Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnya

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, maaf kepada semua yang sering singgah dan tinggalkan jejak komen kerana tidak dapat nak melayan kauter pertanyaan. Kesibukan tugas dan urusan keluarga sangat mendesak ketika ini. Aku berikan lebih masa melayan dan bersama dengan anak-anak yang tinggal di asrama yang hanya sesekali dapat bersama mereka. Orang bijak pandai berkata biar sekejap bersama keluarga tetapi pastikan masa itu benar-benar berkualiti.Konsep sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak rotan-rotankan memang menjadi prinsip yang telah membawa kejayaan dalam hidup keluarga kami.

Gambar hiasan dari Google

Di samping itu aku sedang sibuk menguruskan bisnis baru menternak ikan Arowana yang sedang cadang-cadang untuk ikut serta. Menyahut seruan kerajaan untuk buat bisnis high performance iaitu bisnis modal kecil tapi pulangan berlipat kali ganda. Aku pun sedang merancang contest SEO baru yang akan diumumkan minggu ini dengan konsep yang agak berbeza. Stay tune ya supaya tidak ketinggalan ..hadiah not bad juga lah.

Dua tiga hari ini akau sering mendengar lagu ini yang nak dikongsikan bersama teman-teman semuga ada pengajaran disebaliknya…Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnya. Jumpa lagi next entri.

---

  1. kita hanya boleh merancang tp tuhan yg menentukan segalanya..

Trackbacks

  1. IMCurtain.com says:

    Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnya | Denaihati…

    Orang bijak pandai berkata biar sekejap bersama keluarga tetapi pastikan masa itu benar-benar berkualiti.Konsep sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak rotan-rotankan memang menjadi prinsip yang telah membawa kejayaan dalam hidup keluarga k…

  2. [...] This post was mentioned on Twitter by Denaihati, Kaki Komplen. Kaki Komplen said: PING: Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnya – http://tinyurl.com/33enyx6 via http://goo.gl/8FLH [...]