Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
penulisan blog sudah wujud sejak sekian lama, saban hari ada ramai blogger-blogger baru yang menceburkan diri dalam bidang penulisan ini. Ianya memang mudah untuk dimulakan, namun sekiranya kita sekadar menulis tanpa perancangan, ianya akan menjadi sekadar hobi.
Penulisan sebagai hobi
Suatu ketika dahulu, ramai yang memulakan penulisan blog ini sebagai hobi, dan apabila mereka telah menulis untuk tempoh yang lama, sedikit demi sedikit, penulisan tersebut telah bertukar menjadi sumber pendapatan mereka.
Perkara ini menyebabkan lebih ramai yang ingin menjadi blogger juga. Namun begitu, jika kita mula menulis dengan bermotivasikan duit, kita akan cenderung untuk kecundang lebih awal. Ini disebabkan proses menjana pendapatan melalui blog tidak berlaku dengan cepat.
Ianya memerlukan tempoh yang tertentu sebelum kita boleh mengutip hasil. Walaupun memang ada ramai blogger berpengalaman dapat mempercepatkan perkara ini, ianya belum tentu boleh dilakukan oleh blogger-blogger baru.
Program Elite Blogger
Program Elite Blogger ini adalah inisiatif kami di Denaihati Network Sdn Bhd untuk membantu rakan-rakan blogger meningkatkan kualiti blog masing-masing. Yuran komitmen yang dikenakan adalah untuk menilai siapa rakan blogger yang benar-benar berkeinginan untuk meningkatkan kualiti blog mereka.
Program Elite Blogger ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakan-rakan blogger yang telah menguruskan blog mereka sekurang-kurangnya 8 bulan dengan penulisan yang konsisten.
Akademi Denaihati menyediakan latihan demi latihan untuk peserta Elite Blogger ini. Latihan yang diberikan setakat ini semuanya percuma, mungkin juga akan ada latihan berbayar pada harga yang sangat rendah.
Kelebihan Elite Blogger
Antara kelebihan yang akan dinikmati oleh peserta Elite Blogger adalah mereka bukan sahaja akan menerima latihan percuma, mereka juga akan menerima projek berbayar daripada Denaihati Network pada kadar yang lebih tinggi daripada blogger biasa yang ditawarkan projek yang sama.
Ini berlaku apabila peserta Elite Blogger telah berjaya menulis dengan standard yang telah ditetapkan. Standard ini ditetapkan untuk memberikan impak pemasaran yang lebih baik kepada syarikat yang mendapatkan perkhidmatan pemasaran daripada Denaihati Network Sdn Bhd.
Kami mensasarkan, dengan wujudnya program Elite Blogger ini, lebih ramai blogger akan dapat menulis dengan baik dan konsisten untuk menjana pendapatan tambahan setiap bulan.
Semoga usaha yang dibuat ini, akan menyumbang kepada peningkatan industri penulisan blog tanahari insyaALLAH.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai program Elite Blogger ini, boleh buat pendaftaran di halaman berikut
51 Comments
Nak belajar juga..nak tingkatkan mutu penulisan blogging dan mutu content blogging
Curahan rasa NUR AZLINDA AZMAN @ ..8 JENIS PEK FLEKSI SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG JIMAT DAN MURAH
wah bagusnya, boleh join ni kalau ada waktu lapang, sentiasa mencari ilmu baru 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Festival Kaunseling dan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan Tahun 2016
Betul tu. Boleh sama-sama join dan sertainya. Dapat hasil dari blog memang seronok kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..58 Kelebihan Wanita Solehah Dalam Kitab Riyadus Solihin
Terbaik! nanti update lah detail kelas berikutnya yaa.. Insyaallah ada rezeki nak juga join 🙂
Curahan rasa Farah Alina @ ..Tips Jadi Suami Prihatin Semasa Isteri Mengandung
perlu daftar sebagai Elite Blogger, makluman kelas dibuat dalam group tertutup
Curahan rasa Eizil @ ..Perkongsian asas penulisan blog bersama kumpulan usahawan hebat Shaklee
Menarik. Insyaallah nak join. Cuma nak kena tahu tarikhnya dan lokasinya terlebih dahulu untuk planning awal.
Curahan rasa ira @ ..Tips Ahli Shaklee Hanya Untuk Makan Sendiri Supaya Sentiasa Untung
Berminat nak join..
Ada sapa2 bole bagi detail tak lokasi dan tarikh.. Saya ni tak berapa mobile sangat, kene plan..
Curahan rasa Kaklong @ ..Pengalaman ke Sungai Lembing (dan Kuantan)
boleh terus daftar di halaman yang dinyatakan, kelas akan diberitahu dalam group khas.
ada kelas online ada kelas fizikal
Curahan rasa Eizil @ ..Perkongsian asas penulisan blog bersama kumpulan usahawan hebat Shaklee
InshaAllah saya akan daftar nanti sekiranya berkesempatan, Tulis blog dah lama tapi perkembangan masih ditakuk lama.
Curahan rasa YUSRI WAHAB @ ..IBRAH SEORANG PEREMPUAN PENJUAL KAYU API
Sememangnya satu usaha yang bagus dan harus dipuji.. Satu insentif menarik yang diusahakan oleh team Denaihati Network untuk memartabatkan bidang penulisan blog di Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Menarik program ni.. bila tarikh, masa dan tempat di mana program ini akan diadakan?
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Kalau sesuai dengan masa yang saya ada, In Shaa Allah, saya boleh join..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
menarik ni..bila/di mana program ni akan diadakan..atau sy terlepas pandang details lain..
Curahan rasa JMR @ ..Terapi Power Apabila Anak Demam.
Samalah.. saya pun nak tahu detail tentang program ni.. boleh semak jadual, sama ada free tak masa tu?
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
insyaAllah nak cuba hadir di lain kali semoga dipermudahkan Allah
Curahan rasa raihanah @ ..Senarai Peserta Giveaway dan Blog List Oktober 2016 di vitamin-cerdik.com
selalu baca mengenai hal ini melalui perkongsian di facebook. tapi masih belum berkesempatan untuk join kelas ni. insyaAllah semoga dipermudahkan 1 hari nanti.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Perlu tukar nama sebenar pada akaun Facebook?
Ooo… maklumat detail tentang program ni dah ada dekat facebook ye? Dekat status facebook siapa ye? Tak perasan pulak…
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
owh saya pun tak perasan juga ada info kat fb tuan eizil. nanti nak tengok balik
Curahan rasa raihanah @ ..Pengedar Terbaik Shaklee Bagi Kawasan Gombak, Batu Caves, Hulu Kelang
Program ini memang perlu daftar terlebih dahulu, makluman kelas akan diberikan dalam group tertutup
Ada kelas fizikal dan ada kelas online.
Kelas terdekat adalah pada esok malam (khamis) menerusi platform online, versi webinar.
Jika mahu turut serta, boleh daftar segera
Curahan rasa Eizil @ ..Perkongsian asas penulisan blog bersama kumpulan usahawan hebat Shaklee
Menarik tapi belum cukup umur blognya. InsyaAllah mudah-mudahan masih ada peluang lain lagi nanti.=)
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..26 Masalah Kesihatan Yang Boleh Dicegah Dengan Omega 3
kat mana kelas ni… saya kat kedah ada tak denaihati buat kat sini….
nak datang lagi kelas tapi waktu malam tak boleh petang pula mengajar pagi je boleh T_T
Curahan rasa iuzira @ ..tip: cara mengenali pelanggan mengikut brain colour
Padat rupanya aktiviti Iuzira.. Waktu petang Iuzira mengajar dekat mana? Dah lama tak ikuti perkembangan Iuzira..
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
program yang menarik untuk disertai supaya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan….
Curahan rasa asraff @ ..Jawatan Kosong Kastam DiRaja Malaysia Oktober 2016
Comments are closed.