Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan kita haruslah bersiap sedia untuk menghadapi ujian tersebut
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Tak semestinya kebakaran kan. Moga kita diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan Allah.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga dengan derma ini serba sedikit membantu keluarga mangsa membaiki mana mana perkara yang perlu
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Insyaallah. Sedikit sebanyak bolehlah ringankan beban kak Dayah dan keluarga nanti ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga keluarga mangsa dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan sentiasa dilindungi oleh Allah
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Harapnya begitulah ye. Moga kak Dayah dapat meneruskan kehidupan seperti biasa nanti ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kebakaran bukanlah sesuatu yang dapat kita jangkakan. Oleh itu, penting buat kita supaya sentiasa berhati hati di dalam rumah
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Kadang-kadang bukan salah kita pun, boleh terjadinya kebakaran ini kan. Kena sentiasa berhati-hati.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Kuat sungguh hati keluarga mangsa dalam menghadapi dugaan ini. Belum tentu semua mampu menghadapinya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Betul tu. Semoga kak Dayah dan keluarga akan terus diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
harap hidayah terus kuat utk menempuh hdup dan diberi kesenangan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Harapnya begitulah ye. Moga kak Dayah tabah dalam menghadapi semua dugaan ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semoga keluarga hidayah sekluarga diberi kesenangan dan keselesaan di rumah baru
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kak Dayah dan keluarganya di rumah baru mereka ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga saudari hidayah dan keluarga memperoleh kehidupan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Insyaallah. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kak dayah dan keluarganya ye qtiechan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
doakan agar mereka dpt meneruskan kehidupan di tempat tinggal baru
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ini. Semoga saudari hidayah dan keluarga tabah menghadapi ujian ini
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Betul tu. Setiap apa yang berlaku pada kita, pasti ada himah disebalik setiap kejadian ni qtiechan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
allah hanya menguji hambanya yang kuat dan tabah. semoga ada hikmah disebaliknya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Alhamdulillah, tadi blogwalking ke blog saudari hidayah. Kehidupan mereka sekeluarga dah kembali pulih. Dah duduk rumah baru dah pun
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Alhamdulillah. Syukurlah kalau begitu ye. Semoga kehidupan kak Dayah dan keluarga akan lebih bahagia lepas ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
dengarisaya blogspot, adalah blog kak dayah. bagi mereka yang ingin mengetahui cerita terbaharu mengenai kak dayah, bolehlah baca dalam blog beliau 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Hehe baru je blogwalking tadi. Alhamdulillah semuanya dah beransur pulih
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Baru je singgah tadi PG. Dalam entri ini pun ada dinyatakan laman blog kak Dayah ni. Jom singgah blog kak Dayah. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
PG yakin bila kita sentiasa beringat padaNya, kita akan lebih tenang dan redha menerima apa jua dugaan dariNya kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. Datang apa apa pun dugaan kalau kita sering ingat pada Allah, insya Allah kita mampu harunginya
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Betul tu PG. Setiap apa yang berlaku ni adalah ujian dan cabaran dalam hidup ini. Redhalah menerima segalanya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
jika berkesempatan, nak sahaja PG mengetahui apakah perkembangan kehidupan, rumah kak dayah sekarang ni.
Alhamdulillah. Kak dayah dah ada rumah baru dah dan dengar cerita beliau pergi bercuti baru baru ni. Nak tenangkan minda
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Boleh baca blog kak Dayah PG. Beliau ada kongsikan tentang perkembangan terbaru. Alhamdulilah, semuanya baik-baik sahaja.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
alhamdulillah. semoga mereka sekeluarga sentiasa diberi kemudahan dlm menjalani kehidupan
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
boleh baca blog hidayah PG. dia ada tulis perkembangan tentang keluarganya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
sebagai rakan blogger, PG hanya mampu memanjatkan doa untuk keluarga kak dayah tabah menghadapi dugaan ini.
Betul tu. Kita yang jauh ni hanya mampu doakan yang terbaik untuk kak dayah sekeluarga
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
yup harap komen kita sebelum ni dpt membatu meringankan bebam hidayah sekeluarga
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Betul tu PG. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kak Dayah sekeluarga ye. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
agar hidayah sekeluarga di beri kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian ya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
jika tak dpt membantu hidayah dari segi wang ringgit. hanya doa shj yang boleh membantu
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
bukan untuk kak dayah sahaja, PG mohon bila kita di timpa masalah atau musibah, berdoa dan beringatlah padaNya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. Peringatan untuk diri saya sendiri juga ya kak PG. Kita sebagai umatNya haruslah mengingatiNya tak kira tika susah mahupun senang
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Betul tu PG. Satu peringatan buat kita semua jugak. Sentiasalah ingat pada sang pencipta kita ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.