Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Salam takziah.. semoga sentiasa tabah dan redha dengan ujian allah yang menimpa.. bahagia di dunia hanya sementara dan akhirat yang selamanya.. semoga ada hikmah disebalik ujian allah ini.. in shaa allah..
Harap tabah menghadapi ujian Allah s.w.t , akan ada hikmah disebalik bencana yang menimpa
Yang hanya mampu sy katakan takziah dan banyak bersabar atas dugaan yang menimpa.
Takziah pada Dayah sekeluarga…. Moga Dayah tabah menghadapi ujian Allah swt
Curahan rasa Si Matatajam @ ..Ahli Baru Keluarga Si Matatajam
tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.
marilah kita bersungguh sungguh mengerjakan amal kebajikan 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..October Wrap
Nasib baik tiada kemalangan jiwa… Alhamdulillah.. Moga Allah permudahkan segala urusan dorang lps ni…
Kadang bila berlaku sebegini baru terfikir sume ni boleh jadi bila bila jadi.. Allah beri Allah boleh tarik balik bila bila sahaja…
Curahan rasa Safiya @ ..8 Tips Penting Untuk Elak Rambut Gugur Berterusan Selepas Bersalin
satu peringatan buat kita semua spy sentiasa bersyukur. semoga mangsa tabah dengan ujian ini
Rumah masa terbakar takde org ye, xde kemalangan jiwa kan, sekarang mereka duk di mana?
Curahan rasa Safiya @ ..Kebaikan ESP dan Alfalfa untuk Ibu Menyusu Yang Perlu Diketahui Para Bapa
Innalillahiwainailaihiraajiun.. Moga Allah ganti dgn yg lebih baik… Kami turut bersimpati atas apa yg berlaku
Takziah. Blogger ni sering singgah di blog saya ni … tak sangka benda sebegini boleh berlaku.
Innalillahiwa inna ilaihi raajiun.. Semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka sekeluarga menghadapi dugaan ni..
Curahan rasa Rara Zack @ ..Ever felt so sleepy in class?
wawa doakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini. InshaaAllah wawa akan turut sama membantu.
Salam takziah…semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi ujian ini…Amin
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wazy Network Enterprise Berusia Setahun
ada hikmah disebalik kejadian ini. inshaaAllah kami semua akan membantu mangsa semampu mungkin.
Tak mampu nak berikan duit, kita mampu untuk komen yang boleh berikan rm1 untuk blogger ini. Bukan susah. Hanya kmen banyak2 ..
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga tabah hadapi ujian Allah dengan sabar.. InsyaAllah, semua ni ada hikmah
moga allah berikn kekuatan pd keluarga pn hidayah…mudah-mudahan allah kurniakn yg berlipat
kali anda untuk keluarga puan.
amin…
Comments are closed.