Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia,
minggu lalu telah berlangsung majlis perasmian #YouCanDuit di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Kempen #YouCanDuit dilancarkan Mac lalu di Kuching, Sarawak bertujuan memperkenalkan program e-Usahawan dan e-Rezeki, yang dilancarkan tahun lalu bagi meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyasarkan seramai 100,000 peserta khususnya golongan usahawan di seluruh negara, mengikuti program e-Usahawan dan e-Rezeki.
Datuk Jailani Johari selaku Timbalan Menteri berkata kempen dikendalikan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu merupakan sebahagian daripada agenda merakyatkan digital ekonomi di bawah inisiatif Transformasi Ekonomi Digital Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Digital Malaysia.
Sejak awal tahun ini, seramai 2,700 pelajar TVET dan usahawan mikro mengikuti kursus ini. Hasil jualan keseluruhan terkumpul yang dijana adalah RM2.6juta. Menjelang akhir tahun, seramai 45,000 peserta dijangka mengikuti kursus ini dengan sasaran hasil jualan terkumpul RM21 juta
Kehadiran ribuan penduduk di sekitar Hulu Terengganu menunjukkan betapa mereka semua bersemangat untuk menaiktaraf hidup keluarga dengan menggunakan platform yang kini menjadi ikutan ramai.
eRezeki adalah inisiatif digital yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Mereka yang berminat akan diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang berdaya saing.
Untuk makluman, kursus ini sedang dijalankan secara percuma di beberapa lokasi di seluruh Malaysia, termasuk utara Semenanjung. Tetapi oleh sebab kadar permintaan yang tinggi, tempat adalah terhad.
Kelihatan setiap kali sesi untuk penerangan eRezeki di Hulu Terengganu, ia sentiasa penuh dan mendapat sambutan daripada pengunjung. Tidak kurang juga kiosk-kiosk yang memudahkan para pengunjung mendapatkan informasi dan mendaftar terus di eRezeki.
eUsahawan pula merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan mikro yang sedia ada serta orang awam yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta akan menjalani kursus keusahawan digital jangka pendek di institusi kemahiran yang terpilih.
Di Karnival ini, beberapa usahawan dari program eUsahawan telah ditemubual. Ada yang sebelum ini hanya bergerak sendirian secara offline dan berniaga hanya di sekitar kedai atau di sekeliling rumah. Akan tetapi dengan menyertai eUshawan ini, pelbagai perkara yang telah berubah termasuk permintaan dan juga pendapatan meningkat.
“Saya bermula beberapa bulan lalu bersama eUsahawan. Sebelum saya buat sendiri untuk pemasaran tetapi kurang menyerlah. Homemade Cookies Mummylya Kitchen di Kemaman ini kini mendapat sambutan secara atas talian selepas mendapat tunjukajar dari teknik pemasaran eUsahawan.”
“Sebelum ini untung kasar produk Bayu Kelulut saya hanya RM2000, tetapi setelah hadiri kelas yang dianjurkan oleh eUsahawan, hasil keuntungan saya melonjak naik kepada RM3000 sebulan. eUsahawan banyak mengajar saya menjana pendapatan secara digital selaras dengan trend masa kini di Malaysia dan dunia.”
“Saya merupakan pengusaha spa di Kemaman. Sebelum ni teknik pemasaran hanya secara offline, tetapi eUsahawan membantu meluaskan perniagaan kami secara atas talian. Banyak ilmu yang dapat dipelajari seperti copywriting dan pendapatan kami meningkat sehingga 20%.”
“Sweetdoll Surprise impian saya untuk menggembirakan ramai orang. Servis penghantaran, dekorasi dan kejutan pada asalnya di Kemaman sahaja, kini telah meluas secara talian di Terengganu. Inshaa Allah, saya akan lebih mempromosikan perniagaan saya secara digital yang memberikan pulangan yang berganda.”
Kedua-dua program e-Usahawan dan e-Rezeki juga disasarkan dapat menarik penyertaan 100,000 orang pada akhir tahun ini, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara Jangan lepaskan peluang untuk menjana pendapatan secara online!
Untuk eRezeki, anda boleh terus ke www.erezeki.my dan latih serta layakkan diri anda untuk melakukan kerja pilihan anda
Bagi eUsahawan, lekas daftar melalui weblink bit.ly/eUsahawanweb dan dapatkan informasi di Facebook eUsahawan.
35 Comments
Bagus juga usaha kerajaan melalui program ini. Dapat memperkenalkan bisnes baru dan lama dengan lebih baik lagi. Bagi yang nak cuba, bagus cuba. Insyallah akan ada hasilnya bila berusaha.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Tambah Pendapatan Semasa Bulan Puasa
Moga lebih banyak lagi penganjuran n hebahan ttg program ini pada masyarakat
Curahan rasa Imah @ ..Produk kecantikan : Olicandy Premium Edition
Betul tu. Dapat menaikan lagi bisnes usahawan di kalangan bumiputera. Hari ini di mana-mana sahaja boleh berjaya. Janji kena rajin berusaha.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Tambah Pendapatan Semasa Bulan Puasa
Bagus program macam ni, sambil-sambil online layan facebook dan twitter, boleh jana pendapatan sampingan sekali
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Selamat Menyambut Ramadan 2016 1437 Hijrah
program macam ni memang terbaik… usaha mdec ni patut mendapat sokongan ramai, terutama blogger-blogger dan pengusaha IKS
Curahan rasa zulseffort @ ..Siap Tulis Ebook Hanya Dalam Masa 12 Minit? Boleh ke?
Yurp… Diharapkan seluruh rakyat Malaysia dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada MDEC dalam usaha yang baik ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H
Jangan jadi seperti Mykad… Kalau nak diikutkan Mykad yang dikeluarkan oleh MDEC mempunyai 50 aplikasi semuanya… Tapi aplikasi yang betul-betul hanya boleh digunakan tak sampai 10…
Curahan rasa Anuar @ ..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H
Itu pun salah satu aplikasi yang sedang digunakan pada ketika ini iaitu Mykad Smart Shopper kurang mendapat sambutan…
Curahan rasa Anuar @ ..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H
Bila Survey dilakukan… Rupanya ramai rakyat malaysia takut nak berbelanja dengan menggunakan mykad untuk mendapatkan point dan penjimatan, sebab takut Mykad mereka rosak…
Curahan rasa Anuar @ ..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H
Syabas…terus membantu rakyat menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup yang berkualiti.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Pelbagai Kegiataan di Pantai Remis
program yang amat membantu .. program sebegini harus di teruskan bagi membntu penguasa kecil-kecilan.
Curahan rasa apdm @ ..Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM
cuma still masih tak berapa jelas macam mana program youcanduit-mdec ni bantu usahawan jana pendapatan.
takde penerangan yang cukup detail kat mana-mana website.
mohon explain lebih sikit.
Curahan rasa titan @ ..Panduan Buat Duit dengan UBER
alhamdulillah program mcm ni patut diteruskan boleh bantu ekonomi usahawan kecil kecilan melayu kita
Curahan rasa amir @ ..krim xgene dr ismail tambi
Memang bagus ade program seperti ini.. harap mdec dapat buat di semua negeri di Malaysia lepas nie
Curahan rasa Afif Rayyan @ ..Tonton Dan Download My Stupid Boss Full Movie
yurp.. harapnya macam tulah.. barulah fare untuk semua usahawan kecil di seluruh Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..Sekitar Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Maklumlah, bukan semua usahawan kecil ni tahu ambil inisiatif sendiri untuk explore pemasaran secara online ni..
Curahan rasa anuar @ ..Sekitar Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Jadi, kenalah ada pihak yang dapat membantu mereka melalui program2 seperti ini..
Curahan rasa anuar @ ..Sekitar Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Kiranya Program You Can Duit ni akan pusing Satu Malaysia lah yer… Bilalah agaknya nak buat dekat Sungai Besar yer?…
Curahan rasa Anuar @ ..Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
Dekat nak pilihan raya ni elok sangat kalau diadakan program macam ni…. Nanti bolehlah Tuan Denai Hati dan isteri balik kampung sekali… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
Bestnya… Sengan adanya program You Can Duit diharap dapat meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia….
Curahan rasa Anuar @ ..Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
Bagus program ni. Pada yang masih tercari-cari nak dapat rezeki lebih eloklah daftar dalam program ni. Banyak manafaatnya.
Curahan rasa rahimah majid @ ..7 Cara Atasi Sakit Telinga Dalam Kapal Terbang
Haah kan…. Jadi Usahawan pun merupakan satu kerjaya yang mempunyai hala tuju masa depan yang lebih luas…
Curahan rasa Anuar @ ..Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
bagus program camni, boleh membantu marketing produk2 usahawan tempatan kita kan. kipidap
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Tips dan Panduan Berpuasa Bagi Ibu Menyusu
Haah bagus tu… Semoga dengan adanya Program You Can Duit akan dapat membantu memasarkan produk-produk IKS supaya dapat menembusi pasaran global..
Curahan rasa Anuar @ ..Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
Program-program seperti ini amat membantu komuniti masyarakat terutama golongan muda yang mahu menjadi usahawan berjaya. Semoga program seperti ini diperbanyakkan dan diperluaskan di seluruh Malaysia bagi membantu komuniti masyarakat di Malaysia.
Curahan rasa Bintang Sukan @ ..Keputusan EURO 2016 Terkini
Yurp… Satu cara yang efektif untuk menarik minat generasi muda untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan….
Curahan rasa Anuar @ ..Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
Jadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan Utama generasi muda apabila mereka telah menamatkan pengajian dari Universiti..
Curahan rasa Anuar @ ..Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
bagus betul program2 macam nie. dapat bantu marketing utk para usahawan kecil kita.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Berjaya Kawal Alahan Makan Makanan Laut | Cara Mudah, Selamat dan Semulajadi
Ya… Saya juga berpendapat macam tu jugak…. Inilah prlatform terbaik untuk membantu usahawan Kecil terutamanya IKS yang berada di Kampung dan tidak tahu selok belok pemasaran Online…
Curahan rasa Anuar @ ..Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
Comments are closed.