Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
Memang tragis sungguh peristiwa kebakaran rumah ni. Syukur alhamdulillah tiada korban jiwa dilaporkan
Betul tu. Semoga keluarga kak Dayah tabah dalam menghadapi setiap dugaan Allah ini. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ya. syukur alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Gambar Bayi Perempuan Rozita Che Wan
itulah yang diharapkan,nasib baik tiad nyawa yang terkorban…Allah sentiasa ingin menguji hamba² nya
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Tips Memilih Cermin Mata
Insya Allah sedaya upaya diusahakan untuk komen pada entri ni supaya lebih banyak jumlah dana yang dapat disumbangkan kepada rakan kita ni. Semoga bantuan ni dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa
Rasanya dah tamat dah aktiviti Satu Komen Satu Ringgit ini pada bulan Oktober yang lalu. Apapun kita teruskan komen ye.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yup. sumbangan dalam bentuk komen ni da tamat pada 26 oktober hari tu kalau tak silap PG. apa pun, kita doakan lah untuk keluarga kak dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Gambar Bayi Perempuan Rozita Che Wan
ya sally. sumbangan dalam bentuk komen tu memang da tamat pada oktober hari tu kan. ya betul. kita tinggalkan komen macam biasa ja k.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Gambar Bayi Perempuan Rozita Che Wan
Lepas tengok keadaan rumah rakan kita ni, Alhamdulillah terbit rasa kesyukuran dalam hati sebab masih dikurniakan rumah untuk berlindung di samping keluarga
Betul tu. Setiap kejadian yang berlaku di sekitar kita dan dalam dunia internet ni pasti membuatkan kita rasa syukur.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kita kena sentiasa bersyukurkan sally. walau apa dan dimana sekali pun kita berada. kita kena bersyukur.
ya qtiechan. rasa bersyukur sangat sebab kita masih ada rumah untuk berteduhkan. apa pun, kita doa kan kak dayah dapat membina semula rumah mereka.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Gambar Bayi Perempuan Rozita Che Wan
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga rakan blogger kita ni tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini
Betul tu. Pasti ada hikmah disebaliknya setiap kejadian ini. Moga keluarga kak Dayah tabah dalam menghadapinya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yup. berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka.
Sebak tengok keadaan rumah mangsa yang hangus dijilat api. Tiada apa yang tinggal namun syukur Alhamdulillah tiada korban nyawa.
sebak kan. sedih bila tengok macam tu. balik rumah, tup-tup tiada apa lagi yang tinggal untuk diselamatkan. syukur tiada kemalangan jiwa.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
Jutaan pujian dikalungkan kepada denaihati kerana mencipta inisiatif di mana semua orang dapat menderma dengan hanya drop komen je. Tahniah tahniah
betul. satu usaha yang cukup murni, cukup baik untuk kami juga para blogger yang lain, untuk menyumbangkan sedikit tidak banyak bantuan untuk rakan blogger lain.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
Mohon maaf dekat denaihati, sebab hari terakhir untuk meninggalkan komen dekat entri ini, PG agak sibuk sedikit. 🙁
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Samalah kita ni PG. Tak berkesempatan untuk memberi komen yang banyak-banyak hari itu.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kan sally. kalau diberikan masa lebih banyak, memang akan cuba untuk tinggalkan komen lagi sebanyak mana yang mungkin kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
Syukur alhamdulillah. Semoga dana yang berjaya di kumpul oleh denaihati, sedikit sebanyak dapat membantu keluarga kak dayah untuk menerukan kelangsungan hidup selepas ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Amin. Semoga dana ni dapat membantu dalam meringankan beban mangsa dan keluarga.
inshaAllah. amin-amin. betul tu, semoga dapat membantu lagi keluarga kak dayah kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
Amin. Sekurang-kurangnya bolehlah kurangkan beban keluarga kak Dayah ini dengan dana yang dikumpulkan hari tu.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
ya sally. sekurang-kurangnya kita membantu tidak banyak tidak sikit dengan bantuan yang telah denaihati berjaya kumpulkan.
Bila tengok gambar hati ni jadi sebak. Boleh dikatakan keseluruhan tempat terbakar. Hanya Allah je yg tau perasaan anda semua. Semoga semuanya baik baik saja.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya kan afifi. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga kak dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Insya Allah sama samalah kita berdoa supaya segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga untuk menjalani kehidupan selepas ini
sama-samalah kita berdoa agar mereka menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
Insya Allah semuanya akan baik baik saja. Habis satu rumah licin dijilat api, namun demikian syukur Alhamdulillah juga harus dilafazkan kerana tiada korban jiwa dilaporkan
Betul tu. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan keluarga kak Dayah tabah dalam menghadapinya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Jangan putus harapan, kita kena teruskan kehidupan seperti biasa walau apapun yang terjadi. Usah hilang semangat sebaliknya kuatkan semangat yang ada.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Betul. Anggaplah apa yang telah terjadi sebagai satu ujian kecil untuk kita lebih bersyukur padaNya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu, saya amat bersetuju. Allah turunkan ujian ini supaya umatNya akan merasa lebih dekat dengan pencipta
Yup. Mudah-mudahan akan menjadi peringatan buat rakan-rakan yang lain diluar sana. Peringatan buat kita semua juga 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Insya Allah, jangan jadikan dugaan ini sebagai titik lemah kita. Pasti ada hikmah yang besar disebalik dugaan ini
Betul, jangan putus harapan. Perjalanan hidup masih panjangkan. Kita kena berusaha sebaik mungkin untuk kehidupan dimasa hadapan lagi. Bukan berhenti teruskan hidup, kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. Setiap dugaan dan ujian ini sebenarnya mengajar kita untuk sentiasa bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita ada.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Satu perkara yang kita perlu ingat dalam hidup adalah setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Allah takkan lakukan sesuatu dengan sia sia. Kita kena percayakan qada dan qadar daripada Allah.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Betul. Qada dan Qadar, tak da siapa mampu menghalangnya kan. Ajal, maut, jodoh juga begitu. Tiada siapa yang berani menafikannya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. Semua tu menjadi ketetapan Allah SWT. Kita sebagai insan biasa tak mampu menidakkan perancangan Allah ini
setuju dengan kata-kata awak. siapa kita untuk menidakkan ketentuannya kan. apa pun, apa yang berlaku, kita kena tetap bersyukur dan hargailah apa yang ada.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
Betul tu, besar pahalanya jika kita sabar dan redha walaupun diturunkan musibah yang agak berat
betul tu awak,dan hanya orang-orang yang terpilih sahaja kadang diberikan ujian sebegini. agar kita sentiasa lebih ingat padaNya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Gambar Bayi Perempuan Rozita Che Wan
Percaya dengan Allah bahawa setiap yang berlaku ini ialah takdir dan ketentuan Allah. Semoga tabah ye Kak Dayah.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Begitulah nampaknya kan sally. kita sebagai umatNya, kena sentiasa ingat dan bersyukur.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
Semoga bantuan yang diberikan serba sedikit dapat membantu mangsa dari segi tempat tinggal, pakaian dan makanan. Semua perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
InshaAllah, semoga membantu. Tidak banyak dan tidak juga sedikit, mudah-mudahan dipermudahkan urusan keluarga kak dayah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Insya Allah. Besar atau sedikit jumlahnya tidak penting, yang penting keikhlasan tu
Insya Allah. Dana yang disumbangkan ini pasti memberi makna yang besar untuk mangsa sekeluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup
Semoga ianya membantu sedikit sebanyak untuk keluarga kak Dayah. Mudah-mudahkan setiap urusan dipermudahkan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Sayu hati saya melihat saudara saya ditimpa dugaan sebegini rupa. Semoha Allah membalas atas kesabaran kepada mangsa yang terlibat.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Insya Allah ganjaran pahala yang besar diberikan kepada keluarga mangsa kerana Allah ingin mengujinya hambaNya
Insyallah. Semoga dipermudahkan urusan untuk keluarga kak Dayah. Allah nak menguji hambaNya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga komen kita semua dapat membantu sedikit sebanyak dalam meringankan beban yang dihadapi oleh beliau dan keluarga.
Ini merupakan satu inisiatif yang amat baik daripada Denaihati. Moga ramai yang bermurah hati untuk menderma.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Betul tu. Semiskin mana pun kita, sesiapa pun boleh derma pada mangsa dan keluarga. Yang penting ikhlas
Insyaallah, semoga dengan sumbangan ini keluarga kak Dayah dapat ringankan beban. Pasti ada hikmah ni nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tak tahu nak kata apa cuma kuatkan semangat anda. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ini. Semoga tabah menghadapi dugaan Allah ini
Betul tu. Pasti ada hikmah di setiap dugaan yang diberikan. Semoga kak Dayah tabah dalam menghadapinya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.