PageRank blog salah faham

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak mahu cerita tentang blog yang mempunyai iklan bersepah sehingga menggangu mata yang di ceritakan di blog kak jie dan blog ariffshah kerana aku dah cerita panjang lebar dalam entri “Masa paling sesuai letak iklan di blog“. Ada betul juga kata Ariffshah ni “Dalam blog ni, aku cuma letak satu petak tetap iklan bersaiz 300×250. Leaderboard banner semua tak letak dah sebab aku tau korang pun tak pernah nak klik iklan-iklan tu. Jadi tak berguna sangat“.

Berapa Pagerank blog anda?

Yang aku nak cerita ni tentang salah faham aku selama ini tentang PageRank. Selama ini yang aku faham setiap entri aku usaha selitkan link ke berita yang berkaitan di surat khabar online. Kenapa aku buat begitu kerana majoriti surat khabar online seperti thestar, utusan, hmetro dan lain-lain ni Pagerank nya tinggi. Kenapa … tak percaya?? Cuba check kat sini Pagerank Checker.

Yang aku faham PR blog kita boleh meningkat apabila kita link dengan blog yang PR lebih tinggi dan blog tersebut tidak link balik ke blog kita kira macam one way je lah. Terima kasihlah pada sifu SEO, Azuanrazi yang membetulkan salah faham aku di ruangan komen entri “Kad Kredit pemusnah hidup berpanjangan” :

Emm, tertarik dengan note ni, “mengambil kesempatan mengedut Pagerank (PR) dari link surat khabar online yang biasanya PR memang tinggi. Pernahkah anda check PR utusan, thestar, bharian, hmetro dan lain-lain online paper”. Menyedut? Kalau menyedut, Sy rasa Denaihati ada salah faham mengenai perkara ni… Sebenarnya Denaihati x menyedut pun PR dr utusan.com.my tu, sebaliknya utusan.com.my yg menyedut PR Denaihati. Melainkan jika utusan.com.my ada buat entry dan dlm entry tersebut ada link denaihati yg dofollow, itu barulah dikira Denaihati menyedut PR dr utusan.com.my.

Jadi aku dah semakin faham rupanya apabila aku letak link utusan atau hmetro maka surat khabar online tu lah yang menyedut PR4 dari blog denaihati … alhamdulillah ada juga aku memberi khidmat pada surat khabar tu.

Cuma aku nak tanya sifu-sifu hebat ini apakah ada kesan PR kepada blog yang tinggalkan link di commentLuv diruangan komen setiap entri di blog denaihati. Kalau lah ada itu sangat mengembirakan aku kerana aku dapat berkongsi PR4 dengan setiap blogger yang tinggalkan link di ruang komen tu.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

125 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!