Tarikh 20/11 yang tidak akan aku lupakan

November 20, 2009

Kisah Kehidupan, Suami isteri

Aku teringat satu babak kehidupan yang pernah aku lalui bersama isteri diawal perkahwinan kami. Ketika itu aku bertugas di sebuah agensi kerajaan di utara Malaysia.

Kami diduga apabila anak sulung kami dilahirkan dengan kesihatan yang tidak beberapa baik. Kami sentiasa  sahaja keluar masuk hospital dan juga buat macam-macam rawatan alternatif untuk merawat anak kami. Terima kasih sangat-sangat kepada seorang teman yang kebetul seorang doktor kanak-kanak yang hari-hari singgah untuk melihat dan merawat anak kami di rumah.

Pada bulan ke 5 anak kami dirujuk ke Pakar Kanak-kanak di hospital Kuala Lumpur. Aku hantar isteri dan anak awal beberapa hari ke rumah Abang Ipar di Shah Alam dan aku terpaksa balik semula ke utara sebab tak dapat cuti. Malam tu isteri aku telefon katanya keadaan anak semakin kritikal. Anak tak berhenti-henti menanggis. Kebetulan abang ipar dan adik ipar aku kerja malam dan jiran sebelah balik kampung jadi isteri aku keseorangan melalui saat getir tu.. Alhamdulillah awal pagi jiran sebelah balik dan bawa isteri dan anak aku ke Hospital Klang.

Aku yang baru seminggu dapat lesen kereta nikat pinjam kereta kawan dan memandu sendirian ke Shah Alam. Aku terus berdoa semuga anak aku selamat. Sesampai aku di Shah Alam, adik ipar aku suruh aku solat zohor. Lepas solat aku terus tanya dia bagaimana keadaan anak. Dia diam dan jalan ke kiri dan kanan. Adik ipar aku minta aku bersabar. Perasaan aku tuhan je yang tahu. Akhirnya dia beritahu anak aku dah pergi untuk selamanya. Aku bigung dan tak ingat apa yang aku lakukan ketika itu. Seingat aku selepas itu jiran abang ipar aku bawa aku ke hospital.

Sesampai di hospital aku terus ke bilik jenazah. Tiada air mata lagi yang dikeluarkan oleh isteri aku. Dia melalui segalanya sendirian. Petang itu kami uruskan bawa keluar jenazah. Aku memandu pulang ke kampung manakala isteri aku memangku jenazah anak sulung kami dengan ditemani adik ipar. Dalam perjalanan terasa sunyi sungguh dunia ini tiada perkataan diucap oleh sesiapa pun dalam kereta itu. Aku tak akan lupa tarikh sedih itu 18/5 sebagaimana aku tidak lupa dengan tarikh gembira 20/11…..

Itu adalah salah satu kisah sedih dalam episod kehidupan aku dan isteri. Hari ini adalah ulang tahun ke 16 kami bersama sebagai suami isteri dan ulang tahun ke 21 kami bersahabat. Aku selalu ingat kisah-kisah sedih supaya aku sebagai Lelaki dan Suami tidak terlupa segala pengorbanan seorang wanita yang dipanggil isteri yang sentiasa setia di sisi aku semasa senang dan susah. Semuga kami terus berkekalan sehingga ke SYURGA…

Kerana Rasullulah selalu berdoa kepada Allah supaya Baginda dimatikan dalam keadaan MISKIN. Kerana apabila kita teringat masa susah dan masa sedih akan membuatkan kita lebih dekat dengan ALLAH swt.

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • shaharil June 17, 2011 at 10:18 am

    Al-Fatihah. Semoga tergolong dalam golongan ahli syurga.
    Entri terbaru shaharil – Kekentalan Semangat Juang Terengganu, Julang Piala FA 2011My Profile

  • syahrilhafiz June 15, 2011 at 10:45 pm

    sedihla,
    tarikh yg sepatutnya menjadi gembira..tapi
    semua ini kehendaknya.
    al-fatihah
    Entri terbaru syahrilhafiz – Tugasan khas iPad 2My Profile

  • haiqal June 15, 2011 at 6:19 pm

    Al-Fatihah.Hilang satu,diganti lagi.Sebak baca kisah ini.Hurmmm
    Entri terbaru haiqal – Wordless WednesdayMy Profile

  • slumberdek June 15, 2011 at 3:51 pm

    Ya Allah sedih yer kisah ni….. tak dapat nak bayangkan kalau aku tempat kamu.
    Entri terbaru slumberdek – Peniaga mandrem pelangganMy Profile

  • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:15 pm

    Pada dasarnya seseorang yang pandai mendapat hikmah akan menemukan sesuatu yang lebih berharga dibandingkan kejadian tersebut.

  • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:13 pm

    Jadi kalo kita tiba2 ngalamin kejadian buruk yg gak mengenakkan..mungkin kita perlu sekali2 mengubah sudut pandang kita dan mencari hikmah apa yg ada di balik kejadian yg menimpa kita itu.

    • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:14 pm

      Kenyataannya dalam kehidupan, kita sering fokus pada sebuah kejadian, namun tidak berusaha mengambil hikmah dari kejadian tersebut.

      • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:15 pm

        Adapun orang yang tidak bisa menemukan hikmah dibalik kejadian adalah orang yang merugi.

        • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:15 pm

          Merugi karena pada lain kesempatan hal tersebut akan menimpa lagi kepadanya, tetapi orang itu sama sekali tidak memunculkan perubahan sikap ataupun ikhtiar.

  • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:12 pm

    Setiap kejadian..hampir pasti selalu ada hikmah yg menyertainya..hanya saja kita yg diberi hikmah itu sadar gak dg hikmah apa saja yg ada di balik tiap kejadian yg kita alami. Seringkali kita lupa..dan lebih sering marah..menghujat..kadang2 kurang bersyukur..atau berpikir negatif thd apa yg Allah berikan pada kita.
    Entri terbaru Bang Iwan – HIDUP SEORANG BLOGGER Berkah Ramadhan DenaihatiMy Profile

  • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:11 pm

    Semua yang manis, indah dan menyenangkan , itulah mungkin yang kita sebut kenikmatan dan karunia. adapun semua yang pahit,jelek dan menakutkan dari peristiwa yang menimpa kita,itulah disebut musibah Yang perlu kita bangun dalam diri kita adalah dibalik peristiwa itu ada hikmah, baik yang dinilai sebagai keburukan atau kebaikan,
    Entri terbaru Bang Iwan – HIDUP SEORANG BLOGGER Berkah Ramadhan DenaihatiMy Profile

  • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:11 pm

    peristiwa – peristiwa yang terjadi di dunia ini adakalanya terasa manis , atau sebaliknya ada yang terasa pahit.Ada kejadian-kejadian yang nampak indah dan menyenangkan , atau sebaliknya ada yang tampak jelek dan menakutkan.
    Entri terbaru Bang Iwan – HIDUP SEORANG BLOGGER Berkah Ramadhan DenaihatiMy Profile

  • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:11 pm

    “Dialah yang menjadikan mati dan hidup , supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia lebih perkasa lagi Maha Pengampun”(QS.Al Mulk:67:2)
    Entri terbaru Bang Iwan – HIDUP SEORANG BLOGGER Berkah Ramadhan DenaihatiMy Profile

  • Bang Iwan August 28, 2010 at 5:09 pm

    Saya baru sempat membaca kisah ini bro…
    Entri terbaru Bang Iwan – HIDUP SEORANG BLOGGER Berkah Ramadhan DenaihatiMy Profile

  • munir ardi August 23, 2010 at 11:00 am

    turut berbelasungkawa mesti telat nian baca artikel ini

  • Dya May 10, 2010 at 1:45 am

    takziah dya ucapkan utk encik DH, maaf baru skrg jmpe entri ni…buat dya teringat kn arwah adik lelaki dya yg berumur 9 tahun semasa dia meninggal akibat kemalangan jalan raya.. :sad: semoga Allah tempatkan mereka2 yg disayangi di kalangan org2 yg beriman
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

  • aduka May 5, 2010 at 1:39 pm

    sedih sungguh saya baca entry ni.. saya tahu saya terlambat tahu fasal DH.. tak apa.. tuhan maha pengasih.. semoga arwah anak DH ditempatkan disisiNya..
    .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • syahirul May 2, 2010 at 3:48 am

    sesungguhnya anak anda telah dipilih menjadi penduduk syurga.. alangkah indahnya jika anda mengetahui bahawa dialah yang akan menyambut tangan kedua ibu bapanya ke sana kelak, insyaAllah.. Al-Fatihah!
    .-= syahirul´s last blog ..Tidak masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah =-.

    • aduka May 5, 2010 at 1:42 pm

      @syahirul; btol.. walaupun sedih dgn pemergian anak yg pertama, yakinlah bahawa anak itu tergolong dlm penduduk syurga.. wallahua’lam..

  • insan biasa May 1, 2010 at 10:56 pm

    bergenang air mata tatkala membaca entry ini, moga ALLAH kuatkan dan tabahkan tuan dalam melalui liku-liku kehidupan… :sad:

  • zuriey April 27, 2010 at 5:53 pm

    takziah saya ucapkan. sedihnya bila baca entry ni. hope denaihati terus tabah menghadapi segala dugaan. semoga anak denaihati ditempatkan di syurga amin..
    .-= zuriey´s last blog ..Jangan mudah terpedaya… =-.

    • farahaznil April 28, 2010 at 10:19 am

      @zuriey, huhu..samalah..sebak hati ni rasa..bkn senang hilang org tersayang…
      .-= farahaznil´s last blog ..FAKTA dan Keajaiban tentang Nyamuk . =-.

  • farahaznil April 23, 2010 at 10:39 pm

    insyaallah…mungkin pemergiannya bukan untuk ditangisi tp membuatkan anda menjadi kuat untk mengharungi semua yang di aturkan oleh yg Maha Kuasa…:)
    .-= farahaznil´s last blog ..Alexa Ranking 3- Pergh…Turun ! =-.

    • aduka May 5, 2010 at 1:41 pm

      @farahaznil; amin..
      .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

  • Wan Anie January 8, 2010 at 10:24 am

    takziah atas pemergian ahli syurga…
    Semoga hidup sentiasa dirahmati dan diberkati, InsyaAllah
    .-= Wan Anie´s last blog ..LAHIRKAN ANAK CEMERLANG! =-.

Trackbacks