SEO dan 5 Kepercayaan Karut Tentang Backlink

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang dipilih menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada Zulhilmi Zainudin salah seorang pereka grafik dan pembangun laman web tempatan. Seorang yang begitu obses dengan SEO, WordPress, design, pemasaran dan pengiklanan digital. Joom sama-sama kita baca.

Melangkah masuk ke dunia blogging, SEO menjadi salah satu perbualan yang hangat dan sering menjadi debat antara pengamalnya. Masing-masing mempunyai kepercayaan dan sebab musabab tersendiri akan formula yang berkesan dan tidak berkesan.

Backlink adalah antara perkara yang sering dibincangkan apabila kita berbicara tentang SEO. Secara ringkasnya, backlink bermaksud pautan luar yang menghala ke blog kita. Jika blog Denaihati ini meletakkan satu pautan ke laman Nile.com.my, ini bermaksud Nile.com.my menerima backlink daripada blog Denaihati.

Strategi dalam SEO itu luas dan semakin berkembang sejajar dengan pengenalan pelbagai kemaskini daripada pihak seperti Google khususnya dari semasa ke semasa. Setiap kali kemaskini, akan ada blog yang terkesan. Ada yang kekal, meningkat dan ada juga yang terus hilang daripada muka pertama carian!

Kenapa Ini Berlaku?

Baik. Kita perlu tahu bahawa SEO pada hari ini mengambil ratusan aspek untuk dinilai sebelum dianugerahkan kedudukan terbaik di muka carian. Tidak seperti satu ketika dahulu, cukup dengan menggunakan ‘meta tag’ ringkas, kita sudah boleh berada di kedudukan tertinggi mengalahkan pesaing yang lain.

Persaingan yang semakin sengit ditambah dengan kehadiran kumpulan yang mengamalkan teknik ‘black hat’ telah memaksa mereka di sebalik enjin carian untuk bekerja lebih keras bagi mematahkan strategi jahat mereka ini.

Tidak mustahil hari ini kita melihat kedudukan sesuatu blog itu tidak tetap. Ada naik dan turunnya. Jika kita benar-benar memahami teknik terbaik melakukan SEO dan tidak gopoh mengejar kedudukan di muka pertama, kedudukan kita boleh dikekalkan. Sebaliknya, bersedia sahaja untuk hilang dari muka carian.

Kaitan Dengan Backlink

Oleh kerana backlink adalah antara salah satu cabang daripada SEO yang mudah untuk dimanipulasi pada hari ini, mereka yang rakus gemar untuk mengambil kesempatan dengan melakukan proses backlink secara agresif. Golongan ini percaya bahawa hanya dengan melakukan backlink sahaja, blog mereka boleh berada di kedudukan terbaik muka carian.

Sebenarnya, tanggapan ini salah. Sebagai seorang penulis blog yang mahu tahu dan mendalami ilmu SEO yang sebenar, sikap dan pemikiran seperti ini hanya akan membawa blog anda jauh tertinggal di belakang dalam perlumbaan SEO yang sebenar.

Mitos Backlink – Selamatkan SEO Blog Kita Sekarang

Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang mitos-mitos backlink dalam SEO:

#1 – Perlu Buat Backlink Jika Ada Kata Kunci Yang Relevan Sahaja

Era Web 2.0 hari ini telah memperkenalkan kita dengan terma ‘viral’. Viral di sini bermaksud, berkembang secara natural dan bukan dipaksa-paksa. Lihat sahaja fenomena PRU baru-baru ini. Artikel-artikel politik disebarkan secara meluas di Internet khususnya di media sosial – dengan rela hati.

Jika dilihat dengan mendalam, proses ini juga adalah proses backlink. Pautan blog kita bertebaran di Internet dalam platform yang luas. Ada yang berkongsi di blog peribadi dan ada yang mengupas dengan lebih panjang di media sosial.

Mengikut perkembangan SEO terkini, strategi backlink seperti ini adalah baik di mana ianya berkembang dengan natural biarpun tidak daripada laman web atau blog yang berkaitan (niche) dengan kita. Ianya dipanggil ‘social signal’ dalam kalangan pengamal SEO dan dijangka akan digunakan lebih meluas bermula daripada sekarang.

#2 – Buat Do-Follow Backlink Sahaja, No-Follow Tak Perlu

Tidak dinafikan bahawa do-follow backlink mempunyai pemberat yang lebih kepada backlink. Tetapi, no-follow backlink seperti blog comment tidak wajar kita pinggirkan.

Hal ini kerana, dalam menentukan jumlah backlink sesebuah halaman, jumlah do-follow dan no-follow backlink itu dilihat serentak. Jadi, lakukan kedua-duanya dengan seimbang agar ianya nampak natural.

#3 – Banyak Backlink, Rank Lebih Tinggi

Jika mengikut logik, ianya betul. Jika mengikut ilmu SEO, ianya tidak tepat.

Di Internet hari ini, terdapat ratusan juta halaman yang menyediakan informasi. Tetapi, tidak semua halaman ini berkualiti dan ‘baik’ di mata enjin carian. Terdapat pelbagai faktor lain pula yang digunakan oleh mereka dalam membuat penilaian dan status setiap halaman ini.

Jika kita melakukan backlinking secara melulu tanpa melihat kepada kualiti tempat kita membuat backlink, ianya akan memberi kesan negatif kepada blog kita. Buat backlink secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Tip: Jika anda mengambil servis SEO daripada agensi SEO, pastikan anda jelas dengan strategi SEO yang mereka akan gunakan. Ada dalam kalangan mereka yang menyediakan perkhidmatan SEO, menggunakan laman-laman yang tidak baik seperti ‘black hat sites’, pornografi dan sebagainya untuk membuat backlink bagi anda.

#4 – Backlink Sudah Mati & Ketinggalan Zaman

Dengan kemaskini Penguin dan Panda kebelakangan ini, rata-rata percaya bahawa hanya kandungan yang berkualiti dan asli sahaja dilihat oleh enjin carian. Backlink sudah hilang ‘bisa’nya dan tidak akan memberi apa-apa kesan lagi dalam usaha SEO.

Tanggapan ini tidak benar. Backlink masih mempunyai kuasanya jika digunakan dengna betul. Fahami dan teliti ‘best practices’ dalam melakukan SEO khususnya dalam bab backlinking.

Apa yang kita silap selama ini adalah, kita melihat hanya backlink itu sahaja yang boleh menolak setinggi-tingginya blog kita di muka carian. Pernah atau tidak kita terfikir jika kita menulis kandungan yang baik, asli dan ditambah pula dengan strategi backlink yang betul, ianya akan memberikan kesan positif kepada SEO blog kita?

Satu soalan untuk difikirkan bersama-sama.

#5 – Buat Backlink Dari Laman PR Tinggi Sahaja

PageRank (PR) hanya satu signal untuk enjin carian menyusun dan mengkategorikan blog-blog di Internet. Tiada sebarang masalah jika kita melakukan backlinking di pelbagai variasi PR.

Jika kita hanya fokus kepada blog-blog yang mempunyai PR yang tinggi sahaja, aktiviti ini boleh dikesan dan dianggap sebagai ‘jual beli backlink’ yang secara jelasnya ditegah oleh enjin carian.

Lakukan dengan natural. Gabungkan backlink dari PR rendah hingga ke PR yang tinggi. Kerana, blog yang mempunyai PR yang rendah itu tidak bermakna tidak berkualiti atau ‘jahat’ di mata enjin carian.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepercayaan karut dalam SEO. Sebagai seorang yang benar-benar mahu menjadikan SEO sebagai salah satu sumber trafik berterusan untuk blog, fahami dan ketahui seninya terlebih dahulu. Jangan terlalu tamak dan gelojoh dalam mengejar kedudukan terbaik di muka carian. Lakukan dengan konsisten, perlahan-lahan dan natural.

Kredit foto: mkhmarketing, mkhmarketing, kris krüg, Josep Ma. Rosell, عبدالمجيد المطيويع, i k o, johannes p osterhoff.


Spread the love

193 Comments

  1. Apa yang saya boleh katakan mengenai entri ini ialah soal mewujudkan backlink yang semulajadi. Dari segi pandangan kasar, ia memang sukar namun berbalik pada prinsip menghasilkan sebuah entri yang baik. Jika entri itu baik dengan penulisan dan pengisian berkualiti, pasti sekali backlink itu akan diperoleh secara semulajadi.

    Nampak trend ada di kalangan blogger yang cuba mendapatkan backlink secara paksa – namun tidak dinafikan jika kena pada konsep yang dibawakan, ia boleh membawa kebaikan dan ia boleh kelihatan semulajadi. Contoh mudah ialah mengenai kontes, segmen atau giveaway. Ramai blogger Malaysia yang buat tetapi pengisian kurang. Hanya semata buat entri untuk promosikan tapi tiada kandungan berkualiti. Backlinks dijana tetapi impaknya tiada.

    Sekali lagi, untuk mendapatkan backlinks yang baik, perkongsian dalam blog perlu padat, sedap dibaca, memberikan inspirasi serta berguna buat semua – tidak semestinya pada pembaca blog sumber itu sahaja. Sebuah entri yang berkualiti mesti mampu untuk dikongsi, dan bukan setakat dibaca dan difahami.
    Curahan rasa hasrulhassan @ ..Strategi Piramid SEO (Search Engine Optimization)My Profile

    1. Saya setuju dengan saudara hasrulhassan,

      Bercakap tentang ‘backlinks paksa’, pandangan saya adalah lebih baik jika kita terima backlink semulajadi daripada ‘authority sites’ berbanding terlalu banyak backlink daripada ‘normal sites’.

      Satu backlink daripada authority sites mampu membawa blog kita ke hadapan. Banyak backlink daripada normal sites belum tentu boleh membawa blog kita ke tempat yang lebih baik – malah mungkin boleh terkesan.

      Saya suka pendapat saudara. 🙂
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate BlogMy Profile

    1. Saya fikir, jika ilmu SEO didedahkan secara 100%, sudah pasti semua akan berlumba-lumba mahu kejar kedudukan tertinggi di muka pertama SERP dengan keyword masing-masing.

      Sebab itu pihak enjin carian hanya memberi guideline sahaja kepada para pemilik web dan blog tentang ilmu asas SEO. Selebihnya, kita boleh kaji dan belajar hasil daripada eksperimen dan pengalaman terdahulu. 😉

      Semoga artikel ini memberi manfaat. InsyaAllah.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate BlogMy Profile

  2. Kena banyak belajar lagi ni. Do follow & No follow backlink pun ambo masih tak tau apa benda & apa bezanya…

    Blog2 berbahasa Melayu pun tak banyak yang PR tinggi… so, belasah je blogwalking kat mana2 boleh tak kisah kan?

    1. Saudara Eddie,

      Ringkasnya DoFollow backlink adalah backlink yang memberi ‘manfaat’ kepada blog kita. NoFollow backlink adalah backlink yang ditandakan dengan kod berikut pada bahagian a href:

      rel=”nofollow”

      NoFollow backlink ini mempunyai ‘weight’ yang rendah jika nak dibandingkan dengan DoFollow backlink.

      Tentang nak semak PR sesuatu blog dengan mudah, jika saudara gunakan Google Chrome, boleh install extension ini. Ia akan paparkan PR sesebuah blog dengan mudah apabila kita melawat blog tersebut.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?My Profile

    1. Saudara Munir,

      Tidak perlu begitu pening dengan SEO. Ikut 3 formula mudah ini:

      1. Hasilkan artikel berkualiti.
      2. Tulis sendiri (jangan copy-n-paste).
      3. Share di media sosial.

      Perkara lain boleh membantu. Ambil sedikit masa untuk terus belajar dan faham tentang SEO. Ilmu SEO ini luas dan merangkumi pelbagai aspek.

      Semoga membantu saudara.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: 4 Perkara Penting Yang Tidak Boleh Diabaikan Ketika Menulis BlogMy Profile

  3. the best content dan tertarik adalah;
    Dengan kemaskini Penguin dan Panda kebelakangan ini, rata-rata percaya bahawa hanya kandungan yang berkualiti dan asli sahaja dilihat oleh enjin carian. Backlink sudah hilang ‘bisa’nya dan tidak akan memberi apa-apa kesan lagi dalam usaha SEO.

    terima kasih bro ! first time baca penerangan sebegini dengan ketegasan di tekankan. padat dan mampan
    Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Tutorial Cara Buat Marquee Image | Gambar Bergerak | Scrolling ImageMy Profile

    1. berdasarkan komen bro tu.. saya setuju akan tetapi saya rasa sistem crawler macam tidak adil kadangkala.. last year hampir 3bulan blog saya di abaikan oleh google.. di sebabkan ada blog yang manyalin entry saya dan entrynya berada di ranking paling atas dan menendang entry saya yang terakhir itu… selepas dari itu blog saya di abaikan…semua entry tidak lagi di index di google… kecuali entry2 terdahulu…
      Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Tutorial Cara Buat Marquee Image | Gambar Bergerak | Scrolling ImageMy Profile

    2. Terima kasih saudara. Saya suka jika saudara suka. 😀

      Tentang isu yang saudara hadapi, cadangan saya adalah dengan ubah settings Sitemap yang sedang digunakan. Jika ada gunakan Google XML Sitemaps Generator, boleh ubah frekuensi kemaskini Sitemap pada bahagian ‘Change Frequencies’.

      Untuk ‘posts’, ubah kepada Daily. Ini bagi memastikan bahawa artikel yang diterbitkan terus dikemaskini dalam fail Sitemap kita. Jika kita pilih Weekly, maka kesannya sedikit lambat dan competitor akan dikesan sebagai yang terawal menerbitkan artikel walaupun mereka copy artikel tersebut daripada blog kita.

      Cara lain juga adalah dengan menggunakan ping sites & social bookmarking sites. Dengan menggunakan sites ini, kita akan menjemput search engine bots masuk ke blog kita dengan lebih pantas sekaligus akan mengesan latest article yang kita hasilkan.

      Artikel paling awal dikesan adalah yang dikira asli. Artikel yang sama dikesan selepas itu akan dikira artikel copy-n-paste.

      Semoga menjawab soalan saudara.
      Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Apa Itu Google Webmaster Tools?My Profile

  4. Ilmu SEO sentiasa berubah-ubah… tidak pernah kekal.. dari dulu lagi… terima kasih diatas pencerahan ini…

    (tuan denaihati dan rakan-rakan yang boleh membantu, saya nak tanya kenapa lepas tukar dari blogspot kepada domain berbayar (.com) feed commentluv saya tidak keluar bila komen disini?

    email saya: inersha84@gmail.com

    1. pernah alami benda ni dulu… pastikan link blog selepas menggunakan custom domain bermula dengan “www” jika di abaikan adakalanya permasalahan ini terjadi… sila buat (tick) redirecting… domain,com kepada www,domain,com dan gunakan feed url yang penuh seperti contoh www, url-blog-anda / feeds/ posts/ default

      cara kedua sila update feeds url di laman anda buat atau aktivekan plugin commentLuv tersebut..

      cara ketiga sila masuukan

      banyak url feeds blog selain menggunakan default feeds / RSS.. adakalanya boleh guna ATOM .xml seperti yang anda gunakan di sitemap webmaster tools…

      kalau tak faham juga silalah search di google “cara mengatasi blog feed error”

      selamat mencuba… saya cuma memberi keterangan berdasarkan pengalaman… dan ini bukanlah tutorial…
      saya orang baru dalam dunia blogger ni… kata org baru sebulan jagung… nak rebus pun tak leh makan lagi… ekekek
      Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Tutorial Cara Buat Marquee Image | Gambar Bergerak | Scrolling ImageMy Profile

      1. Masalah memang sering berlaku pada domain berbayar jika hosting masih lagi dengan blogspot. Dalam soal ini, tak perlu tergesa-gesa, berikan masa untuk rss blog serta komen propagate dengan lengkap. Kadangkala ia ambil masa berminggu, kadangkala berbulan.

        Oh ya, nak tambah, bila guna sistem komen luaran, pastikan anda baca tutorial lengkapnya apabila berlaku perpindahan nama domain, kadangkala ada diberikan petunjuk untuk selesaikan masalah.
        Curahan rasa hasrulhassan @ ..Cubaan Godam (Hack) Akaun PayPalMy Profile

      2. Terima kasih semua rakan-rakan blogger yang perihatin. Alhamdulillah, masalah RSS FEED blog saya dah selesai lepas setting semula kepada default.

        Walaupun lepas tukar kepada domain berbayar traffik agak menurun, tetapi rasa lebih confident untuk mempromosikan blog.

        Kena slow2 tukar setting semua ping aggrator yang dah subscribe dulu…

        Terima kasih semua.
        Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Blogger Penipu Buat Duit OnlineMy Profile

  5. sebab tu, kena jaga backlink. Tak kiralah link keluar atau masuk. hoho..

    dalam menghasilkan sales..do-follow ka..no-follow ka..good backlink ka..edu backlink ka..high pR backlink ka..BAD backlink ka.. selagi boleh mendatangkan sales..belasah aje. haha..
    Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 49My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!