Saham IHH Healthcare Berhad terkini


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selepas IPO Felda Global Ventures Holding kini IPO IHH Healthcare Berhad (IHH) menjadi buruan para pelabur. IHH adalah sebuah syarikat pengendali rangkaian perubatan swasta ke dua terbesar di dunia yang dikuasai oleh Khazanah Nasional Sdn Bhd. Harga tawaran saham IHH pada RM2.85 di Malaysia dan SGD1.18 di Singapore dengan jumlah tawaran sebanyak 2.23 billion yang merupakan tawaran ke tiga terbesar di dunia selepas Facebook dan FGVH.

360 juta saham IHH ditawarkan untuk langganan pelabur Bumiputera yang perlu memohon melalui MiTi. Pemohonan langganan saham Bumiputera untuk saham IHH seperti juga untuk saham yang lain yang mesti mengikuti syarat-syarat MiTi yang telah ditetapkan. Pemohonan saham IHH untuk langganan Bumiputera akan tamat pada 5/7/2012. Kepada yang telah memohon saham IHH boleh memeriksa status secara online di Status Pemohonan Saham MiTi. Kepada yang belum mendaftar dengan MiTi boleh belajar cara daftar di Cara Mendaftar Saham Bumiputera.

Kepada pelabur yang terlepas peluang langganan Bumiputera saham IHH masih ada peluang dengan langganan awam. Kepada Rakan Blogger yang belum pernah terlibat sebenarnya tak susah mana pun. Pertama kena buka akaun CDS di syarikat broker berhampiran bukan mahal mana pun hanya RM10 sahaja. Nak beli saham bukan kena tunggu ada duit juta-juta, kita boleh bermula dari jumlah yang kecil kemudian perlahan-lahan akan jadi banyak. Untuk saham IHH satu lot harganya RM2850. Kalau kita memohon 5 lot maknanya RM2850 x 5. Kalau ditakdirkan permohonan kita gagal duit tersebut akan dipulangkan kembali ke dalam akaun bank kita. Sekarang nak memohon beli saham mudah boleh beli lansung dari akaun bank tak perlu nak buat cek atau money order seperti dulu. Nak tahu cara beli saham IHH melalui bank boleh baca entri “Beli saham dengan Maybank2u“.

Beli saham langganan baru seperti saham IHH memang tak ada risiko rugi sebab syarikat ini dikendalikan Khazanah Nasional jadi pastilah akan untung pada hari pertama cuma berapa banyak tu bergantung kepada keadaan pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) ketika disenaraikan pada 25/7/2012. Sama seperti saham Felda setelah di senaraikan harganya terus naik sedikit demi sedikit. Ada analisa yang menjangkakan saham IHH akan melebih prestasi saham Felda di hari pertama penyenaraian.

Pada awal penglibatan aku melanggan saham dulu aku dan beberapa kawan buat tabung sebab masing-masing kekurangan dana. Setiap kali ada saham baru kami akan bergilir mengguna nama. Mungkin formula ini boleh digunakan oleh Rakan Blogger yang nak melibatkan diri tapi kurang dana. Yang penting mesti jujur dan jangan tamak.

Jangan lepaskan peluang memohon langgan awam saham IHH Healthcare Berhad.

Harga terkini IHH Healthcare Berhad (Klik)

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • munir ardi 29 December 2012 at 6:04 pm

    saham selalu menarik untuk dicuba sangat mencabar
    Entri terbaru munir ardi – ways to making soupMy Profile

  • mazly 13 December 2012 at 2:00 pm

    salam sy berminat dengan saham ni…tapi masih dalam nak mengenal dan belajar tentang pembelian saham…bila selalu IPO saham buka tawaran…ada lagi ke IPO yang ditawaran ketika ini…

  • aslam 25 July 2012 at 8:33 am

    kalau kat maybank2u saya tgk 1lot 100unit je. so kalau rm2.85 x 1 lot baru rm285.
    Entri terbaru aslam – Layanan Jakel Shah Alam memang terbaikMy Profile

    • mazly 13 December 2012 at 2:02 pm

      saham IHH masih ada lagi ker?

      • denaihati 13 December 2012 at 2:30 pm

        Masih ada dan boleh dibeli secara terbuka di bursa saham KL (bskl)

  • KA 12 July 2012 at 2:57 am

    tak pernah lagi .. mungkin akan cuba selepas ni
    Entri terbaru KA – Adengan Dalam Filem Punca Remaja MerokokMy Profile

    • Blog Keperawatan 13 July 2012 at 7:21 am

      Silakan untuk mencobanya sahabat
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Askep HepatitisMy Profile

  • rullyherbal 11 July 2012 at 6:30 pm

    ane simak gan…

    • Blog Keperawatan 13 July 2012 at 7:21 am

      Silakan untuk disimak sahabat
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Askep HepatitisMy Profile

  • Ummi Hanie 8 July 2012 at 6:05 pm

    nice…
    xpernah main saham lagi…
    Entri terbaru Ummi Hanie – Gambar baby Hanie – 8 bulanMy Profile

    • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 7:18 am

      Saya belum pernah mengikuti dan main saham
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

      • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 7:18 am

        Karena pengetahuan akan saham saya juga minim
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

        • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 7:19 am

          Teman-teman sejawat juga rasanya belum ada yang bermain saham
          Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

  • Blog Keperawatan 7 July 2012 at 7:02 am

    Bila mempunyai uang dan berniat menanam saham, saham ihh healthcare ini bisa menjadi salah satu tujuan menanam saham
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Kualitas Pelayanan KeperawatanMy Profile

  • Blog Keperawatan 7 July 2012 at 6:59 am

    Saham kesehatan yang bagus kalau melihat dari namanya
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Kualitas Pelayanan KeperawatanMy Profile

  • fiezaradzi 6 July 2012 at 5:50 pm

    begitu ek.. mudah je.. selalu kat slip maybank mmg de pun.. tima kasih utk info ni..
    Entri terbaru fiezaradzi – Bila Takhta BertukarMy Profile

    • Blog Keperawatan 13 July 2012 at 7:22 am

      Semoga info dari sahabat DH ini bermanfaat sahabat
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Askep HepatitisMy Profile

  • daddydee 6 July 2012 at 4:55 pm

    menarik juga pelaburan saham ni…tapi saya belum bersedia…gusar dengan pelaburan aggrasif sebegini
    Entri terbaru daddydee – Antara Ilmu atau HartaMy Profile

1 3 4 5


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network