Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru sahaja tamat Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan tapi masa bergerak begitu pantas empat tahun telah berlalu. 12 Jun 2014 sepak mula Piala Dunia 2014 akan bermula walaupun penganjur Brazil melalui berbagai kesukaran sehingga ke saat akhir. Badan induk bola sepak dunia, FIFA tetap yakin gergasi bola sepak dunia, Brazil dapat menganjurkan kejohanan sukan terbesar di dunia walaupun diselubungi dengan berbagai kontroversi. Satu dunia mengira countdown World Cup FIFA 2014 dengan penuh debaran.
KLIK UNTUK JOIN CONTEST WORLD CUP 2014 DENGAN HADIAH USD100K
Piala Dunia 2010 aku sokong Belanda sebabnya mudah dulu ada Van Persie dalam team Arsenal tetapi sudah tak minat sebab tengok perangai dia yang tak bagus apabila berpindah ke Manchester United. Selain Van Persi dulu aku pun minat Arjen Robben walaupun bukan pemain Arsenal tapi setelah dia buat drama jatuh dalam kotak penalti semasa Bayern kalahkan Arsenal terus hilang selera.
Piala Dunia 2014 aku sokong pasukan German sebab ada tiga superstar daripada Arsenal iaitu Mesut Ozil, Lukas Podolski dan Per Mertesacker. Selain itu ramai pemain utama Arsenal yang bermain untuk negara masing-masing iaitu Giroud dan Koscielny untuk Perancis, Wilshere dan Oxlade Chamberlain untuk England, Cazorla untuk Sepanyol, Joel Cambell untuk Costa Rica dan Vermaelen untuk Belgium. Sebagai tanda sokongan aku kepada pasukan German sepanjang Piala Dunia 2014 aku akan memasang widget FIFA World Cup 2014 untuk team German di sidebar blog ini. Jersi German no 8 hadiah daripada Bro Zainal yang dibeli khas dari German juga sudah siap nak dipakai. Go Go Go German you can be World Champions 2014. Apa pulak pasukan kegemaran anda?
Jadual Piala Dunia 2014 untuk 32 pasukan yang masuk final bermula dengan sepak mula antara Brazil vs Croatia pada 13/6/2014, jam 4.00 am waktu Malaysia. Untuk melihat jadual penuh pelawanan Piala Dunia 2014 sila klik Jadual Piala Dunia 2014 waktu Brazil manakala jadual Piala Dunia Waktu Malaysia dan lokasi perlawanan seperti di bawah.
KLIK UNTUK KEPUTUSAN PENUH PIALA DUNIA FIFA 2014
Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia

Kebanyakan perlawanan Piala Dunia 2014 berlansung awal pagi waktu Malaysia jadi kena rancang jadual kerja supaya tidak ada peminat bola sepak yang kena buang kerja di akhir Piala Dunia 2014. Jangan pulak pasukan yang anda sokong menjulang piala tetapi anda terpaksa mencari kerja baru. Paling penting pastikan jangan terlibat dengan pertaruhan walaupun sekecil mana kerana semua itu adalah judi.
Tak dapat menonton live pun tak apa sebab berita terkini Piala Dunia 2014 boleh didapati daripada berbagai sumber samada dari website, facebook dan twitter hanya perlu guna hashtag #WorldCup2014 untuk mencari segala informasi terkini Piala Dunia 2014. Dengan hashtag #WorldCup2014 pasti anda akan mendapat update terkini keputusan Piala Dunia 2014.
Video Rasmi lagu Piala Dunia 2014
105 Comments
saya tak berapa menonton televisyen, lebih lebih lagi tayangan larut malam atau lewat pagi.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
brazil memang di antara pasukan bola sepak yang digeruni dan menggerunkan pasukan bola sepak yang lain.
Curahan rasa ikhwan @ ..Strategi Kumpul Hantaran RM50 Ribu
memang kasihan sekali nasib brazil didepan pendukung sendiri dibantai seperti itu 7-1
nasib baik tak sokong brazil dulu. kalau tak jadi mangsa kutukan rakan. hhahaha
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
siapa sangka pasukan brazil yang menjadi pilhan akhirnya tersungkur dengan jumlah bolos banyak gol
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Pilihan saya masa world cup ni germany dan belanda. Tak sangka masuk juga ke final dan jadi juara. German memang hebat. Brazil dimalukan dengan banyak gol. Mesti lepas piala dunia depa ni buat strategi baru
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
Piala Dunia 2014 saya sokong pasukan Jepun, Belanda dan England…tapi, tak menang…apapun, Piala Dunia kali ni memang best!
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
dua-dua pasukan nampak hebat, pasakan yang kalah semoga dapat pertingkatkan lagi kejayaan anda
Curahan rasa iuzira @ ..Menangi Loket Emas 916 : Peraduan Blog Kedai Emas DuaLogam Merlimau
harap pasukan brazil akan jadi pasukan terkuat di piala dunia akan datang..kembalikan zaman kegemilangan brazil seperti dulu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
mungkin juga. mereka akan bangkit dari sejarah yang memalukan negara mereka hari tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
memnag dari dulu saya akan pilih pasuka germany … dan hanya tgk perlawanan yang melibatkan pasukan german saja sbb tak berapa nak minat bola .. hehehe boleh gitu kan
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Comments are closed.