Qurban hanya ibadah sunat

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa perasaan kita apabila sampai musim QURBAN? Adakah kita melihat qurban sebagai satu peluang sangat besar yang disediakan oleh ALLAH SWT atau sekadar ibadah sunat yang tiada nilai dalam kehidupan. Ibadah qurban sangat istimewa kerana hanya boleh dilaksanakan empat hari sahaja setahun iaitu di bulan Zulhijjah seperti malam Lailatulqadar hanya sekali setahun di bulan Ramadhan. Adakah kita merasai ibadah qurban ini istimewa atau biasa-biasa sahaja seperti angin lalu.

[box type=”shadow”]“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)[/box]

Kita biasa mendengar kawan-kawan kata qurban hanya sunat dan untuk yang mampu sahaja. Cuba kita fahami perkataan Q.U.R.B.A.N apa maknanya? Bila menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s berkorban hati dan perasaan kerana menurut perintah ALLAH sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s pasti kita akan faham bahawa qurban memang perlukan pengorbanan. Kita tidak perlu menyembelih anak seperti Nabi Ibrahim a.s cuma yang perlu mengorbankan harta benda untuk menyembelih lembu atau kambing.

Qurban di Kemboja
Ibadah Qurban dilakukan di Kemboja

Ibadah qurban memang sunat tetapi sunat yang sangat dituntut. Cari kelebihan ibadah qurban di google pasti akan mengusik hati mereka yang faham maksud ibadah qurban. Terlalu banyak rezeki yang telah ALLAH SWT berikan kepada kita selama hidup ini tetapi kenapa kita sentiasa memberi alasan bila tiba hari untuk berqurban. Terlalu besarkah nilai RM250, RM350, RM450 kepada kita untuk dikeluarkan jika nak dibandingkan dengan segala rahmat nikmat pemberian ALLAH kepada kita setiap saat.

[box type=”shadow”]Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)[/box]

Memang benar kata ulama ibadah sunat inilah yang akan membezakan umat Islam kerana yang wajib itu memang sudah wajib kalau ditinggalkan berdosa. Mengerjakan ibadah sunat seperti solat sunat, puasa sunat dan qurban memerlukah mujahadah yang tinggi kerana hanya mereka yang faham akan mengejar sehingga sanggup menghabiskan harta benda kerana ALLAH.

Klik untuk tempahan Qurban Kemboja secara Online hanya RM250 satu bahagian

Semuga ALLAH SWT memberi hidayah terbuka hati untuk berqurban kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini dan mendapat ganjaran dari ALLAH kepada yang berkongsi entri ini kepada sahabat-sahabat  dan sahabat tersebut melaksanakan ibadah qurban.

[box type=”shadow”]“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)[/box]

Kita mempunyai banyak pilihan untuk melaksanakan qurban iaitu berqurban sendiri dengan membeli binatang peliharaan atau mengikut jemaah di Masjid dan Surau setempat atau berqurban di luar negara mengikut berbagai package yang disediakan. Pilihlah mengikut kemampuan dari senilai RM250 hingga RM1000. Murah mahal tidak penting tetapi yang paling penting mengerjakan ibadah qurban tanda terima kasih kepada kepada ALLAH atas segala rezeki yang telah kita perolehi selama ini dan tidak mustahil Qurban kita akan menjadi talian hayat untuk membantu apa juga masalah yang sedang kita hadapi … tak kiralah masalah keluarga, masalah kewangan, masalah bisnis, masalah anak-anak atau apa sahaja masalah yang sedang kita hadapi.

Qurban bukan sekadar ibadah sunat tetapi juga sunnah Rasulullah saw yang memang baik kita sempurnakan setahun sekali.

Klik banner qurban di bawah untuk membuat pesanan Qurban di Kemboja secara online (Tarikh akhir tempahan 7/10/2013)

Qurban & Aqiqah di Kemboja

 

40 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!