Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jika kita sebut mengenai Google Webmaster Tools, pasti ramai yang telah mengenali alat ini dan telah menggunakannya untuk sekian ketika. Sejak kebelakangan ini Google telah memperkenalkan beberapa sistem yang menyebabkan trafik organik bukan sahaja blog juga website menurun secara drastik. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada Google sedangkan banyak lagi platform search engine lain yang boleh dijadikan tapak untuk membina trafik blog antaranya Bing Webmaster.
Namun masih ramai yang tidak menggunakan Bing Webmaster Tools. Artikel kali ini akan berkongsikan bagaimana untuk mendaftarkan blog anda dengan Bing Webmaster Tools.
Sekiranya anda belum mempunyai akaun bersama microsoft, anda boleh sign up akaun percuma dengan mereka. Setelah anda sign in ke ruangan bing webmaster, paparan untuk menambah laman ke bing webmaster akan kelihatan pada awal halaman tersebut.
Anda hanya perlu taip url blog atau laman sesawang anda kemudian tekan butang add site.
Selepas itu, anda perlu mengisi sedikit maklumat laman anda seperti kedudukan sitemap.xml anda dan juga waktu bila jumlah trafik anda paling banyak setiap hari. Anda boleh lihat contoh setting dalam gambar di bawah. Kemudian klik butang ADD.
Selepas itu, anda perlu melakukan proses verifikasi untuk laman anda. Ada tiga pilihan verifikasi yang disediakan.
- Dengan memuat naik fail verifikasi yang disediakan oleh pihak Bing Webmaster Tools
- Dengan menambah kod meta verifikasi bing webmaster tools dalam template anda (teknik yang sesuai digunakan oleh pengguna blogspot).
- Dengan menambah CNAME dalam setting domain anda
Anda boleh memilih mana-mana proses verifikasi yang paling mudah untuk anda. Kemudian klik butang VERIFY
Setelah selesai proses verifikasi, anda akan dibawa ke Dashboard Bing Webmaster Tools. Anda boleh mula menggunakan tools ini untuk merancang, menilai dan menambah baik blog anda untuk apa jua tujuan yang ingin dicapai.

Selamat mencuba.
Semuanya perlukan ilmu kalau tak ….. pasti akan sesat ditengah kerancakan dunia siber. Kepada yang berminat nak mencari ilmu sila daftar kelas junior dan master buat blog di Akademi Denaihati (sila klik daftar untuk memilih tarikh yang sesuai dengan anda).
115 Comments
saya dapat daftar google webmaster tool je yang bing masih belum lagi,baru tahu hehe..
mobil susah sikit nk daftar tak berapa support hari tu saya daftar google webmaster tu gunakan pc di cc ,terima kasih banyak2 atas perkongsian ini ya DH 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Biskut Galleta Terlaris Di Pasaran
Ada jugak ye? Nik tak pernah tahu ada big webmaster ni. Tak susah nak daftar.lagipun free.. nanti kena daftar gak ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Terima Kasih Nuffnang !
oh yang bing ni saya belum daftar. hanya ada google webmasters je. nanti boleh belajar buat bing pulak
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Dadih Perisa Durian
DH, PG da daftar webmaster tools untuk google, yang atas ni sama dengan webmaster tools google tak? PG pernah buat sitemap juga sebelum ni. macam mana erk? atau boleh je kalau tak pakai BING ni? menarik perkongsian diatas, tapi mungkin akan mengalami code duplicate ke apa ker? macam mana tu?
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dah mandaftar dalam bing webmaster dan ping entry. sangat membantu. tapi selalu ada notification malware detected tu. Belum habis explore lagi bing webmaster ni..harap ada perkongsian lagi ni. Terima kasih 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Ranking Terkini Alexa Blog Sihatimerahjambu 9 September 2014
Oh…baru hari ni wan tau ada lagi selain Google. Sebab wan pun tau dari blog-blog lain berkenaan Google. Nampaknya Google bukan salah satu option yang boleh membantu blog kita. Thanks atas perkongsian.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
terima kasih atas perkongsian..saya tak pernah lagi daftar kat bing ni.. nak kena try ni
Curahan rasa Syami @ ..Kisah Usahawan Internet Menjadi Jutawan Menggunakan KERIS
nice info…
saya akan coba untuk daftar ke bing
grosir baju rajut murah
Info yang sangat bermanfaat gan..
Kebetulan lagi coba-2 belajar SEO blog nih..
Keep sharing..
Salam dari http://www.ferry-at.blogspot.com
Curahan rasa ferry @ ..Jual Pemutih Tapioka/Aci/Sagu
waalaikumsalam, menarik sekali tips dan tutorialnya bisa menambah pengetahuan dan pengalaman, terima kasih sudah berbagi
Curahan rasa yandi @ ..Cara Menampilkan Hidden File
terima kasih atas info ini..boleh amalkan
Curahan rasa Rokiah Abdul Hamid @ ..Shaklee Menyokong Israel ?
dah pernah buat sekali hari tu. semoga dapat membantu blog saya ditemui ramai.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Terima kasih berkongsi tutorial step by step ini.
Selain Google, Bing juga boleh menarik trafik, memang menarik.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
dulu hanya fokus pada google je. tak terfikir pulak pasal bing dan yang lain lain.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Pernah nak cuba daftar bing ini..tak lepas-lepas. Tak pandailah sebenarnya..hehe. Terima kasih atas tutorialnya. Boleh mencuba.
Curahan rasa Aini Zakaria @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
mujur ada tutorial seperti ni. memang banyak membantu kan?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Disebabkan saya rasa ramai yang lebih tertumpu pada Google, saya abaikan Bing dan yang lain-lain. Lepas ni akan submit jugak blog pada search engine yang lain.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Cara Melakukan Qunut Nazilah
ramai yang menumpukan kepada google sahaja,
ya kadangkala kita kena juga ambil perhatian Bing & Yahoo
betul tu. sama lah seperti saya dulu yang hanya fokus pada google.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Hari Boikot McDonalds Malaysia
Comments are closed.