Assalamualaikum dan salam 1Dunia, beberapa hari lepas sedang aku dan famili dalam kenderaan untuk pulang kerumah tiba-tiba anak perempuan aku yang berumur 7 tahun bercakap “Kakak tu tak tutup aurat lah”. Semua mata kami tertumpu ke arah yang disebut oleh anak aku tadi. Seorang wanita berumur dalam lingkungan 20an memakai tudung, berbaju kurung, membonceng motor tapi kainnya terselak sehingga kelihatan paha yang putih.
Tajuk wanita bertudung ni memang sensitif dan banyak telah dibicara sebelum ini. Awal tahun 2010 ada aku buat entri bertajuk “Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat” mendapat respond yang hangat juga. Kumpulan wanita yang tidak bertudung selalunya menjadikan kumpulan wanita bertudung yangi tidak mematuhi hukum syariat Islam seperti wanita bertudung nampak paha sebagai perbandingan bahawa mereka lebih baik.
Menutup aurat bagi wanita adalah wajib seperti yang telah difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam Al Quran dan tiada lansung KHILAF oleh Para Ulama tentang hukum ini. Hukum menutup aurat sama seperti wajibnya hukum solat fardu 5 waktu kepada yang tidak mematuhi ada hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT sebagaimana ditunjukkan kepada Rasulullah SAW ketika Mikraj ke Sidratul-Muntaha iaitu “Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain“.
Cuma kita jangan berkeras dengan wanita yang belum bertudung dakwah secara hikmah dan terus berdoa tanpa henti semuga ALLAH SWT memberi hidayah kepada mereka. Manusia tiada kuasa mengubah manusia melainkan dengan izin ALLAH SWT. Bagi wanita yang belum bertudung mesti ada azam yang kuat dan faham akan hukum yang bakal diterima kelak bukan hanya bersenang menunggu seru untuk menutup aurat kerana setiap saat aurat terdedah bukan sahaja wanita tersebut menanggung dosa malah bapa dan suami juga menanggung dosa tersebut. Dakwah juga mesti terus dilakukan kepada wanita yang bertudung tetapi tidak menutup aurat kerana tidak mengikut syariat menutup aurat yang betul.
Fahami firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur ayat 31
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.
Bertudung tidak semestinya menutup aurat jika tidak mengikut tertip menurut aurat yang betul. Berdasar ayat ini adakah ini bermakna wanita yang tidak menutup aurat samada bertudung atau tidak bertudung itu tidak beriman??
114 Comments
alhamdulillah, semua keluarga saya yang perempuan telah mengekalkan berjilbab
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Yunani vs Rusia
Mulialah semua mukminin di Dunia
Curahan rasa munir ardi @ ..Generic Structure and example of Procedure Text
wanita mudah untuk msuk syurga.. tetapi.. wanita juga mudah untuk masuk neraka…
isu bertudung. makin hari semakin diperlekeh. tanda akhir zaman..
Curahan rasa xDer @ ..bahayanya si TOMCAT
sekarang tudung cuma satu fesyen jer bagi sesetengah org…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
memang sukar untuk memperkatakan bab aurat wanita ni…sebab banyak alasan dari melakukannya…banyak alasan diberikan….fesyen la konon
Curahan rasa hairy @ ..SAYANG MAK!!!……..
Jemput cuci mata tgok stok tudung kami.jualan penghabisan stok 🙂 murah aja
Curahan rasa Almari tudung @ ..Telekung Sembahyang
hehehe…sempat lagi iklan yer…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
tapi sekarang ni..banyak yg bertudung sebab fesyen….ada jugak bertudung sebab ikut orang….kalau yg betul2 nak bertudung pun…susah nak cari…kalau ada pun..boleh dihitung….(walaupun sya bukan antara perempuan2 yang bertudung…)
Curahan rasa ERAH eiey @ ..Followers Didahulukan, Readers Diutamakan by Zareliqa
pakai tudung pun pakai baju yang fit…trend terkini ker?
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Comments are closed.