Sehari tanpa FACEBOOK tak mati pun

Salam 1Malaysia, sebagai tanda sokongan kepada gerakan menentang Draw Mohammed Day di Facebook yang sedang berlaku di seluruh dunia, dua perkara telah aku lakukan sebagai tanda sokongan terhadap acara yang sangat biadap tersebut :

1. Menulis entri khas  “Draw Mohammed Day di Facebook ditentang” sebagai tanda menentang.

2. Sehari tanpa Facebook.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda : ” Barangsiapa di antara kalian yang menyaksikan suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, maka jika ia tidak mampu dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”.

Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar!!!

Sebagai blogger aku memilih menentang dengan menggunakan tangan dengan menulis untuk menentang acara yang biadap tersebut dan tidak login Facebook selama sehari. Terdapat juga teman-teman yang bertindak dengan cara lain seperti Zuls :”Saya sudah ambil keputusan untuk quit facebook.. pada pandangan saya menentang dalam facebook hanya menguntungkan facebook“.

Facebook sumber utama trafik untuk denaihati

Facebook ni memang daripada awal aku kurang berminat terutama apabila melihat teman-teman yang menghabiskan masa berjam-jam bersosial dan main game tanpa memberi faedah kepada kehidupan mereka. Tak kurang banyak juga rumahtangga yang hancur dan terganggu akibat suami atau isteri yang ketagihan game, bertemu kekasih lama dan bertemu kekasih baru di dalam Facebook.

Ada pepatah English “If you cant beat them join them“, kuasa Facebook sangat besar dalam masyarakat dunia. Facebook boleh menjadi racun juga madu dalam kehidupan kita. Akhirnya aku memilih untuk menjadikan Facebook sebagai Madu. Aku merancang strategi untuk mengkudakan Facebook bukan Facebook mengkudakan aku. Alhamdulillah Facebook telah menyumbangkan pendapatan online yang banyak melalui promosi Stokin Wudhu Wanita dan menyumbang trafik yang tinggi kepada denaihati.

Samseng Facebook – Sistem Trafik Percuma FaceBook!

Facebook juga boleh menjadi seperti pisau kalau digunakan dengan baik maka hasilnya juga baik tetapi jika disalah guna pisau boleh menjadi alat mencederakan dan membunuh orang. Jadi terpulanglah kepada kita untuk mengunakan Facebook sebaiknya, jangan sampai menjadi hamba Facebook sehingga melupakan kehidupan sebenar di dunia ini. Sehari tanpa Facebook tak mati pun!!!

Apa pandangan anda tentang Facebook dan bagaimana anda gunakan Facebook?

Jangan lupa singgah blog  peserta contest Acer Aspire One ke 3  Aizuddin.com dan dan ke 4 Blog Mohd Isa.

---

  1. jangan kerana fb..apa yg ibubapa suruh buat..kita buat tak tahu..jgn derhaka!
    Entri terbaru suarapeople – Khairul Fahmi- Aimie tangguh tunangMy Profile

  2. main fb boleh,tapi jangan sampai lupa agama! dedah aurat! utamakan solat dari fb!
    Entri terbaru suarapeople – Khairul Fahmi- Aimie tangguh tunangMy Profile

  3. Saya dapat melihat bahwa Anda adalah seorang ahli di bidang Anda! Aku sedang mulai membangun sebuah website segera, dan informasi Anda akan sangat berguna bagi saya .. Terima kasih atas semua bantuan Anda dan berharap Anda semua sukses dalam bisnis Anda.

  4. saya lebih gemar kepada Blogging berbanding FB

  5. tpinky says:

    teruja bila tgk kawan2 post komen2 yg memuji-muji kebesaran Allah SWT di dalam Facebook.. malah ada yg post pautan surah-surah dan sebagainya…

    setuju kata denaihati, Facebook ni boleh lah dikatakan sama mcm pisau..guna utk kebaikan, baik la jdnya…guna utk keburukan, buruk la jdnya…

    apa pun, bersosial di facebook ok sikit dr bersosial d luar.. pandai2 lah bawa diri..
    .-= tpinky´s last blog ..Imej Berpurdah….. =-.

  6. ari2 dah nak quit fb..
    tapi x jd..huhu
    coz nak wat bisnes kt fb..

    kwan sy pn ad gk yg quit..
    thn die join balik..haha
    .-= Wanie´s last blog ..Acer Aspire One for FREE!! =-.

  7. bagi saya Facebook ni mmg ada faedah bagi yang tahu guna.. tapi kalau disalah guna.. memang mendatangkan padah..

  8. dulu layan gak FB ni..
    lama kelamaan rasa xmendatangkan pekdah pun…dah laa men tag gambar sesuka ntah apa2…then takat nak tulis mender2 simple, mcm laa xleh nk cakap..
    lagipun tgk dr FB ni macam2 dah terjadi ..
    so skrg ni FB daku gunakan untuk ping blog jer :)
    .-= DaHLia´s last blog ..Ibu Mertuaku… =-.

  9. Syafrizal says:

    saya masih lagi menyimpan akaun Facebook..
    untuk promosi blog dan produk halal HPA
    .-= Syafrizal´s last blog ..Bekam – Perawatan Sunnah Nabi =-.

  10. nak tutup ke tak haa akaun facebook nih..??
    kalau tutup mnyesal pulak nanti…

  11. mampir ngeronda nunggu postingan baru..
    .-= Bang Iwan´s last blog ..TANAH AIR BETA | Sinopsis dan Movie Trailer =-.

  12. dah banyak org bicarakan pasal ni.. mmg tak dinafikan de 2-2 kebaikan & kuburukan fb nih.. tapi sebagai pngguna bijak, saya rasa kita perlu mengawal penggunaan kita.. jgn sampai terleka.. tak salah guna kemudahan tapi de batasnya.. tapi lau rasa tak leh kawal.. stop lebih baik..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..10 Perkara Memulakan Alam Pekerjaan =-.

  13. susah la bang..
    aku tengok rakyat kita tak komited nak tentang dalam pelbagai isu..

    nyalak je lebih tapi action tak ada..
    .-= Luth Textile´s last blog ..6 Tips untuk membeli domain =-.

  14. Mengikut sejarah facebook secara ringkasnya,Mark Zuckerberg dan rakan-rakan dia buat facebook adalah untuk rakan kolej dia keep in touch..tapi bila dah buka ke seluruh dunia, especially Malaysia, orang kita yang menenggelamkan diri sebab hilang punca apa tujuan terbaik ber’facebook…langkah PM menggalakan rakyat Malaysia ber’facebook agar menfaat kejalan meningkatkan pertukaran ilmu sesama kita, tapi apa sudah jadi…???
    .-= rashid´s last blog ..(Bola) Kenapa Kaum Hawa Ada Yang Tak Minat Bola Sepak? =-.

  15. terima kasih letak link ke blog zulseffort. :) , kurang sihat sikit minggu ni.. tengah draft lagi isu pasal facebook ni.
    .-= zuls´s last blog ..Hari Melukis Nabi Muhammad – penghinaan di facebook =-.

Trackbacks

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Denaihati, Denaihati and yanmie, azizwan. azizwan said: RT: @denaihati: Sehari tanpa FACEBOOK tak mati pun http://gengblogger.com/read/138598 […]

Artikel pilihan...close