Pentingnya pengurusan domain untuk para blogger

Assalamualaikum dan salam 1 dunia, dulu pening juga nak buat keputusan beli domain dan hosting. Bila dah ada domain dan hosting sendiri, rasa lebih bebas bak kata Seniman Agung TS P. Ramlee “Dunia seperti ana yang punya”. Kali ini kita nak belajar sikit tentang domain yang mungkin ramai Rakan Blogger tak ambil kisah. Entri kali tentang domain adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.

Artikel kali ini adalah untuk mengajak rakan-rakan blogger untuk mengambil berat mengenai domain yang kita gunakan. Sekarang ini memang ramai rakan-rakan blogger yang menggunakan domain sendiri atas platform yang berbeza-beza, ada yang menggunakan platform WordPress, blogspot dan juga lain-lain perkhidmatan. Apa juga platform yang anda gunakan, pengurusan domain adalah penting untuk dititikberatkan.

Kenapa para blogger perlu mengambil berat mengenai domain

Perkara yang sering menjadi perbualan adalah untuk meletakkan www atau tidak pada pangkal awalan domain, contohnya www.denaihati.com atau denaihati.com. Bagi pengguna platform WordPress, masalah ini bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi untuk pengguna blogspot, silap percaturan, blog anda tidak akan dapat diakses.

Ada beberapa blog rakan blogger yang saya kenalpasti mengalami masalah ini, antaranya adalah blog Mia Namia, domain namiacinta.com jika diakses tanpa awalan www akan mengalami masalah ralat 404 – tidak ditemui. Ini adalah perkara yang seharusnya dielakkan, jika kita tidak mahu menggunakan domain tanpa awalan, setiap trafik yang pergi ke namiacinta.com perlulah dialihkan ke www.namiacinta.com untuk mengelakkan ralat 404 daripada berlaku.

Pentingnya pengurusan domain agar tiada ralat 404

Ada beberapa lagi rakan-rakan blogger yang menghadapi masalah yang sama, semoga akan dapat diperbaiki masalah ini untuk mengelakkan daripada para pembaca menghadapi masalah tidak dapat membuka blog anda walaupun domain adalah betul. Ada beberapa lagi perkara lain mengenai pengurusan domain yang perlu diambil berat oleh para blogger dan empunya laman sesawang, jika ada kesempatan akan dikongsikan dalam artikel yang berlainan.

Anda bolehlah mencuba domain anda untuk mengenalpasti sama ada ralat ini akan berlaku jika anda menulis domain anda dengan atau tanpa www pada pangkal domain tersebut. Jika dengan awalan atau tanpa awalan, blog anda masih boleh dibuka, maka domain anda tiada permasalahan ini.

Jika anda menggunakan subdomain lain, seperti blog.domain.anda dan sebagainya, masalah ini mungkin akan berlaku sekiranya ada pelawat yang hanya mencari domain domain.anda melalui pelayar komputer mereka. Sila pastikan domain utama anda, sekiranya tiada sebarang maklumat, akan membawa ke subdomain yang telah anda tetapkan.

143 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!