Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak maklumkan ini bukan entri advertorial tetapi lebih kepada pendapat beribadi yang tidak terikat pada mana-mana parti politik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai halangan akhirnya saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) selamat disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Malaysia (BSKL). Di hari pertama saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang ditawarkan pada harga RM4.55 naik setinggi RM5.46 dan tutup diakhir pasaran pada harga RM5.30. Peningkatan 16.5% dengan premium saham Felda RM0.75 daripada harga tawaran adalah prestasi yang agak membanggakan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

Aku memang suka pegang saham peladangan sebabnya berdasarkan krisis dunia terutamanya peningkatan harga minyak mentah pasti harga komuditi seperti getah dan minyak sawit akan terus meningkat. Berdasarkan harga BSKL pada 28/6/2012 kebanyakan harga saham peladangan memang tinggi antaranya Air Molek RM18.80, Batu Kawan RM18.20, BLD Plantation RM8.60, Chintek RM8.75, IOI Corp RM5.14, Kulim RM4.53 dan UTD Plantation RM25.70. Aku yakin FGVH ini adalah pelaburan jangkamasa panjang dan bagus disimpan tidak mustahil akan meningkat melebih RM8.00 sesaham.

Sebagai seorang pelabur runcit aku cadangkan kepada pelabur bumiputera yang memegang saham FGVH supaya tidak menjual dalam masa terdekat. Kalau nak jual tunggu sehingga harga terkini saham Felda melebih RM8 barulah berbaloi-baloi. Lebih bagus jangan jual lansung jadilah pemegang saham FGVH sampai bila-bila kerana setiap tahun pasti ada bonus dan dividen. Dengan sokongan semua aku yakin FGVH akan menjadi syarikat peladangan besar bukan sahaja di Malaysia malah di dunia yang akan menguasai industri Kelapa Sawit dan Getah.
Yang paling best tu dengan FGVH berpeluang juga aku menjadi salah seorang pemegang saham Felda walaupun aku bukan peneroka Felda. Kepada peneroka Felda yang dapat durian runtuh dan dan pelabur yang untung jangan lupa bersihkan keuntungan itu dengan memberi kepada asnaf 2.5% insyallah lebih berkat rezeki dan bertambah-tambah rezeki lain.
Harga Saham Felda terkini Felda Global Ventures Holding (KLIK)
185 Comments
jgn saham Felda jd cm saham Facebook dh la.
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Lampu ‘Angler Fish’ RM25,000 Daripada Besi Buruk Oleh LaDoux
Saham FB dah rebounce balik dari tahap terendah.
berminat juga nak belajar pasal investment ni..cuma musykil macam mana nak start..ada yang cakap by agent, ada yang cakap kena monitor 24/7..kalau bro denai dapat buat entri bagaimana nak jadi seorang pelabur rasanya macam ramai berminat nak baca..lagi2 orang macam saya.
Curahan rasa hafizrahim @ ..Aku, Kuala Lumpur dan Tong Sampah
InsyaAllah akan diusahakan utk kongsi ilmu.
hmm,lepas nieh tak ada harapanlah nak naik rasanye,
InsyaAllah akan naik sekarang ni harga sawit n getah dunia tengah jatuh jadi saham yg berkaitan sawit n getah juga jatuh. Ni masa membeli.
Comments are closed.