Assalamualaikum dan salam sejahtera, 29/2/2016 adalah tarikh yg unik kerana hanya berlaku sekali setiap empat tahun. Empat tahun yang lalu iatu pada 29/2/2012 aku menulis tajuk “Surat Tun Dr. Mahathir kepada PM Israel“, khabarnya hari ini Tun Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO.
Sempena tarikh yang unik blog Denaihati nak buat kejutan dengan mengumumkan 10 blogger yang paling peramah menulis paling banyak komen sepanjang tahun 2015.
Blog tanpa pembaca setia apalah maknanya. Sememangnya setiap hari blog Denaihati menerima lebih daripada dua ribu trafik organik secara SEO daripada Google, Yahoo, Twitter dan Facebook. Pembaca daripada trafik organik datang mencari informasi yang diperlukan kemudian pergi begitu sahaja. Pembaca setia pula sentiasa menunggu entri baru bukan sekadar untuk dibaca malahan dikomen.
Terima kasih kepada semua pembaca setia yang telah menulis berbagai komen samada teguran juga cadangan. Semuanya menjadikan blog Denaihati semakin matang dan bergerak keperingkat yang lebih tinggi tahun demi tahun. Berikut adalah 10 blogger terhebat antara berpuluh blogger lain yg telah menulis komen setiap hari.
- anuar
- sensasi2020
- Noriza Rahman
- Sani Yunus
- Pokok Manggis Depan Rumah
- nikkhazami
- SuperNifz
- Ikhwan Fahmi
- ila Fyra
- mrhanafi
Sebagai tanda terima kasih kami akan memjemput secara peribadi kesemua di atas untuk makan malam bersama team Denaihati Network di tempat yg istimewa.
Kepada yang tidak terpilih jangan putus asa kerana setiap tahun ada sahaja rakan blogger yang mendapat berbagai kejutan. Teruskan berkongsi idea di ruangan komen setiap entri baru pasti ada kejutan yang lain di masa yang lain.
146 Comments
waa untungnya.. boleh berjumpa dengan bro denaihati. Boleh godek-godek ilmu bro terus.apa-apapun tahniah kepada yang terpilih.
Curahan rasa permohonan upu @ ..Permohonan UPU 2016 Online
Memang beruntung siapa yang dapat pergi untuk kembangkan network bisnes dan seangkatan dengannya.
Curahan rasa Kerja Kosong Kerajaan @ ..Rahsia Menulis Resume Kerja Yang Baik
Tahniah kepada yang tersenarai. Bertuah badan. Teringin juga untuk tersenarai di tahun hadapan. 🙂
Curahan rasa Mohd Adha Mohd Zain @ ..Tabung Darul Iman
Tuan Mohd Adha, bolehlah cuba yang terbaik untuk tahun ni… manalah tahu ada rezeki masuk dalam senarai tu..
Curahan rasa anuar @ ..PENTING!! Sebelum Detik 12 Malam Ini.
Terima kasih Tim Denaihati kerana memilih dikalangan blogger yang paling peramah… Insyallah kalau ada peluang dan ruang kita jumpa,,
Curahan rasa Sani @ ..Facebook Kemaskini Fungsi REACTIONS Seluruh Dunia!
Tahniah tuan Sani kerana telah terpilih.. semoga semakin bermotivasi untuk terus menulis komen di blog DH..
Curahan rasa anuar @ ..PENTING!! Sebelum Detik 12 Malam Ini.
tahniah, hebat mereka semua ni. terpilih kerana kerajinan serta keramahan mereka.
=)
Curahan rasa baby comel @ ..Sarah Di I-City Shah Alam
Alhamdulillah.. awak pun apa kurangnya.. hebat juga… ya.. lepas ni kena lebih rajin lagi..
Curahan rasa anuar @ ..PENTING!! Sebelum Detik 12 Malam Ini.
Tahniah buat semua ! Semoga terus sukses dalam dunia blog ini. kongsi2kan lah ilmu dengan kami yang baru ni ya. hehe terima kasih
Saya jarang dah dapat blogwalking dan blogging macam tahun ngetop 2013 dahulu kala… huhu…
Curahan rasa ieta mat saad @ ..5 Tips blogging dari Boni Kacak
Sibuk sangat Ieta mat saad tu. mesti ada projek tengah masyuk tu. Kan??
Curahan rasa Kerja Kosong Kerajaan @ ..Rahsia Menulis Resume Kerja Yang Baik
Wah hebat 10 blogger yang tersenarai ini. Tahniah semua :).. Semoga blog Denaihati.com makin hebat 🙂
Untunglah diorang ni dapat korek ilmu dari Tim Denaihati Network. Mungkin saya kena mula banyakkan komen disini nanti.
Curahan rasa Kerja Kosong Kerajaan @ ..Peperiksaan Online Separa Perubatan 2016
Hmmm .. uishhh .. makan malam di tempat istimewa tu … nak nak tuan denaihati yang akan masak .. lalalala kan kan?
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Rule of Thumb Google Adsense
Bukan setakat beri komen, kita orang pun undi blog Denaihati dalam undian Best Blog Of The Year.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menang Count Mandarin Orange Contest 2016
Sama la kita,mengundi yang terbaik untuk dianugerahkan penghargaan..
Semoga team DH akan terus mantap
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Atasi Masalah Perut Sebu, Kurang Selesa dan Berangin
Insya Allah Kipidap dan terus menyokong blog Denaihati… All the best ya…
Curahan rasa Sani @ ..Facebook Kemaskini Fungsi REACTIONS Seluruh Dunia!
Saya doakan agar blog Denaihati terus maju jaya dan masih releven untuk pembaca lain mencari berita yang bagus/bagus dan isu semasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menang Count Mandarin Orange Contest 2016
Terima kasih Team Denaihati yang memilih saya dan 9 rakan lain lagi untuk jemputan makan malam di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Menang Count Mandarin Orange Contest 2016
fuyoh nombor enam.. ni mesti penangan masa kontest iphone 5s dulu.. thanks sudi jemput.. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Tulis Entri Disukai Google
Tahniah pada semua pemenang bertuah….semoga denaihati terus maju jaya ya
Curahan rasa Cik Ash @ ..MINI GIVEAWAY 2016 BY HANI RAHMAN
Tahniah untuk 10 blogger di atas, memang anda-anda ini adalah blogger paling peramah
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tips Mengelola Uang Bagi Single Parent
banyak kelebihan bila komen kat sini. boleh tinggalkan link blog dan bina network..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3
Selamat bagi blogger yang terpilih! Belakangan ini saya jarang berkunjung ke blog denaihati ini
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Indonesia Soccer Championship (ISC) 2016
Comments are closed.