Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Tak tahu nak kata apa cuma kuatkan semangat anda. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ini. Semoga tabah menghadapi dugaan ini
Saya xtau sangat nk komen apa.
Tapi cuba komen sebanyak boleh
agar dpt membantu walau sedikit
Betul tu. Cuba sehabis mungkin dah supaya dapat drop komen kat entri ni yang dapat menyumbangkan derma kepada mangsa dan keluarga
Semoga saudara Dayah Bachtiar sentiasa tabah mengharungi dugaan ini,ini semua hanyalah ujian Allah kepada hambanya.
Curahan rasa hilangkan jerawat @ ..Fungsi dan khasiat sabun susu kambing
Ya betul tu. Apa-apa pun moga beliau tak mudah mengalah. Dugaan yang berat juga bagi saya. Barang semua tak dapat nak diselamatkan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Senarai top 100 cabaran ke-2 iPhone 5s
Betul tu. Tapi syukur Alhamdulillah tidak melibatkan korban nyawa. Harta benda dapat dicari, kehilangan nyawa tiada galang gantinya
Betul tu. Setiap ujian dan dugaan daripada Allah pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya Dialah yg mengetahui segala galanya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Betul tu. Perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan. Masa ni kita tak nampak lagi, insya Allah pada masa akan datang baru la kita nampak hikmahnya
Betul tu. Allah sebaik-baik perancang. Semoga keluarga kak dayah tabah menghadapinya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. Allah turunkan ujian ini supaya umatNya lebih dekat dengan Sang Pencipta
Setuju! Setiap dugaan dan ujian yang Allah berikan pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. Moga kak Dayah sekeluarga tabah dalam menghadapi dugaan Allah ini. Allah adalah sebaik-baik perancangan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Sya ada jiran dikampung yg biasa terkena musibah rumah terbakar. Dia dapat bantuan kerajaan untuk membuat rumah baru. Sesiapa disini yg tahu cara membuat permohonan bantuan kerajaan atas sebab bencana ini bolehlah bagitahu prosedur ataupun pandangan
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Saya juga ada dengar ada jabatan kerajaan untuk minta bantuan jika berlaku bencana.
Bagus juga kalau adabantuan mcm ni.ringankan sikit beban keluarga mangsa nak bina kembali kediaman
Curahan rasa Miracle Vitamins @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Cadangan bagus tu, at least ada alternatif lain untuk tambahkan dana nak buat atau beli rumah baru.
Curahan rasa Farah @ ..Vitamin Shaklee Kesukaan Saya
Tak adalah kita rasa terbeban dan keseorangan bila ada bantuan yang dihulurkan. Moga dipermudahkan segalanya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Senarai top 100 cabaran ke-2 iPhone 5s
Bagus jugak kalau ada permohonan bantuan kerajaan ini. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban keluarga kak Dayah.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Diharapkan pihak denaihati dapat meneruskan usaha mulia ini dimasa mendatang
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Tahniah pada pihak denaihati yang sudi memberi bantuan sebegini pada mereka yang berada dalam keadaan memerlukan.
BEtul tu. Saya juga amat menghargai jasa baik Denaihati dalam membantu orang yang berada dalam kesusahan. Moga Allah membalas jasa baik Denaihati.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Tahniah atas jasa baik Denaihati yang murah hati ini. Semoga Allah membalas semua jasa baik Denaihati.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Off topik. Game bola malam ni harap harap manchester menang. Baru terbuka peluang kejuaraan untuk semua
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Saya tak pandai bola. Tak tahu nak kisahkan apa mengenai game bola.
Saya xtau sangat nk komen apa. Tapi cuba komen sebanyak boleh agar dpt membantu walau sedikit
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Saya juga hampir tak tahu nak komen apa. Sekadar berusaha di saat saat akhir kerana setakat ini yang saya termampu.
Sambil layan game chelsea dengan manchester, mari terus berkomen di entry ini
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Sama sama memberi komen sekadar yang termampu malam ni di saat saat akhir moga sedikit sumbangan ini dapat membantu.
Betul tu cik siti rugayah. Smoga kita dpt membantu serba termampu
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
In shaa allah. Sedikit sedikit lama lama jadi bukit. Kagum lihat semangat blogger blogger yang sudi membantu antara satu sama lain.
Saya pun sangat teruja. Mampu meraih 1000 lebih komen hanya dalam beberapa hari sahaja. Ini membuktikan bahawa semangat blogger yang tinngi dalam membantu org yang berada dalam kesusahan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Marilah kita sama2 berdoa untuk kluarga bachtiar. Teringat kata Dr Maza, Allah swt akan menghantar malaikat yg mengaminkan doa org yg berdoa utk saudaranya dalam keadaan saudaranya tidak mengetahui dan malaikat akan mendoakan kebaikan itu untuknya jua
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Sama sama doakan agar kak dayah sekeluarga terus tabah dan kuat dengan dugaan ini in shaa allah
Insyaallah. Setiap kita yg mengaku beriman akan ditimpakan ujian oleh Allah. Salah satu cara Allah menggugurkan dosa kita
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Yang mana buruk tu dari salah silap kita yang mana baik tu dari Allah s.w.t.
Saya berharap agar pihak denaihati dapat melanjutkan lagi tempoh sumbangan entry ni. Dapat kita tambahkan komen
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Walaupun sumbangan komen tak sebanyak komen ketika pertandingan moga jumlah yang ada mampu membantu mereka sekeluarga
Betul tu. Dengan cara itu mungkin lebih banyak lagi sumbangan yang boleh kita sumbangkan dengan hanya memberi komen sini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Sekurang kurangnya tiada kemalangan jiwa terjadi. Smoga kita dihindari dari musibah yg melanda
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Alhamdulillah tiada sebarang nyawa yang terlibat semasa kebakaran. Harta benda boleh dicari .
Betul tu. Alhamdulillah. Syukur sangat kerana tiada kemalangan jiwa berlaku semasa kebakaran ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Moga moga boleh komen hari hari kat entry ni. Sambil sambil komen dapat menderma
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Sama sama mengomen sekadar yang termampu moga bantuan yang sedikit ini dapat membantu.in shaa allah akan terus mengomen di saat akhir ini
Betul tu. Sekurang-kurangnya dapat sumbangkan dengan hanya memberi komen pun dapat juga membantu.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Mari bersama sama kita memperbanyakkan komen di post ni. Smoga jumlah sumbangan makin bertambah
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
Sama sama mencuba meninggalkan komen sebanyak yang boleh. Harap sangat dapat membantu kak dayah sekeluarga.
Berilah komen sebanyak yang mungkin untuk membantu keluarga kak Dayah ini ya. Semoga bermanfaat.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga yang ditimpa ujian tabah menghadapi ujian dariNya. Pasti ada hikmahnya
Curahan rasa myra jay @ ..Penangan entry Jeruk Mangga Asam Boi
In shaa allah ada kebaikan di sebalik apa yang berlaku.
Insyaallah. Keluarga kak Dayah pasti tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dari Allah SWT ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Bersama samalah kita membantu meringankan beban mereka yang dalam kesusahan
Sekadar mampu memberi komen sebanyak yang mungkin di saat saat akhir dan doa agar kak dayah sekeluarga tabah.
Sama sama doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga semoga terus tabah dengan ujian yang di terima
Comments are closed.