Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Denaihati Network baru-baru ini telah menaja percutian Tuan Farizal, Pengurus Al Ansar Properties bersama keluarga di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Tajaan atas kerja kuat beliau membantu menguruskan pentadbiran Denaihati Network. Berikut adalah perkongsi pengalaman percutian beliau untuk tatapan pembaca blog Denaihati.com.

Pengalaman bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menarik dengan layanan oleh kakitangan di resort tersebut yang terbaik. Mana tidaknya, sampai di sana sahaja kami terus dijamu dengan ‘Welcome Drink‘.

farizal cameron highland1 Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan

Ditambah pula dengan biliknya yang besar, luas dan teratur dihiasi pemandangan pepohonan hijau yang mampu memberikan ketenangan dan keselesaan kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke sini.

farizal cameron highland2 Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan

Pelbagai pakej percutian kita boleh pilih di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ni bergantung kepada percutian kita seperti percutian keluarga, percutian bulan madu dan sebagainya. Menariknya setiap pakej percutian di sini adalah termasuk lawatan (Tour) di mana kita boleh pilih sama ada nak tour untuk 1 hari ataupun setengah hari.

Sepanjang percutian selama 3 Hari 2 Malam di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands memang penuh dengan aktiviti menarik sama ada yang telah diatur oleh pihak resort mahupun aktiviti dengan keluarga. Memang tak rugilah datang berkunjung ke sini.

farizal cameron highland3 Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan

Steamboat Dinner, boleh request kalau nak buat kejutan untuk yang tersayang.

Sempat pergi melawat Ladang Teh BOH Sungai Palas. Sangat menarik dan cantik pemandangan ladang teh BOH yang menghijau. Kawasan ladang tehnya sangat besar dan luas. Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungai Palas tu juga terdapat BOH Tea Centre yang menjadi tempat istirehat sesuai untuk hilangkan penat sambil menikmati minuman dan makanan berasaskan teh dan strawberry.

farizal cameron highland4 Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan

Ladang Teh BOH Sungai Palas Cameron Highlands

farizal cameron highland5 Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan

Gambar di atas merupakan jambatan untuk Tracking di puncak Gunung Brinchang yang masih dalam pembinaan. Bila dah siap nanti pengunjung boleh tengok Bandaraya Ipoh dari sini. Memang cantik. Nak naik ke puncak Gunung Brinchang ni kalau boleh jangan pakai kereta sendiri takut rosak je.

farizal cameron highland6 Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan

Panorama dari menara di puncak Gunung Brinchang

Berada di puncak Gunung Brinchang memang suatu pengalaman yang cukup best. Dapat melihat panorama yang sangat indah dari menara yang terdapat di puncak Gunung Brinchang. Boleh nampak kepulan awan bergerak. Sungguh cantik.

farizal cameron highland7 Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan

Taman Rama-rama dan Strawberry Farm (boleh petik sendiri strawberry)

Taman rama-rama dan Strawberry Farm juga lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Ada bermacam-macam jenis rama-rama boleh tengok kat situ. Di Strawberry Farm pula boleh petik sendiri buah strawberry. Buah strawberry yang ada di situ memang fresh, sedap dan manis, terbaik dari ladang.

farizal cameron highland8 Strawberry Park Resort percutian yang tidak dilupakan

Pasar Cameron Highland dan Kea Farm

Bila berada di Cameron Highlands memang rugi kalau tak singgah Pasar Cameron Highlands dan Kea Farm. Banyak barang dijual dengan harga yang murah seperti baju, buah-buah, sayur, barangan cenderamata dan macam-macam lagi.

*Pakej yang diambil ni untuk 4 Dewasa dan 2 Kanak-kanak : Apartment Fresno Suite dengan 2 bilik tidur, 1 set Steamboat Dinner, kek, jamuan pie dengan kopi atau teh, dan setengah hari tour ke Gunung Brinchang. Harga adalah sangat berpatutan dan berbaloi.

Kepada Rakan Blogger yang teringin ke Strawberry Park Resort untuk percutian yang tidak dilupakan dengan package harga yang berpatutan sila contact team Denaihati insyallah boleh dapat yang terbaik.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • mrssal 18 March 2013 at 12:26 am

    Salam

    Saya dah book untuk bulan Mei, tetapi saya check hotelnya tak dapat sijil halal jakim. Macamana ya? Puan tahu bagaimana?TQ

  • Putera Helmei 8 March 2013 at 9:41 pm

    salam.. sy ingin tahu, kos utk 3 Hari 2 Malam.. utk 2 org.. maybe dlm 25/12/13..
    Already sent kat contact.. tq..
    Entri terbaru Putera Helmei – Tarikh-tarikh Matta Fair 2013My Profile

  • kembaradunia 8 February 2013 at 10:25 am

    Salam,

    Kami ingin bekerjasama dengan pihak anda untuk mempromosikan resort yang menarik ini.

    Sila emelkan kepada saya contract rate atau check website kami http://www.zulu.my

  • ezrin 5 November 2012 at 9:16 am

    nk quotation utk ke strawberry park resort utk pakej honeymoon pd 19 nov 2012 boleh?

    • denaihati 5 November 2012 at 11:38 am

      Boleh bagi detail date, jenis bilik n keperluan lain di contact. Bagi juga email n no hp.

  • Myra Jay 29 September 2012 at 5:26 pm

    Myra insyaAllah akan bercuti di Strawberry Park, tak sabarnya ;)
    Entri terbaru Myra Jay – Alhamdulillah Menang Grand PrizeMy Profile

  • smp3lembang 30 July 2012 at 9:34 pm

    luar biasa untuk bercuti disana
    Entri terbaru smp3lembang – London 2012 Fencing/ Anggar di Olimpiade London Logo Google Hari iniMy Profile

  • Muhammad 19 July 2012 at 11:24 pm

    Rasa-rasa macam nak pegi esok.

1 5 6 7


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network