Semakan Online status perjalanan Imegrisen

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku ada terbaca di Utusan Malaysia ada 3,974 individu yang disenarai hitam dan di kenakan tindakan sekatan perjalanan keluar negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967. Menurut maklumat mereka yang disekat perjalanan ini adalah berkuatkuasa setelah pembayar cukai mengikut sistem taksiran sendiri gagal membayar cukai yang ditetapkan selepas April dan diikuti denda sehingga 1 Julai tahun berkenaan.

Sekatan perjalanan keluar negara juga dikenakan kepada mereka yang gagal membayar pinjaman PTPTN. Dengar cerita memang ramai yang tak bayar pinjaman PTPTN ni sehingga mencecah nilai billion ringgit walaupun ada yang dah berjaya dalam kerjaya mereka.

Setelah membaca berita ini aku pun cepat-cepat melawat website Jabatan Imegrisen di http://sspi2.imi.gov.my untuk semakan manalah tahu kot-kot terjebak. Setelah aku semak alhamdulillah nama aku clear. Bayar cukai ni memang tanggungjawab tapi kadang-kadang kita ambil ringan. Bayar hutang lagi lah tanggungjawab dunia akhirat kalau tidak roh kita akan terawang-awang tapi tu lah liat betul bila bab membayar hutang ni.

So bagi yang rasa was-was tu cepat-cepat lah semak ya!!!

[ad#nuffnang336]

---

  1. Patut di periksa nama kalau-kalau disekat atau tak.. kalau tak, sayang tiket kapal terbang tu.. hehe

  2. thanks for the link..

  3. benar sekali jgn diabaikan hutang itu, walaupun sedikit bisa berbahaya kelak
    Entri terbaru tutorial blogging UMY – Membuat Judul Posting Menjadi Kata Kunci BlogMy Profile

  4. owh dengan segera mengecek status diri. time kasih!
    Entri terbaru Hanis – Remove Multiple Sites from WordPressMy Profile

  5. saya bakal berhutang 57,750 dengan PTPTN. sampai mati duk bayar hutang HAHAHAHAHAHAHA (setakat ni baru sahaja berhutang 16,000)

  6. lupa dah 2 bulan tak bayar PTPTN. bulan ni memang kena bayar ni

  7. Tima kasih for the link. Tima kasih untuk peringatan …
    Entri terbaru Acik – To Poke or Not to Poke on FbMy Profile

  8. Alhamdulillah
    dah semak tadi
    tiada halangan
    Entri terbaru wazy – Wordless Wednesday 1My Profile

Artikel pilihan...close