Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Pesanan Sifu untuk jadi Blogger berjaya

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini nak respond kepada beberapa komen dan soalan di Facebook dan Twitter. Perkongsian ini mungkin dapat menambah ilmu aku dan Rakan Blogger yang lain. Ada banyak lagi komen dan pertanyaan yang lain insya Allah akan dijawab di entri yang lain. Terima kasih kepada yang sudi bertanya.

Komen Sesasi2020 : Banyak lg Denaihati kena buat artikel yg berkaitan dgn blog. Cthnya Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Loading Time, banner dan lain-lain. Jgn asyik mengejar PR1 aje, Ikutlah slogan “Hidupkan Untuk Memmberi” pad rakan2 bloger.

Jawaban : Sila klik BLOGGING ada sedikit entri untuk Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Alexa Ranking, Loading Time dan lain-lain Tips Blogging. Insya Allah dari masa kesemasa aku akan berkongsi sedikit ilmu melalui pengalaman yang ada. Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang berkongsi ilmu melalui komen-komen yang bernas di setiap entri tips blogging yang ada.

Soalan UpToMuNET : bro . leh mnx suggestion utk plugin2 yg bgs utk wordpress ? biasa la , noob lg bab2 wordpress ni.

Soalan Hizrie : leh mnx suggestion bro utk plugin2 wp.

Jawaban : Sebahagian Plugin yang digunakan untuk blog Denaihati adalah Advertising Manager, Akismet, Better WP Security, CommentLuv, Do Follow, Google Analyticator, Google XML Sitemaps, Google Searches Widget, Related Posts by Category, SEO Smart Links, SEO Super Comments, Socialize, Top 10, Top Commentators Widget, W3 Total Cache, WP-DBManager, WP Minify dan Yet Another Related Posts Plugin. Insya Allah dilain masa akan jelaskan fungsi dan kelebihan setiap plugin yang digunakan.

Blogging bukan mudah kalau nak sukses seperti Redmummy.com, Paultan.org, Cikepal06.blogspot.com, Blogserius.blogspot.com dan Beautifulnara.com. Sifu aku Kujie2.com selalu pesan nak jadi Blogger berjaya mesti rajin berusaha mencari ilmu dan cuba berkali-kali kerana kesilapan itu adalah pengalaman yang sangat mahal.

Kesilapan aku seperti dalam entri “Kena Lempang dengan Google” dan “Kejatuhan Page Rank Suatu Pengajaran” adalah pengalaman sangat berharga dalam perjalanan aku seorang Blogger. Bijak pandai berkata kegagalan adalah langkah pertama untuk berjaya bagi mereka yang tidak putus asa.

---

  1. tuuu dia jawapann nya..hehe..pahit manis semasa berblogging sukar utk dilupakan…
    Entri terbaru Hafizul – Wordless Wednesday #25 – Ukur Lilit 19 cmMy Profile

  2. thanks atas maklumat, sedang memperkemaskan blog tuan hamba….

    psst : blog tuan hamba ok ker..?
    Entri terbaru budak felda – Isu Pelajar Sekolah dibenarkan Bawa Telefon BimbitMy Profile

Artikel pilihan...close