Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku memang jarang-jarang nak kongsi cerita peribadi dalam blog terutama kisah keluarga tapi kali nak ceritalah sikit harap Rakan Denaihati tak bosan. Kali ini nak cerita tentang rumah yang kami diam sejak akhir tahun 2006. Idea nak cerita rumah ini tercetus apabila selalu terbaca kisah jual beli rumah di blog Abangensem.com (bukan sekadar nama bro ni memang betul-betul ensem lah).

Rumah kami bukanlah besar sangat dan bukanlah kat prime area di Bukit Antrabangsa sebelah rumah Dato’ Siti Nurhaliza atau Bangsar Heights hanya sekadar di Balakong yang selalu jadi senda gurau kawan-kawan bila sebut nama lokasi jadi selalulah guna nama Seri Kembangan walaupun alamat sebenar Balakong. Biasalah bila dah duduk rumah beberapa tahun mulalah nak mengubahsuai sana sini.

Kami suami isteri pengambil keputusan untuk renovasi rumah dua tingkat kami pada September 2010. Ada beberapa sebab kenapa kami membuat keputusan untuk renovasi rumah antaranya :

1. Anak-anak yang semakin membesar yang memerlukan tambahan bilik terutama untuk anak perempuan. Empat buah bilik sedia ada memang tidak cukup untuk menampung jumlah keluarga seramai tujuh orang dan tetamu yang sering menziarahi kami.

2. Alhamdulillah rezeki bertambah bisnis semakin maju jadi kami mempunyai peruntukan lebih untuk renovasi rumah mengikut konsep terkini. Dulu masa mula-mula masuk rumah bisnis tengah teruk dapat ambil kunci rumah pun dah syukur sangat. Kalau nak cerita kisah nak masuk rumah sendiri akhir tahun 2006 boleh menits airmata tapi simpan sahaja dalam lipatan sejarah kami.

Renovasi rumah pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Pertama kali pengalaman renovasi rumah sendiri bukanlah urusan mudah. Alhamdulillah dengan bantuan Bos Besar Al Ansar Properties semuanya berjalan lancar walaupun lari daripada jadual asal. Proses yang paling sukar dan kritikal adalah diperingkat akhir untuk melengkapkan rumah yang direnovasi dengan tile untuk lantai dalam rumah, lantai luar rumah, lantai bilik, dapur dan bilik air, jenis siling, warna cat, jenis pintu dan tingkap, kabinet dapur, peralatan bilik air dan perabot rumah.

Tidak kurang susah juga nak mereka cipta konsep taman yang sesuai dengan keluasan dan design rumah. Biasalah kalau ada perbezaan pendapat antara suami isteri jadi aku ambil keputusan menggunakan 100% idea isteri supaya melancarkan proses renovasi.

Renovasi rumah memang pengalaman yang sukar dilupakan . Seronok juga baca tips renovasi rumah Kak Jie macam kebetulan je pulak. Bagaimana pulak pengalaman Rakan Denaihati yang pernah renovasi rumah?

---

  1. Perghhh! Besarnya rumah… Best!
    =D
    Entri terbaru Webberita – Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami IsteriMy Profile

  2. Semoga suatu saat nanti ada rejeki dan bisa membuat rumah aamiin
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tanda Gejala Penyakit JantungMy Profile

  3. Kalau soal renovasi rumah saya belum punya pengalaman banyak
    nice share :)
    Entri terbaru Ramzi – Cara Mengedit Template Blog Agar Seo FriendlyMy Profile

  4. assalamualaikum. Bertuah dapat renovate rumah. Memang menjadi anga2 utk membesarkan bilik anak2 tapi masalahnya malas nak pindah. Tapi kalau duduk rumah dalam keadaan berhabuk dan berdebu pun sakit kepala/sakit mata dan sakit batuk batuk juga. Jadi, sebab itu masih tertangguh2 lagi hasrat yang satu ini…
    Entri terbaru jun cupcakekasih – Demi Sekali Seumur Hidup?My Profile

  5. eh,dah siap ke belum bro DH? dimanakah hasilnya. nak gak tengok. ke belum siap lagi?
    Entri terbaru izwanyusof – Makan Steamboat Di Dataran Johor BahruMy Profile

  6. buat plan atau bincang dengan kontraktor sebelum buat supaya tiada kerja-kerja 2 kali..rugi MASA,KOS

  7. bina konkrit ni selalunya kena lebihkan pemantauan. bukan apa, menda ni bermain dgn campuran bahan yg btol. kena selidik juga gred simen yg digunakan smo. tkt nnt xlama mana dh retak sana-sini.
    Entri terbaru Ekspresi Ruang – Bilik Tidur Tergantung Di Kediaman Perancis Ilham ECDM ArchitectsMy Profile

  8. Memang biasanya Pengalaman justru membuat kita jauh lebih kuat dan bijaksana
    Entri terbaru smp3lembang – Hasil UN 2012My Profile

  9. Biasalah tu DH… biar sejarah lalu menjadi pengalaman buat kita utk terus maju… kata orng pengalamanlah yg menajar kita erti hidup…
    Entri terbaru Budak Lanun – Amy Search, Mus May Dan Ibnor Riza Masuk UMNOMy Profile

  10. Assalam, tak ada pengalaman lagi nak renovasi rumah nie… hehehe
    Entri terbaru Budak Lanun – Amy Search, Mus May Dan Ibnor Riza Masuk UMNOMy Profile

Artikel pilihan...close