Peluang membantu Umat Islam Cambodia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillaf dengan izin Allah aku berkesempatan membawa keluarga ke Kemboja pada cuti sekolah baru-baru ini. Kami memulakan kembara Kemboja dengan melawat bandar pelancongan Siem Reap dan kemudian terus ke Phnom Penh dengan menaiki bas dan singgah di beberapa perkampungan Islam. Tujuan aku membawa keluarga adalah :

  1. Menunjukan aktiviti dan memkenalkan keluarga dengan rakan-rakan yang aku berurusan di Kemboja supaya tiada rasa resah di hati sebab ramai orang kata awek Kemboja cantik-cantik.
  2. Supaya keluarga dapat melihat sendiri suasana dan budaya umat Islam Kemboja.
  3. Membawa anak-anak yang hidup agak mewah merasai sendiri susah senang dan mujahadahnya umat Islam Kemboja supaya ada rasa syukur dalam hati dengan setiap pemberian ALLAH.


Kemboja adalah negara pelancungan yang menarik dengan pelbagai produk pelancungan tetapi untuk pelancung Muslim agak sukar kalau tiada orang Muslim yang menemani terutama untuk mendapat Makanan HALAL. Jumlah penduduk Islam di Kemboja hanya sekitar 750,000 daripada 14 juta jumlah populasi. Majoriti kehidupan umat Islam adalah daif. Kerajaan Kemboja tidak menindas tetapi mereka perlu berusaha sendiri tanpa bantuan subsidi seperti di Malaysia (tapi berapa ramai kalangan kita yang bersyukur). Tujuan besar kami di Kemboja dengan bantuan Pejabat Mufti, Cambodia Islamic Center dan Koperasi Muslim Cambodia adalah untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Berbagai perancangan telah dirancangan dan juga sedang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut.

Anda juga boleh memberi bantuan kepada umat Islam di Kemboja dengan pelbagai cara seperti :

  1. Memberi sumbangan kewangan untuk menguruskan Madrasah dan Masjid.
  2. Menaja pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran ke Malaysia.
  3. Memberi peluang pekerjaan seperti pembantu rumah, pembantu bengkel, pembantu restoran dan lain-lain.
  4. Berkunjung ke Kemboja melalui travel agen Muslim yang disediakan untuk melihat dan merasai sendiri suasana kehidupan Muslim Kemboja.
  5. Menjadi ahli Koperasi Muslim Cambodia.
  6. Membuat usahasama bisnis dengan menyumbangkan sebahagian keuntungan kepada NGO Islam yang berdaftar dengan Pejabat Mufti seperti Cambodia Islamic Center.
  7. Melatih pemuda Islam dalam sektor yang mereka boleh usahakan di Cambodia.

Jika kita sebagai Umat Islam tidak memberi bantuan kepada Umat Islam yang lain maka siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu mereka?

Alhamdulillah kembara membawa keluarga ke Kemboja telah berjaya membuka mata hati anak-anak untuk menjadi manusia yang lebih sederhana. Apa yang sekarang sudah kami miliki hanya sebuah impian untuk anak-anak Kemboja. Semuga anak-anak akan terus menjadi manusia yang bersyukur. Kepada ibu bapa yang ada masalah mendidik anak mungkin membawa anak-anak melawat negara miskin atau keluarga miskin boleh membuka sedikit mata hati mereka.

23 Comments

  1. sepatutnya kita umat islam yang harus mambantu memalui saluran yang betul ini merukankan tanggungjawab kita bersama membantu saudara2 kita

  2. salam,
    saya pernah baca dlm surat khabar cerita kedaifan umat islam disana ,saya nak melawat dan melihat sendiri keadaan mereka di sana.. camna nak kesana?

  3. Salam … Saya bersama 5 lagi rakan (Islam/Kelantan) akan melawat Phnom Penh Julai 2010 ini. Sesiapa yg dapat memberi panduan yang sesuai bagi kami iaitu Tempat menginap/ Makanan Halal/ Ziarah/ Masjid/ Lain2. T.Kasih

  4. Pingback: pligg.com
  5. Pingback: IMCurtain.com
  6. hari tu saya ada tengok dokumentari di astro oasis yg memaparkan sekolah agama di Cambodia. keadaan kelas yang daif. pelajar2nya cuma makan nasi putih tanpa lauk di dulang beramai-ramai..
    .-= Nadri´s last blog ..Cium Anak Pun Boleh Dapat Pahala =-.

    1. @Nadri, kami akan lancar 1 program motivasi yang terbuka kepada student Malaysia untuk tinggal dan belajar bersama dengan pelajar Kemboja di Madrasah terpilih selama 3 minggu. Sambil belajar juga menderma melalu biayai yg kita kumpulkan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!