Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Subhanallah. Salam takziah. Semoga keluarga Pn Hidayah tabah dgn dugaan Allah ini.
Insha Allah apa yang hilang akan diganti dengan sesuatu yg lebih baik oleh Allah SWT. Amin
Curahan rasa Razis @ ..Uptown Shah Alam Terbakar. Sabotaj atau Kemalangan?
*iklan pop-up sungguh mengganggu.
Memang berat ujian yang menimpa beliau sekeluarga. Harap mereka tabah menghadapinya.
Curahan rasa pipoq @ ..Rumah Allah vs Rumah Kita
tabahkan hati ye akak dan abang… saya harap akak dengan abang kuat hadapi musibah ni. Inshaa Allah rakan-rakan blog akan sedia membantu sedaya yang mampu
semoga dayah sekeluarga sentiasa bersabar. Kalau ada lagi cara utk menyumbang mohon hebahkan. Terima kasih.
semoga sis tabah menghadapi ujian ini..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya,,salam takziah..
untuk setiap yang berlaku..pasti ada hikmahnya…semoga blogger Dayah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini…terima kasih juga kepada denaihati sebab ada ikhtiar seperti ini untuk membantu sesama blogger..apa yang ditabur, itu yang akan dituai..semoga sentiasa murah rezeki yer denaihati…
Curahan rasa GBS @ ..Liga Perdana Inggeris: Pengurus Southampton terkejut selepas belasah Sunderland 8-0
Innalillahi.. semoga tabah dgn ujian..
Banyakkan berdoa dan berzikir atas
musibah yg berlaku.
Curahan rasa nurmisnan @ ..Penawar Asthma Semput sleeping apnea dan pernafasan
Semoga tabah menghadapi dugaan ini.. Harap semua masalah yang dilalui rakan blogger ini dapat diselesaikan dengan lancar dan keadaan kembali seperti biasa..
Curahan rasa Labulabi @ ..INFOGRAFIK SYARAT BARU DAN TARIKH PEMOHONAN BR1M 2015
Semoga Allah memberi kekuatan dan memulihkan semangat tuan sekeluarga. Insya-Allah, ada hikmah di sebalik kejadian ini dan Allah akan menggantikan dengan lebih baik lagi. Saya doakan tuan tabah.
salam takziah kepada keluarga diatas musibah yang melanda…muga anda sekeluarga kuat menghadapi rintangan ini
Takziah diucapkan pada keluarga blogger dayah. Kita yang mendengar berita begini pun rasa sedih. Semoga tabah menghadapi ujian daripadaNya.
Semoga diberikan kesabaran dan ketabahan dan saya salut sekali dengan apa yang dilakukan denaihati. com ini.
Selalu “HIDUPKAN UNTUK MEMBERI”….
Semoga amalan sahabat-sahabat blogger diterima Allah dan diberikan balasan berlipat ganda aamiin…aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Pelantikan Dan Pesta Rakyat Jokowi JK 2014
Salam takziah buat keluarga dayah..Ini semua dugaan daripada Allah..jangan terus bersedih. Pandang ke depan dan teruslah berjuang. Semoga Allah sentiasa bersama dayah sekeluarga.
Salam takziah buat blogger tersebut. Semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini. Pasti ada hikmah disebalik semua dugaan ini. Marilah kita saling membantu di sini.
Semoga blogger Dayah dan keluarga terus kuat hadapi ujian Allah. Moga ramai orang sudi untuk hulurkan bantuan.
Curahan rasa Invisible Me @ ..Tiga Gaya T-shirt Muslimah untuk Muslimah Hipster
Marilah kita sama-sama membantu ya. Semoga komen kita memberikan sedikit sebanyak bantuan untuk keluarga blogger dayah.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.