MITBCA Top 16 Travel Blog Malaysia 2013

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dapat jemputan daripada En Shahul, Founder Majlis Sosial Media Malaysia untuk hadir Majlis MITBCA 2013 di KL Convention Center. Banyak ilmu yang diperolehi daripada konferan yang dianjurkan khusus untuk mempromosi pelancungan Malaysia menggunakan sosial media. Majoriti peserta konferan daripada industri pelancungan Malaysia tidak berganjak dari tempat duduk mendengar setiap perkongsian Tips Blogging dari panel yang dijemput daripada berbagai negara.

mitbca2013

Alhamdulillah aku tidak keseorangan ada beberapa Rakan Denaihati yang ikut serta MITBCA 2013 antaranya Abangensem, Ishak Ismail, Ladfe Amir dan Zahari Unc. Paling best dapat duduk sebelah kawan sebilik Blogger Beautifulnara semasa beliau belajar di Korea, banyak juga dapat congkel rahsia Abang Nara. Memang betul bukan mudah nak jadi Blogger no satu Malaysia, Abang Nara memang kerja kuat untuk mencapai status itu.

mitbca2013

Pada malam kedua aku menghadiri malam anugerah tourism blog sebagai finalist untuk katogeri Tourism Blog of The Year. Terima kasih kepada yang mencalonkan tetapi tidak meletakan harapan yang tinggi kerana rasanya macam tak sesuai blog Denaihati nak menang katogeri tersebut. Blog kedua Denai.my juga dicalonkan untuk katogeri Travel Blog tetapi tidak berjaya masuk final.

mitbca2013

Senarai Top 16 Tourism Blog Malaysia MITBCA 2013.

  1. Best Tourism Cultural Blog : Masmz.blogspot.com (PR2)
  2. Best Tourism Entertainment Blog : Malaysianreggaecommunity.blogspot.com (PR0)
  3. Best Tourism Lifestyle Blog : Emilayusof.com (PR4)
  4. Best Tourism Shopping Blog : Placesandfoods.com (PR3)
  5. Best Tourism Photography/Art Blog : Blueewoke09.blogspot.com (PR2)
  6. Best Tourism Travel Blog : Wretch.cc/blog/squallczk (PR3)
  7. Best Tourism Destination Blog : Biqque.blogspot.com (PR3)
  8. Best Tourism Fashion Blog : Fidajacob.blogspot.com (PR1)
  9. Best Tourism Healthcare Blog : Medicaltourismselangor.com (PR0)
  10. Best Tourism Micro Blogger of The Year : Lilyrianitravelholic.blogspot.com (PR0)
  11. Best Social Media Tourism Blog of The Year : Seduniatravel.com/blog (PR3)
  12. Best Fabulous Food 1Malaysia Blog : Johorkaki.blogspot.sg (PR4)
  13. Best Eco Tourism Blog : Janggeltrekking2.blogspot.com (PR2)
  14. Best Expert MM2H Blog : Docgelo.com (PR3)
  15. Best Homestay Blog : Terataihomestay.blogspot.com (PR2)
  16. Best Tourism Blog of The Year : Kakiberangan.blogspot.com (PR3)

Tahniah kepada semua pemenang memang layak sebab semua memang kaki jalan mengembara kepelusuk dunia dan kepada yang tidak berjaya jangan kecewa teruskan mengembara dan kongsikan pengalaman anda di blog untuk panduan kepada yang lain. Seperti kata Anis Ibrahim, tempat itu tak penting sebab kita bukan orang yang pertama sampai tetapi pengalaman pengembara pasti berbeza.

Top 18 Blog Paling Popular Malaysia MSMW2013

Seronok juga malam anugerah MITBCA2013 walaupun tak menang tapi buat pertama kali dapat jumpa Sumijelly, Jardness, Ryann Haries dan Nizam Ijam. Kakinakl pun ada cuma tak sempat nak jumpa Abang Nara. Jumpa lagi di MITBCA2014.

114 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!