Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
sabar saudara.. Allah sedang menguji saudara.. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan..
takziah. maafkan saya tak mampu tolong tapi saya faham rasa saudara.. memng sedih tpi insyAllah Allah akan beri yang lebih baik.. amin
tak ape. dengan komen di sini pon kamu bole juga menolong. saya pon tak mampu untuk menolong. tapi dengan cara ini sje saya bole tolong
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Aku Seorang Keyboard Warrior
Semoga tabah dengan segala ujian. Tahniah untuk denaihati sebab buat kutipan dana yang sebegini. Patut jadi contoh kepada pihak yang lain.
takziah bawa banyak bersabar.. ini dugaan Allah tanda kasih pada saudar.. dgn cara ini saja saya dapat tolong semoga Allah memudahkan segalanya
ya Allah semoga engkau murahkan rezeki. ini adalah dugaa… dulu rumah saya pun musnah terbakar.. tapi Allah ganti rumah yg lebih baik besar dan lebih selesa.. semoga Allah memberi yang lebih baik pada saudara.. amin
Ya Allah, besar sungguh dugaan untuk dia. Moga beliau tabah. Dan moga dipermudah segala urusan.
semoga keluarga dayah tabah hadapi ujian ini..saya doakan dipermudahkan segala urusan.insya allah.
Curahan rasa linie @ ..Bagaimana Cara Berkesan Untuk Kempiskan Perut Yang Boroi.
Salam takziah semoga Allah mempermudahkan segala urusan Dan dimurahkan rezeki di atas ujian yg diberi aminnnn
assalamualaikum
semoga blogger bachtiar dan keluarga diberikn kekuatan untuk depani ujian ini
Salam takziah bt kak dayah sekeluarga.. selalu usha instagram die. ceria je orangnye.. moga akak tabah hadapi ujian dri Allah ni, dan moga Dia kurniakan yang lebih baik bt akak sekeluarga..
Salam takziah buat puan dayah sekeluarga.. moga tabah menghadapi dugaan dan moga dipermudahkan Allah apa juga urusan..
assalamualaikum,
takziah diucApkan kepada blogger bachtiar. semoga beliau dan keluarga kuat berdepan dgn ujian ini
Salam takziah buat sahabat blogger ini..semoga Alah titipkan kekuatan fizikal dan mental untuk hadapi ujian ini..
Takziah buat dayah sekeluarga.. semoga dugaan ni memberi kekuatan untuk hadapi dengan tabah..
Takziah buat Dayah dan sekeluarga… Ini adalah antara ujian Allah SWT. Sentiasa tabah…
Comments are closed.