Waktu Solat 1Dunia

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah lebih 500 Rakan Blogger WordPress dan beratus lagi Blogger Blogspot telah pasang waktu solat Malaysia di blog masing-masing. Ramai Blogger Indonesia, Singapore, Brunei dan seluruh dunia yang minta kita binakan plugin waktu solat 1Dunia.

Alhamdulillah prototype Waktu Solat 1Dunia telah siap untuk dicuba, jika anda perasan, di bahagian sidebar denaihati.com sekarang ini menggunakan widget Waktu Solat 1Dunia. Terdapat perubahan besar dalam fungsi Waktu Solat 1 Dunia ini, kiraan waktu solat adalah berdasarkan koordinat kedudukan kawasan. Widget di blog ini menggunakan koordinat kawasan Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk waktu solat.

Jika anda ingin mendapatkan waktu solat bagi kawasan anda, anda hanya perlu menekan Tukar Kawasan kemudian klik butang Get Location. Paparan seperti di bawah akan kelihatan, sila klik allow untuk membolehkan widget Waktu Solat membaca lokasi anda.

Kiraan yang digunakan dalam widget yang dipasang adalah berasaskan Egyptian General Authority of Survey, dalam plugin Waktu Solat 1Dunia nanti, ada beberapa jenis kiraan yang akan disediakan, anda hanya perlu memilih kiraan yang bersesuaian untuk anda. Plugin ini masih dalam percubaan, sekiranya anda mengalami sebarang masalah, bolehlah melaporkan dengan menulis di ruangan komen di bawah. Jika segalanya berjalan lancar, plugin ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

---

  1. Alhamdulillah telah pasang plugin ini di blog saya
    Entri terbaru smp3lembang – Preview Semifinal Piala Eropa 2012 Jerman Vs ItaliaMy Profile

Trackbacks

  1. [...] secara sistematis, faktual dan akurat” (Suryabrata, 1998:18). Kutipan Tidak Lansung Pengertian kutipan tidak lansung merupakan upaya merujuk pendapat orang lain dengan mengunakan bahasa sendiri. Contoh [...]

Artikel pilihan...close