kali memberi anugerah khas kepada yang telah banyak memberi sumbangan kepada dunia maya Malaysia.
- The Social Media Excellence Award in Best FMCG Sector – Nestle Products Sdn Bhd
- The Social Media Excellence Award in Best Property Sector – IMJ Land Berhad
- The Social Media Excellence Award in Best Corporate Engagement – RHB Group
- The Social Media Excellence Award in Best Retail Chain Sector – Sogo Kuala Lumpur
- The Social Media Excellence Award in Best Online Media – Malaysiakini
- The Social Media Excellence Award in Popular Shopping Mall – Pavilion KL
- The Social Media Excellence Award in Best Banking and Finance Sector – MyMaybank
- The Social Media Excellence Award in Best Customer Engagement – TuneTalk
- The Social Media Excellence Award in Best Automotive Sector – Honda Malaysia
- The Social Media Excellence Award in Most Innovative Telco – DiGi
- The Social Media Excellence Award in Best Logistics and Transportation Sector – AirAsia
- The Social Media Excellence Award in Best Community Engagement – Ministry of Health Malaysia
- The Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement – Perbadanan Putrajaya
- The Social Media Excellence Award in Social Media Agency of the Year – GushCloud
- The Social Media Celebrity of the Year – Yg Bhg Tan Sri Dr Tony FernandesThe Social Media Excellence Award in Urban Wellbeing Engagement – Putrajaya Corp
Tahniah kepada Founder dan President Majlis Sosial Media Malaysia Saudara Shahul Hameed Dawood dan pasukan yang telah berjaya menganjurkan MSMW2014 lebih baik daripada MSMW2013. Terima kasih sekali lagi kepada Datuk Seri Zahid kerana sudi bersama kerana ini pasti akan memberi motivasi kepada kami untuk menyumbang lebih banyak kepada Malaysia. Berjumpa kita lagi inshaa Allah di MSMW2015 pada 24 – 27/2/2015. Semua blogger block tarik tersebut dan azam untuk join MSMW2015.
Gambar-gambar sekitar MSMW 2014 snap dengan SonyAlpha5000
[customgallery]
157 Comments
Seronoknya…semua yang disenaraikan merupakan blog-blog yang hebat-hebat belaka…tahniah! 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
memang seronok dan rasa bangga walau tercalon sekalipun..ia macam reward ke atas diri kita..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Dan pastinya 10 blog terbaik tu adalah bukan calang -calnag blog dan pemiliknya juga. Usaha kerras mereka di hargai dengan anilugerah seperti ni.
Semoga anugerah ni di teruakan di masa depan untuk menyuntik semangat blogger2 malaysia yang lain.
Assallamualaikum… Alhamdullilah, lama tak blogwalking hari ni start balik. Syukur jugak jumpa blog sahabat, tak sangka banyak benda yang MP tertinggal berita. Salah satu yang tertarik sangat rupanya no 6 dari blogger Aku penghibur. Rupa sahabat yang satu tu orang hebat jugak yea,hehehe. Blog yang MP sedang singgah ni pun boleh tahan hebatnya, ishh jelous MP. Tahniah yea, 🙂
Curahan rasa Mustika pena @ ..MP dah mulai jatuh cinta dengan Rixton!! KEBABOMM…
Seronoknya blogger pun ada anugerah. Macam anugerah retis retis gitu,. Hehehe. Bukan senang nak cipta nama dalam blog ni.
Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..business card MURAH !!!!
memang best..alangkah indahnya kalau kita tersenarai untuk tahun hadapan..kene usaha kuat untuk tahun ni
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Tahniah kepada blog2 yg menang. Bermakna masih banyak yg perlu dilakukan untuk mengiringi kejayaan mereka ini. Apakah rahsia mereka ?
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Dah otai-otai sangat nih.. Mesti derang berusaha keras untuk sampai ketahap ini..
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..PENGEDAR SAH SHAKLEE KOTA DAMANSARA
Kalau dah dapat anugerah seperti ni. Bermakna cara mereka bekerja sangat luar biasa. Ada teknik dan strategi yang di atru rapi sehingga mereka berjaya mencapai tahap begini.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Tahniah buat semua pemenang. Memang bukan calang-calang blogger. Hebat! Abang ensem memang ensem disitu. Tahniah DH memenangi kategori tersebut. PG suka dengan perkataan dibawah:
“menulis di sosial media dengan roh dan jiwa untuk mendapat pengikut yang ramai tanpa promosi”
Sesuai sungguh dengan PG yang bukanlah jarang nak promosi blog sendiri, tapi sebenarnya malu. hehe.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
menulis dengan roh dan jiwa, tambah satu lagi ‘menulis dengan minda’….
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Tahniah kpd semua pemenang. Anugerah adalah satu tanda aras pencapaian peribadi tetapi ianya tidak semestinya yang terbaik kerana masih ada lagi yang terbaik tetapi tidak suka menonjolkan diri/blog untuk dicalonkan.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Betul tu. banyak blog-blog hebat tapi tidak mahu menonjolkan diri. Tapi dengan adanya anugerah seperti ini, ia sebagai penyuntik semangat untuk para blogger terus maju dalam niche masing2…
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Terbaiklah. Semoga dunia blog di Malaysia terus maju dengan pelbagai aktiviti sihat. Masyarakat pun dah semakin sedar akan kewujudan blogger yang juga memainkan peranan menyebarkan berita.
Tahniah pada abang ensem kerana menang katagori best bussines blog!
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Tahniah buat 10 blogger terbaik Malaysia MSMW2014 ini. Semoga terus maju dan berjaya dalam dunia blog ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Compare
Semoga terus maju lagi dan lagi. Tahniah kepada semua blogger terbaik malaysia. Suatu hari wawa pun nak juga digelar blogger perempuan terbaik malaysia. In Sha Allah. 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Tahniah untuk semua blogger yang terbaik. Semoga terus maju dan lebih banyak perkongsian yang akan dikongsikan untuk pembaca. Bukan mudah mencapai sesuatu kejayaan especially profession seorang blogger. dengan kejayaan mereka ternyata seorang blogger pun mampu berjaya 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Wordless Wednesday #120 | Tentang anda
Tahniah diucapkan kepada blogger yang berjaya mendapat anugerah Ini. BUkan senang nak dapat macam tu. Semoga terus berjaya pada masa akan datang dengan lebih banyak anugerah yang diterima.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Terbaik dan tahniah kepada mereka-mereka ni.
Memang berjaya nampaknya blogger Malaysia kan. Siapa kata blogger tak bagus?
Wan akan berdiri kat situ juga satu hari nanti. Tunggu sajalah…hahaha.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
kejayaan anda adalah satu inspirasi dan patut dicemburui. Yang bulat tidak datang bergolek , yang pipih tidak datang melayang.
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Comments are closed.