Persiapan Blogger Menyambut Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah 29 hari sudah kita berjuang membersihkan diri dengan berpuasa wajib bulan Ramadan dan membersihkan harta benda dengan zakat fitrah. Amalan yang baik sepanjang bulan Ramadan wajib diteruskan di sebelas bulan yang lain untuk menjadikan kita sentiasa dekat dengan ALLAH SWT. Syawal bakal menjelma perlu kita persiapkan diri dengan ilmu supaya tidak kita berpesta dengan hiburan yang bakal merosakan amal ibadah sepanjang Ramadan.

Mengimbas kembali ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Noehas dalam entri “Amalan Sunat di Malam Hari Raya” pasti dapat menjadikan sambutan hari raya lebih bermakna. Kita azam untuk memenuhi malam raya dan sambutan Aidilfitri dengan amal ibadah mengikut syariat Islam. Bermaaf-maafan dan berkunjung mengeratkan silatuhrahim setelah sibuk mencari rezeki selama setahun menjadi kebiasan amalan umat Islam.

Sebagai seorang Blogger apalah agaknya persiapan yang anda lakukan untuk menyambut Hari Raya?

Biasalah hari raya peluang kita berjumpa dengan ramai ahli keluarga yang sudah lama tak jumpa dari berbagai pelusuk negara. Soalan yang biasa ditanya kepada kita “Buat apa sekarang?” .. tak gitu. Kalau setakat nak jawab jadi doktor kat hospital UKM atau jadi pegawai bank kat Public Bank atau cikgu kat sekolah Banting .. itu jawaban biasa yang tiada nilai komersial. Silap-silap sepupu kita boleh tanya balik … ko kerja HUKM mesti kenal dengan Blogger Cantik Fatin Liyana atau ko kenal ke Blogger Hartanah Popular Abang Ensem yang resign dari Public Bank atau ko kerja kat Banting mesti kenal dengan toke cendol En. Titan.

Jangan malu nak mengaku sebagai seorang Blogger. Memanglah bila sepupu sepapat ipar duai bertanya aku telopong mulut bila aku jawab aku seorang Blogger. Soalan kedua mereka akan tanya boleh ke hidup jadi Blogger ini? Ini memang soalan yang ditunggu … apalagi masa ini paling sesuai keluarkan kad bisnis dan kalau ada sampul duit raya dengan cop url blog … masa ini nak bagi. Mestilah bertambah terlompong mulut mereka dan akan bertanya macam-macam lagi soalan.

Kad Bisnis Denaihati

Jadi salah satu persiapan menjelang hari raya untuk Blogger pastikan ada bisnis kad yang berkualiti dengan informasi yang cukup contohnya url, twitter, FB dan anugerah yang pernah diperolehi. Ini merupakan kaedah pemasaran offline yang boleh menjemput ramai pembaca setia kerana mereka ini adalah kaum keluarga kita. Bayangkan bila diaorang balik ofis mereka akan cakap kat kawan-kawan ofis diaorang .. “tak sangka betulah rupanya Blogger Popular Malaysia Bro Framestone tu sedara aku”. Ini dah dikira viral offline.

Jangan lupa juga sediakan kamera dan smartphone untuk snap momen terindah kerana biasanya akan ada contest foto hari raya yang akan dianjurkan oleh berbagai pihak.

Pasti Hari Raya tidak berlalu begitu sahaja kepada semua Rakan Blogger. Bak kata pepatah Melayu “Sambil menyelam minum air” barulah ada nilai komersial yang boleh membantu menjana motivasi untuk kita menulis dan terus menulis sehingga menjadi Blogger yang dihormati. Dihormati bukan di kalangan Rakan Blogger dan Pembaca Setia sahaja tetapi juga dihormati oleh Pengiklan. Blog yang dihormati oleh pengiklan tidak akan dinilai rendah apabila mereka ingin berkerjasama dengan kita.

Untuk menjadi Blogger yang berjaya mesti sentiasa pandai mencari peluang dan menggunakan peluang sebaik-baiknya. Nak order bisnis kad yang menarik dan cantik macam team Denaihati bolehlah contact kami.

---

  1. entri ni tia[2 tahun boleh dijadikan panduan..bukan sahaja utk blogger ni
    Entri terbaru JMR – Mimik muka nakalMy Profile

  2. Wah lengkap tuh..siap ada kad nama dan sampul duit raya..kad raya takder? hehe

  3. setakat ni baru ada kad nama blogger je..
    Entri terbaru syuhada salleh – Joseon Gunman OSTMy Profile

  4. bestnye..siap ada sampul raya khas untuk blog..
    Entri terbaru syuhada salleh – Joseon Gunman OSTMy Profile

  5. best jugak kalau ada angpau yang ada cop blog sendiri.
    Entri terbaru nikkhazami – Laman Web Astro DigodamMy Profile

  6. teringin jugak nak jawab kerja sebagai blogger bila saudara tanya.

  7. Hmm .. kena bagi kad nama spesial .. kad nama merangkap kad raya .. tapi bagi by hand .. hoho

  8. masa awal berblog mmg agak malu jugak tapi sekarang dah ok…

    kalau orang tanya buat apa, just jawab jadi blogger :)

  9. raya ni kene buat persiapan auto-publish entri. seminggu di kampung, lebih rela off kan segala internet dan kembali kepada nature.hehehehhe.
    Entri terbaru Fadzi Razak – Berbuka Puasa Dengan Uncle JackMy Profile

  10. Memang tak sabar nak tunggu raya. Nak jumpa sanak saudara! Rapatkan lagi ukhwah sesama keluarga :)
    Entri terbaru Afifi Shamsuri – Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By NikkoMy Profile

  11. semoga jadi yang pertama amin hehehee
    Entri terbaru Obat Herbal Kanker Mulut – Obat Herbal Kanker MulutMy Profile

  12. selamat hari raya dah ntuk semuanya ,m heheee

Trackbacks

  1. […] Jom baca persiapan seorang blogger terkenal menjelang dengan Hari raya. […]

  2. […] Persiapan Blogger sangat penting untuk membina kerjaya. Blog dan Blogger yang berkualiti akan memberi kadar nilai yang berbeza di mata pengiklan dan pembaca setia. Percayakah anda bahawa pengiklan akan membayar pada kadar yang berbeza kepada Blogger walaupun projek yang diberi adalah sama. Contohnya review gajet pasti nilai bayaran tak sama untuk blog amanz.my kalau berbanding dengan blog Denaihati. Kadar bayaran juga tidak sama antara blog yang mendapat berbagai anugerah dengan blog yang belum mendapat anugerah. […]

  3. […] modal upgrade tu ikut kemampuan. bila ada lebih upgrade lagi .. semua itu proses tak boleh jadi sekali je. contohnya blog denaihati telah berubah tema lebih 4 kali mengikut kemampuan semasa itu. Entri terbaru denaihati – Persiapan Blogger Menyambut Hari Raya […]