Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.

Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.

Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
perlukan keberanian, keyakinan dan kesungguhan untuk buat duit secara serius.
Curahan rasa ikhwan @ ..Cara Menempah DVD BBMA Basic Live Trade
jika tak yakin untuk buat duit atau jana pendapatan, sampai bila bila pun sukar untuk berjaya.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Program Derma Organ
Ni tengah menyakinkan diri utk buat duit lah. Semoga boleh mencapai standard DH dan Encik Cendol tu.. Setakat ni masih meraba-raba dalam gelap 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..17 E-Book Buat Duit Online Terlaris Di Pasaran
Dalam membuat uang kita harus yakin dalam usaha yang sedang kita jalani dan berani jika ada sandungan yang menghadang dan tidak takut akan kegagalan dikarenakan pasti pernah mengalami kegagalan sebelum sukses
Terimakasih ilmunya sangat bermanfaat
memang kalau mengerjakan sesuatu harus yakin dan harus berani untuk gagal supaya bisa berhasil
Curahan rasa risalah @ ..MEMBACA TA’AWWUDZ
untuk mencari keyakinan itu sebenarnya cukup senang..tetapi kalau tanpa usaha yang bersungguh-sungguh tak membawa kemana juga semua keyakinan itu
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba DAN berani untuk gagal
Curahan rasa Abdullah @ ..Godaan Setan pada Orang-orang Shalih (3)
nak mula buat apa apa kena la yakin. terutamanya bisnes. sebab ia melibatkan modal
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
kalau DH boleh buat duit online kenapa kita tak boleh kan. kena cuba dulu
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – Landline
Kena mula bina keyakinan kalau serius nak buat duit online..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
tengok income DH kat atas tu boleh bakar semangat sebenarnya. kita pun boleh
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – Landline
Comments are closed.