Buat duit dengan Adsense di blog Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang ramai Rakan Blogger yang menghubungi bertanyakan bagaimana blog Denaihati boleh pasang iklan Adsense. Akaun Adsense di blog Denaihati ini sebenarnya dah lama kalau tidak silap sejak 2005 dimana ketika itu aku mempunyai blog bahasa Inggeris yang fokus berkongsi tentang ilmu jual beli saham. Blog tersebut dah tak ada setelah berehat beberapa tahun sebelum bermula semula dengan blog Denaihati Julai 2008.

Untuk membuka akaun Adsense memang tiada pilihan melainkan mempunyai blog bahasa Inggeris jadi kepada Rakan Blogger yang teringin sangat nak mempunyai akaun Adsense mesti buat satu blog bahasa Inggeris. Buat satu blog bahasa Inggeris tanpa fikir tentang trafik sangat dan pastikan ada entri yang berkala untuk tempoh dua tiga bulan kemudian barulah memohon akaun Adsense. Jangan terburu-buru memohon akaun Adsense supaya tidak ditolak oleh Google Adsense.

Dengar cerita Google Malaysia sedang mencari blog bahasa Melayu yang bagus-bagus untuk diletakan iklan Adsense dengan package istimewa. Kalau tidak silap sudah banyak blog yang sudah terpilih antaranya blog Yanmieonline dan Beautifulnara tetapi blog Denaihati belum lagi mungkin suatu hari nanti. Blog yang bertuah ini dibenarkan meletakan iklan Adsense lebih daripada tiga berbanding jumlah biasa untuk blog lain hanya maksima tiga iklan sahaja. Blog-blog ini juga mendapat tips terus daripada Google cara setting dan lokasi terbaik untuk meletak iklan Adsense.

Alhamadulillah blog Denaihati pun dapat perhatian dari Google Adsense sebab aku baru terima email daripada adsense menasihatkan saiz banner dan lokasi banner yg terbaik untuk blog Denaihati yang mungkin boleh digunapakai di blog anda yang sudah pasang iklan Adsense.

Hi, We’ve noticed that you’re running less than three ad units on 346 of your pages on denaihati.com. We recommend that you add any of our top performing units (336×280, 300×250, 728×90 or 160×600) to prominent sections of your pages currently showing only 1 or 2 ads. A single unit can have a big impact on your AdSense performance. You have at least 1111 unused ad units on the pages we reviewed, that’s a lot of untapped potential! For example, you could add more units to denaihati.com.

Based on our performance analysis of ad format sizes on sites like yours, we recommend adding a 336×280 ad unit for best results. If you aren’t able to add that particular size then try adding one of our other top performing units (336×280, 300×250, 728×90 or 160×600) to prominent sections of your pages currently showing only one or two ads. Check out this case study on concertboom.com to see how adding a new ad unit helped them boost revenue 400% while maintaining site quality.

In the video below, you’ll learn how to place ad units on pages that are rich in original content and keep the user experience in mind as you think about where you place your ads.

 

Kalau Rakan Blogger ada tips bagus buat duit dengan Adsense di blog Bahasa Melayu kongsi-kongsikanlah untuk kita semua terutama kepada yang dah buat duit.

298 Comments

  1. salah satu Tips Adsense Blog Bahasa Melayu, mixed kan penggunaan Bahasa & English → sekali dua post Bahasa dan sesekali post English.. atleast ia mengasah skill penulisan kita dlm english walaupon mula² agak broken :p
    it works..
    Curahan rasa mindloader @ ..Adsense Without WebsiteMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!