Tips jumpa bakal madu

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, blog Denaihati bukanlah blog kisah poligami seperti blog Sweetkurma yang banyak berkongsi kisah poligami tapi pernah sekali menulis entri bertajuk “Poligami pengalaman peribadi“. Dah baca ke … kalau belum baik cepat-cepat klik entri tu lepas tu klik pulak link blog Sweetkurma.

Baru-baru ini aku terima email dari seorang pembaca setia. Katanya dia cuma beberapa kali email kepada blog Sweetkurma nak kongsi artikel poligami tetapi tak ada maklumbalas makanya dia kirimkan kepada aku. Menarik juga artikel “tips jumpa bakal madu” memang aku tak ada pengalaman tapi mungkin boleh jadi panduan kepada yang berkenaan. Jom baca.

Aku terpanggil untuk menulis “tips jumpa bakal madu” kerana menerima “private message” dari seorang teman yang bertanya tentang tips jumpa bakal madu, tidak bertanya lebih, diri ini beranggapan yang teman ini ingin berkahwin dengan lelaki yang sudah punya isteri. Aku tidak langsung bersangka sangka terhadap teman ini, kerana bercerita tentang jodoh, ianya seperti rezeki yang telah ditentukan, namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Oleh itu cari lah jodoh yang baik, siapa jodoh kita? dengan siapa? semuanya kerja Allah SWT, atas dasar ini, Allah perintah kepada kita untuk terus berusaha dan berdoa. kita sudah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT tentang jodoh kita. adakah ianya lelaki bujang, duda atau suami orang?

Kehidupan bermadu ini ada baik dan buruknya.

Sekadar gambar hiasan kredit: coldheartediceprincess.blogspot

Kalau ianya melibatkan suami orang atau lelaki yang sudah punya isteri..! adakah itu pilihan kita…? atau ianya satu ketentuan dari Ilahi bahawa jodoh kita sememangnya dengan lelaki yang sudah punya isteri…? bagi kita yang terlibat sudah tentunya itu lah jodoh yang Allah beri untuk kita iaitu dengan lelaki yang sudah punya isteri…!

Itu semua kata kita, tapi adakah masyarakat akan berkata perkara yang sama, iaitu sudah jodoh kita, mungkin ada yang kata “YA” dan mungkin juga ada yang kata “TIDAK”, maksudnya kita sememangnya “gatal” memilih suami orang sebagai calon suami… begitu juga pandangan di pihak isteri sedia ada oleh bakal suami kita, tentunya dan aku berani kata bahawa “kita segaja gatal memilih suami dia di sebabkan, mungkin rupa-parasnya, kedudukannya, hartanya dan macam2 lagi”.

Kalau ada isteri yang betul2 sanggup atau sedia menerima orang baru sebagai madu dalam hidupnya, sudah tentu-tentunya dan aku berani kata bahawa akan ada syarat2 yang dikenakan terhadap suami dan juga bakal madunya…. ini kerana aku sendiri punya pengalaman lebih 13 tahun hidup bermadu, dimana aku menjadi yang kedua, sentiasa bermohon terhadap Ilahi cukup lah tu kannnn…. risau juga aku ni ya…. biasa lah aku pun ada perasaan cemburu, kan itu tanda sayang….

Kehidupan bermadu memerlukan tolak ansur antara satu dan lain.

Sekadar gambar hiasan

Berhubung dengan tips tu, sebenarnya tidak lah susah sangat, mungkin yang menyebabkan teman aku tu bertanya atas perasaan gementar, risau dan mungkin tahap ketakutan yang terlalu tinggi untuk bertemu dengan bakal madu dia….

Bagi aku, tak perlu terlalu takut atau risau akan di marahi atau di maki-hamun (bahasa kasarnya), kerana peranan suami sangat besar dalam soal memberi penjelasan kepada isterinya atas niat baiknya untuk berpoligami, si suami lebih tahu akan isterinya, bila isterinya sanggup berjumpa, bermakna si suami sudah 80% berjaya menyakinkan isterinya tentang niat sucinya itu…..kerja kita sebagai madu hanya 20% sahaja….
Apa yang perlu teman aku lakukan adalah, betul kan niat mengapa mahu berkahwin dengan lelaki tersebut, kalau kerana Allah, demi sunnah Rasul dan demi menghindar dari berlaku perkara-perkara yang menjerumus kepada maksiat….

Selainnya, buat solat istikharah, mohon petunjuk Ilahi, apa yang patut dilakukan, berdoa agar Allah permudahkan segalanya…inshaAllah niat yang baik, apa tah lagi untuk mendirikan masjid, Allah akan bantu…. Allah maha pemberi…

Melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk.

solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk daripada Ilahi

Bagi aku sendiri, aku memang suka membaca dan mengamalkan surah2 pendek supaya Allah lindungi dari niat jahat sesama insan, supaya lidah kita lancar ketika berbicara dengan bakal madu, agar hati madu jadi lembut bila melihat kita dan yang paling penting adalah redha Allah SWT…. moga kita menjadi “permata” buat isteri dari suaminya….

Contoh surah2 pendek yang penulis selalu amalkan, sebahagiannya adalah :-

  • Surah Yaasin (ayat yang ke 9)
  • Surah Ali-Imran (ayat yang ke 200)
  • Surah Al-Taubah (ayat 123 – 124)

Kalau boleh dalam perjalanan hendak berjumpa tu bersalawat lah sebanyak mungkin….. banyak lagi surah2 pendek yang boleh di amalkan…. agar Allah permudahkan segalanya, aminnn
Nasihat aku, jika sudah diterima sebagai madu tu, biarlah jadi madu yang berhemah, tidak tamak, tidak dominan terhadap suami, kena banyak bertolak ansur, kena banyak bersyukur bahawa kita telah di pilih oleh Allah SWT untuk berkongsi suami (ini lah yang aku sering lakukan dan sentiasa berusaha untuk menjadi madu yang terbaik)…. yang penting jangan berhenti untuk terus kekal dan berusaha untuk menjadi isteri yang solehah…

Mengecapi hidup bahagia dalam rumahtangga tidak terletak kepada pasangan yang tidak berpoligami atau bermadu, orang yang berpoligami atau bermadu ini juga layak atau boleh mengecapi kebahagian di dunia dan mudah2an hingga ke Jannah, asasnya bagaimana kita menjalani hidup yang sudah ditakdirkan buat kita….

Sekian yang aku boleh kongsikan tentang tips berjumpa dengan bakal madu ini, kalau ada salah dan silap, dalam keikhlasan member tips ini, hanya kemaafan sahaja yang penulis pohon….

Mungkin pembaca entri ini punya tip-tip yang boleh dikongsi, kerana penulis yakin banyak lagi tip-tip yang boleh di kongsi bersama…
Wassalam

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Assalamualaikum..saya bkawan dgn mber 1 company..lpas sy bcerai sy gto dia..lama2 kami jd rapat.1hari dia x pg meeting..dgr cite dia btunang..bila tny dia ckp xmngaku..last2 dpt tau dari staff..dia rasa bsalah sb dah jnj nk nikah dgn sy..hjg bln 8 ni dia bnikah..bdosakah sy? Salahkah sy?dia xsngup nk tglkan sy.pernah ms kami bselisih,dia terlelap n mengigau then dia menangis ckp jgn tinggalkan dia.dia mtk sy tempoh setahun utk kmpul duit kawen.perlukah sy menunggu atau tinggalkan dia?

  2. As slm, saya terpanggil untuk sekadar share cerita yg saya tahu. Ramai kalangan suami masa kini apatah lagi yg berjawatan tinggi atau mmpunyai kemampuan sudah pun berkahwin untuk yg ke2 kalinya. Ini nyata berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama dan rata2 isteri pertama lelaki2 ini tadi cukup serba-serbinya. Fizikal, body menawan, cantik pula. Ada yg masih muda n mempunyai anak2… ada yg lengkap 2ank lelaki 2ank perempuan dan sebagainya. Tetapi mereka masih tidak tahu bahawa dalam diam2 suami mereka sudah pun bernikah yg lain. Kes 1, suami mmg playboy berduitlah cukup serba serbi layak beristeri lebih tpi tidak dipersetujui. Kesian bergelumang ngan maksiat hingga 10tahun. Atas nasihat keluarga si perempuan tadi memaksa si lelaki tadi bernikah dan akhirnya menikahlah keduanya. Kes 2, isteri muda 7 tahun anak 4 org, suka sama suka cinta sama cinta masuk usia 5tahun perkahwinan suami mula cari lain, 1st perempuan kawan betul nk kawin isteri no 1 dpt tau mengamuk nk bunuh diri n tinggalkan suami n anak2. Masuk perempuan ke 2 kawan 8 tahun, dah terlanjur ke lum wallahualam. .. akhirnya nikah juga suami tadi tapi tetap dirahsiakan sampai bila x tahulah.. alasan suami tadi isteri no 1 selalu tolak utk bersanggama. 12 bulan setahun x sampai 4kali bersetubuh n laki pun muda lagi keinginan tu meluap2 katenya. …Kes 3, suami kaya tokey projek duit berkepuk2 bini cantik anak 1 tah dimana silapnya suami kawan pulak ngan secretary. .. dah tu kawin senyap2 yg no 2 dok tackle anak bini no 1 smpai ank tu pun umur 5 tahun suka mak tiri. .. akhirnya cerai la yg no 1 tadi sbb dia dpt tahu. Ohh ada kes no 4. Suami gaji puluhan ribu bulanan, bangang juga isteri mengandung anak no. 2 dlm rumah sendiri bersetubuh ngan indon maid bayangkan hati sape yg tak luruh dh la tu cinta sama2 cinta dri zaman sekolah lagi, bila dah kantoi isteri tadi bgi dia nikah je dari buat dosa so ada 2 bini, tapi syg lelaki ni lebih kn yg Indonesia tuuu n Indonesia tu pun jahat hasut2 last2 diceraikan isteri no 1. Anyway x kekal juga beristerikan perempuan Indon cerai gak tanpa anak selepas 8 tahun kawin…. tu la mne yg lebih baik jumpe isteri pertama krnslkn diri atau kaco rumahtangga mereka n rebut suami org… terbaiklah perempuan yg rela dimadukan…. wallahualam

  3. Madu itu tidak lah salah.tp dipihak lelaki kena lah adil.ni tidak lbihkan isteri muda smpai terabai isteri tua.isteri tua sengsara..kesian tau..isteri muda pula asyik batu api suami supaya ceraikan bini tua..tp suami syg lagi.jdnya bini muda smpai snggup bomohkan bini tua dan suami.Alhamdulillah Allah sygkan bini tua dan tak jd ape yg dia buat.jadi madu ini tak salah..yg slah bila abai tanggungjawab sbgi suami.

  4. hurm,lelaki yang bermadu sepatutnya tahu hukum tanggungjawab,walaupun berbohong,menyakitkan hati isteri,masa kualiti dengan anak2 yang lain kurang tetap akan berdosa walaupun nafkah diberinya ad..kahwin ramai nie berat tanggungjawab,ramai orang melayu kita lupa tanggujawab mereka,bukan nafkah sahaja,tp dr segi batin iaitu hati dan perasaan..bukan di dunia sedap bermadu,akhirat kelak harus menjawab

  5. Yang Bermadu says:

    Saya telah berkahwin buat kedua kalinya di Indonesia tanpa pengetahuan isteri pertama yg ada di Malaysia. Isteri kedua juga tidak mengetahui sy sdh berkahwin krn dr awal sy mngaku bujang.
    Saya mngmbil kptusan utk brkahwin stelah mengetahui isteri kedua ini hamil!. Perasaan bercampur baur di antara gembira dan kesal.
    Gembira krn akhirnya sy ternyata bisa mempunyai zuriat shingga pernah dicemuh bapa mertua (isteri pertama) krn tidak memiliki zuriat wlaupun stlah hampir 10 thn berkahwin.
    Tidak kurang jg betapa besar perasaan kesal krn berasa bersalah terhadap isteri pertama krn sy telah mengkhianati segala kepercayaan yg telah dia berikan.
    Mereka yg mahu berkongsi pendapat sila emel ke prihatinsangat-at-gmail-dot-com.

  6. Jarang kita boleh jumpa perempuan yang betul-betul ikhlas untuk bermadu.. tapi kalau kena caranya sesuatu tidak mustahil
    Entri terbaru amirnawawi – Astro on the Go, untuk semua Mahasiswa MalaysiaMy Profile

  7. jika berpoligami kerana Allah SWT..semuanya akan dipermudahkan,namun jika kerana nafsu maka terimalah akibatnya!
    Entri terbaru Hero Borneo – Masjidil Haram Al Mukarramah Dalam ImpianMy Profile

  8. Kuat sungguh wanita-wanita yang sanggup bermadu ni. Harapnya si suami lebih menghargai dan dapat berlaku adil pada isteri-isteri masing-masing.
    Entri terbaru Fadzi Razak – Piala FIFA World Cup 2014 Dimenangi Oleh GermanyMy Profile

  9. kalau madu ni mmg isteri tak suka, kalau madu lebah memang isteri suka sangat
    Entri terbaru brohantu – Langkah Keselamatan Ketika MemancingMy Profile

  10. baca sekadar baca bolehlah artikel ni..tp kalo baca dpn wife, mesti dia dah jeing maut kan hahah
    Entri terbaru JMR – Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.My Profile

  11. Madu sebenarnya manis tapi jangan memahitkan. Setuju?
    Entri terbaru Ammar – TEMPAT PELANCONGAN MENARIK DI TERENGGANUMy Profile

Trackbacks

  1. […] tentang ilmu MADU tetapi bukan seperti kisah sebelum ini iaitu “Hati seorang MADU” atau “Tips Jumpa bakal MADU“. Kali ini kita nak bercerita kisah MADU yang dihasilkan binatang istimewa lebah sehingga disebut […]

  2. […] bagi yang tidak suka dan entri sejuk bagi yang memerlukan dari blogger idaman asia tenggara tentang “tips jumpa bakal madu”, tiba2 teringat tentang penyanyi salima AF yang baru tiga bulan menjadi isteri ke […]