Tandas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak cerita kisah tandas. Islam dah tunjuk sunnah Nabi cara keluar masuk dan adab dalam tandas. Islam juga tidak mengalakkan kita berada terlalu lama dalam tandas kerana ianya bukanlah tempat yang suci. Masuk dan selesaikan dengan segera apa juga urusan yang nak diselesaikan di dalam tandas.

Tandas bukan tempat yang suci tetapi bukan bermakna tempat yang mesti dibiarkan tidak bersih dan kotor. Sedihnya kalau kita singgah di tandas awam, tandas di pasaraya dan tandas di kedai makan hampir majoriti tidak diuruskan dengan baik. Sebelum mengharapkan tukang cuci kita sendiri mesti ada tanggungjawab membersihkan apa yang kita tinggalkan.

Apa sangat yang boleh kita harapkan seandainya kita sendiri tak boleh menguruskan buangan kita sendiri. Kalau tabiat buruk kita di tandas awam adakah tabiat kita akan jadi baik apabila menggunakan tandas sendiri di rumah.

Pernahkah kita berkunjung di rumah kawan-kawan yang rumahnya sangat bersih dan teratur tetapi tandas rumahnya kotor atau pernahkah kita berkunjung ke rumah yang tandas rumah sangat bersih tetapi rumahnya tidak terurus.

Segalanya bermula dari rumah dan bermula dari tandas. Jika kita mempunyai tabiat yang baik menguruskan tandas pasti yang lain juga baik. Adakah teman-teman setuju dengan aku???


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.