Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang dipilih menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada Zulhilmi Zainudin salah seorang pereka grafik dan pembangun laman web tempatan. Seorang yang begitu obses dengan SEO, WordPress, design, pemasaran dan pengiklanan digital. Joom sama-sama kita baca.
Melangkah masuk ke dunia blogging, SEO menjadi salah satu perbualan yang hangat dan sering menjadi debat antara pengamalnya. Masing-masing mempunyai kepercayaan dan sebab musabab tersendiri akan formula yang berkesan dan tidak berkesan.
Backlink adalah antara perkara yang sering dibincangkan apabila kita berbicara tentang SEO. Secara ringkasnya, backlink bermaksud pautan luar yang menghala ke blog kita. Jika blog Denaihati ini meletakkan satu pautan ke laman Nile.com.my, ini bermaksud Nile.com.my menerima backlink daripada blog Denaihati.
Strategi dalam SEO itu luas dan semakin berkembang sejajar dengan pengenalan pelbagai kemaskini daripada pihak seperti Google khususnya dari semasa ke semasa. Setiap kali kemaskini, akan ada blog yang terkesan. Ada yang kekal, meningkat dan ada juga yang terus hilang daripada muka pertama carian!
Kenapa Ini Berlaku?
Baik. Kita perlu tahu bahawa SEO pada hari ini mengambil ratusan aspek untuk dinilai sebelum dianugerahkan kedudukan terbaik di muka carian. Tidak seperti satu ketika dahulu, cukup dengan menggunakan ‘meta tag’ ringkas, kita sudah boleh berada di kedudukan tertinggi mengalahkan pesaing yang lain.
Persaingan yang semakin sengit ditambah dengan kehadiran kumpulan yang mengamalkan teknik ‘black hat’ telah memaksa mereka di sebalik enjin carian untuk bekerja lebih keras bagi mematahkan strategi jahat mereka ini.
Tidak mustahil hari ini kita melihat kedudukan sesuatu blog itu tidak tetap. Ada naik dan turunnya. Jika kita benar-benar memahami teknik terbaik melakukan SEO dan tidak gopoh mengejar kedudukan di muka pertama, kedudukan kita boleh dikekalkan. Sebaliknya, bersedia sahaja untuk hilang dari muka carian.
Kaitan Dengan Backlink
Oleh kerana backlink adalah antara salah satu cabang daripada SEO yang mudah untuk dimanipulasi pada hari ini, mereka yang rakus gemar untuk mengambil kesempatan dengan melakukan proses backlink secara agresif. Golongan ini percaya bahawa hanya dengan melakukan backlink sahaja, blog mereka boleh berada di kedudukan terbaik muka carian.
Sebenarnya, tanggapan ini salah. Sebagai seorang penulis blog yang mahu tahu dan mendalami ilmu SEO yang sebenar, sikap dan pemikiran seperti ini hanya akan membawa blog anda jauh tertinggal di belakang dalam perlumbaan SEO yang sebenar.
Mitos Backlink – Selamatkan SEO Blog Kita Sekarang
Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang mitos-mitos backlink dalam SEO:
#1 – Perlu Buat Backlink Jika Ada Kata Kunci Yang Relevan Sahaja
Era Web 2.0 hari ini telah memperkenalkan kita dengan terma ‘viral’. Viral di sini bermaksud, berkembang secara natural dan bukan dipaksa-paksa. Lihat sahaja fenomena PRU baru-baru ini. Artikel-artikel politik disebarkan secara meluas di Internet khususnya di media sosial – dengan rela hati.
Jika dilihat dengan mendalam, proses ini juga adalah proses backlink. Pautan blog kita bertebaran di Internet dalam platform yang luas. Ada yang berkongsi di blog peribadi dan ada yang mengupas dengan lebih panjang di media sosial.
Mengikut perkembangan SEO terkini, strategi backlink seperti ini adalah baik di mana ianya berkembang dengan natural biarpun tidak daripada laman web atau blog yang berkaitan (niche) dengan kita. Ianya dipanggil ‘social signal’ dalam kalangan pengamal SEO dan dijangka akan digunakan lebih meluas bermula daripada sekarang.
#2 – Buat Do-Follow Backlink Sahaja, No-Follow Tak Perlu
Tidak dinafikan bahawa do-follow backlink mempunyai pemberat yang lebih kepada backlink. Tetapi, no-follow backlink seperti blog comment tidak wajar kita pinggirkan.
Hal ini kerana, dalam menentukan jumlah backlink sesebuah halaman, jumlah do-follow dan no-follow backlink itu dilihat serentak. Jadi, lakukan kedua-duanya dengan seimbang agar ianya nampak natural.
#3 – Banyak Backlink, Rank Lebih Tinggi
Jika mengikut logik, ianya betul. Jika mengikut ilmu SEO, ianya tidak tepat.
Di Internet hari ini, terdapat ratusan juta halaman yang menyediakan informasi. Tetapi, tidak semua halaman ini berkualiti dan ‘baik’ di mata enjin carian. Terdapat pelbagai faktor lain pula yang digunakan oleh mereka dalam membuat penilaian dan status setiap halaman ini.
Jika kita melakukan backlinking secara melulu tanpa melihat kepada kualiti tempat kita membuat backlink, ianya akan memberi kesan negatif kepada blog kita. Buat backlink secara perlahan-lahan dan berhati-hati.
Tip: Jika anda mengambil servis SEO daripada agensi SEO, pastikan anda jelas dengan strategi SEO yang mereka akan gunakan. Ada dalam kalangan mereka yang menyediakan perkhidmatan SEO, menggunakan laman-laman yang tidak baik seperti ‘black hat sites’, pornografi dan sebagainya untuk membuat backlink bagi anda.
#4 – Backlink Sudah Mati & Ketinggalan Zaman
Dengan kemaskini Penguin dan Panda kebelakangan ini, rata-rata percaya bahawa hanya kandungan yang berkualiti dan asli sahaja dilihat oleh enjin carian. Backlink sudah hilang ‘bisa’nya dan tidak akan memberi apa-apa kesan lagi dalam usaha SEO.
Tanggapan ini tidak benar. Backlink masih mempunyai kuasanya jika digunakan dengna betul. Fahami dan teliti ‘best practices’ dalam melakukan SEO khususnya dalam bab backlinking.
Apa yang kita silap selama ini adalah, kita melihat hanya backlink itu sahaja yang boleh menolak setinggi-tingginya blog kita di muka carian. Pernah atau tidak kita terfikir jika kita menulis kandungan yang baik, asli dan ditambah pula dengan strategi backlink yang betul, ianya akan memberikan kesan positif kepada SEO blog kita?
Satu soalan untuk difikirkan bersama-sama.
#5 – Buat Backlink Dari Laman PR Tinggi Sahaja
PageRank (PR) hanya satu signal untuk enjin carian menyusun dan mengkategorikan blog-blog di Internet. Tiada sebarang masalah jika kita melakukan backlinking di pelbagai variasi PR.
Jika kita hanya fokus kepada blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi sahaja, aktiviti ini boleh dikesan dan dianggap sebagai ‘jual beli backlink’ yang secara jelasnya ditegah oleh enjin carian.
Lakukan dengan natural. Gabungkan backlink dari PR rendah hingga ke PR yang tinggi. Kerana, blog yang mempunyai PR yang rendah itu tidak bermakna tidak berkualiti atau ‘jahat’ di mata enjin carian.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepercayaan karut dalam SEO. Sebagai seorang yang benar-benar mahu menjadikan SEO sebagai salah satu sumber trafik berterusan untuk blog, fahami dan ketahui seninya terlebih dahulu. Jangan terlalu tamak dan gelojoh dalam mengejar kedudukan terbaik di muka carian. Lakukan dengan konsisten, perlahan-lahan dan natural.
Kredit foto: mkhmarketing, mkhmarketing, kris krüg, Josep Ma. Rosell, عبدالمجيد المطيويع, i k o, johannes p osterhoff.
No related posts.
193 Comments
He….23x <- ini aja yang nak dikomenkan 🙂
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Open House Rumah Mak Dara
Hohoho. Bro sudah datang. 😀
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
Ilmu yang menarik pasal backlink ni
Curahan rasa Fakarepain @ ..KELEBIHAN PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL
Terima kasih saudara. Menarik. Tetapi perlu berhati-hati. 😉
Moga memberi manfaat ya.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis Blog
saya setuju dengan apa yang ditulis diatas ini tetapi boleh kah anda kalau boleh berikan beberapa contoh untuk dibuat panduan, kerana ramai yg menceritakan tentang SEO itu ini tetapi hampir tidak memberikan contoh tentang bagaimana amalan SEO baik itu dilakukan
Curahan rasa Juan @ ..Resepi Spaghetti Bolognese Maggi Sedap
Saudara Juan,
Secara ringkasnya tentang backlink ini, mula lebihkan perhatian kepada ‘social signal’ seperti FB Like, Tweet & +1. Pengamal SEO rata-rata bersetuju bahawa ‘social signal’ diberikan perhatian selepas era Panda & Penguin.
Tetapi, jangan pula dalam masa yang sama kita menyediakan content yang tidak berkualiti dan copy daripada sumber lain. Itu sudah melanggar hukum asas dalam SEO.
Harap membantu saudara. InsyaAllah.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
You have shared such an article which is going to be guideline to every bloggers. Thank you for sharing�. I am also looking forward to more posts from you.
Thank you. Hope you enjoy it.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
Great and well post. i like that post
Thank you. Hope you will like it.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Bounce Rate & Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada #SEO Blog Anda?
belajar banyak dari entri di atas
Curahan rasa Ferry @ ..Keutamaan Doa Dzikir
Terima kasih saudara Ferry.
Moga memberi manfaat ya.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog
Selalu baca artikel dari zulhilmi ni..Memang best dan tidak lokek berkongsi pengetahuan beliau..
Curahan rasa weschairs @ ..Kalau Aku Kaya..Kalaulah..
Terima kasih saudara. Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu. Moga memberi manfaat bersama. InsyaAllah.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
Seorang blogger senantiasa harus bisa memilah dan memilih, termasuk dalam urusan SEO
Betul. Saya setuju. Terima kasih saudara kerana sudi singgah membaca artikel ini.
Moga dapat belajar sesuatu ya. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis Blog
Amat menarik da. penuh maklumat, padat dan mudah difahami sesuai untuk dipraktikkan di blog kita sejajar dengan perkembangan semasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..MyKad Smart Shopper
Terima kasih saudara. Moga memberi manfaat. InsyaAllah.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
walau pun tak banyak..artikel ni menarik untuk dibaca..banyak lagi sebenarnya..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Hasil Menabung Dari Kecil
aku jemput bro menjadi penulis jemputan untuk tajuk SEO dengan daya meudah difahami semua. macam boleh ke?
Curahan rasa denaihati @ ..Adakah Blogger keliru dengan SEO
Terima kasih saudara Reezluv. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Bounce Rate & Bagaimana Ia Memberi Kesan Kepada #SEO Blog Anda?
Terbaik Denaihati!…
Terima kasih atas perkongsian ni…
Sahabat saya Tuan Happysus Sait (salah sorang pakar SEO), berkongsi dgn saya 7 level backlink..
Most of parts in a level dah dinyatakan di atas..
Syukran..
Terima kasih kembali saudara Supian kerana sudi singgah dan baca artikel ini. Semoga memberi manfaat kepada saudara ya.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog
kepercayaan karut nie yg kita masih percaya.
apapun penerangan yang jelas sangat. nice 😀
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Apa Maksud R4BIA?
Terima kasih saudara Khairil kerana sudi membaca artikel ini.
Semoga memberi input baru kepada saudara ya. 😉
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca
panjang lebar penerangannaya….. padat dan mudah difahami…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Cara Selesaikan Masalah URL Restricted by Robots.txt
Terima kasih saudari Zie. Moga memberi manfaat. InsyaAllah.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis Blog
terbaik explanation ni. Pendek kata selepas era penguin dan panda kita kena pelbagaikan backlink profile dan perlukan link daripada social media juga.
Curahan rasa zuls @ ..Pelaburan Blog Memang Berbaloi
Ya, betul. Pelbagaikan jenis backlink. Social signal semakin mendapat tempat ketika era post Panda & Penguin hari ini.
Terima kasih saudara Zuls kerana sudi membaca artikel ini. Moga memberi manfaat ya.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?
Comments are closed.