Penjenamaan Blog agresif kaedah Ambiga

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan Ambiga. Ada yang menganggap beliau sebagai juara demokrasi yang menjadi ketua Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan mungkin Bersih 4.0. Walaubagaimanapun Ambiga menjadi musuh kepada perniaga Kuala Lumpur kerana mengganggu perniagaan setiap kali siri Bersih dianjurkan. Ambiga telah berjaya menjenamakan nama beliau dan Bersih bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di seluruh dunia.

Penjenamaan adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan aktiviti yang kita ingin lakukan. Sebagai blogger apa yang kita boleh belajar daripada penjenamaan yang telah dibuat oleh Ambiga.

1. Kontroversi boleh membantu menaikan nama dengan cepat. Ada beberapa blog yang namanya naik cepat sebagaimana cepat naiknya nama Ambiga dengan melancarkan program krontroversi Bersih. Sebagai blogger sesekali boleh kita selitkan entri kontroversi selagi ianya tidak melanggar hukum agama dan undang-undang negara.

Tidak mustahil blog anda akan jadi jenama terkenal

2. Konsisten dengan aktiviti dan strategi yang telah dirancang. Ambiga tidak kisah dengan apa yang Pemerintah katakan, beliau tetap menganjurkan siri Bersih bermula Bersih 1.0 sehingga yang terbaru Bersih 3.0 sebagai blogger kita pun mesti sentiasa ada aktiviti seperti contest, game, reunion dan sebagainya supaya blog kita tidak dilupakan. Ambiga tidak akan jadi terkenal seperti sekarang kalau hanya menganjurkan Bersih 1.0 sahaja.

3. Sanggup menghadapi ujian seperti Ambiga yang bakal didakwa di makamah kerana melanggar undang Malaysia. Sebagai blogger kita pun mesti sanggup dimarah, dimaki dan dispam dengan berbagai komen negatif kerana bukan semua suka dengan cara kita. Denaihati pun telah disingkir dari senarai Facebook dan Twitter beberapa rakan blogger lama dan ada blogger baru yang buat entri tidak puas hati.

Entri ini bukan untuk menyokong atau membangkang perjuang Ambiga kerana walaupun apa yang aku akan cakap tentang Ambiga beliau dan teman-temannya akan pasti meneruskan perjuangan mereka kerana Malaysiakan negara Demokrasi. Cumalah yang aku kurang syok puak-puak yang katanya memperjuangkan demokrasi ini, demokrasi hanya betul bila sama idea dengan mereka bila berbeza pendapat mampuslah memang kena kutuk teruk.

Kehebatan Ambiga membina dua jenama dalam satu masa iaitu Ambiga dan Bersih. Cara ini agak sukar untuk blog sebagai contok JeJai, armo02 dan Teratakarmo orang yang sama tetapi nama yang berbeza agak sukar dikenali oleh blogger lain dan perlu kerja tiga kali kuat untuk membina jenama. Berbeza dengan Ariffshah yang menggunakan domain, username Twitter dan Facebook yang sama jadi beliau hanya perlu bekerja sekali untuk penjenamaan dan mungkin kerana itu Ariffshah lebih terkenal dan lebih bagus alexa ranking daripada Teratakarmo. Dalam persaingan sengit alexa ranking Malaysia, blog Abangensem dijangka bakal menewaskan blog Teratakarmo kerana Abangensem menggunakan satu username untuk semua berbanding Teratakarmo.

Ketika ngeteh bersama the singing blogger n the geng ada yang mencadangkan aku buat contest, mana-mana blog yang dapat menewaskan alexa ranking Malaysia blog Denaihati dalam tempoh 3 bulan dapat hadiah gadget. Macam bagus je idea ni.

Untuk penjenamaan yang berkesan bagus sangat kalau domain dan username facebook, twitter, foursquare, instagram, linkedin, google plus serta semua akaun sosial media yang ada menggunakan nama yang sama.

Semuga perkongsian aku dengan mengambil contoh Ambiga sebagai cara yang baik untuk kita membina jenama blog kerana penjenamaan adalah KING dalam pemasaran.


Spread the love

238 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!