Minyak mentah, Emas dan Dollar US manipulasi ekonomi dunia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia sekarang dikuasai oleh ekonomi kapitalis yang jauh sangat tersasar daripada sistem ekonomi Islam. 1400 tahun dahulu Rasulullah SAW telah menunjukkan cara berniaga dan cara menguruskan ekonomi. Seperti biasa musuh Islam menguasi ilmu Islam yang terdapat dalam Al Quran dan mencipta sistem yang dengan sengaja menentang ilmu ekonomi Islam. Contoh paling nyata adalah amalan riba yang tidak boleh dipisahkan dari sistem kapitalis.

Ekonomi kapitalis menjadikan harga minyak mentah, Emas dan Dollar US antara indikator turun naiknya ekonomi dunia. Harga minyak mentah, emas dan dollar US dikawal oleh pasaran semasa mengikut kuasa pemintaan dan penawaran. Tanpa disedari kuasa pemintaan dan penawaran boleh dikuasai oleh hanya beberapa manusia yang berkuasa di dunia yang akan menentukan ekonomi dunia mengikut kehendak mereka atas tujuan tertentu.

Harga Minyak Mentah Terkini

Mereka mempunya modal bertrillion duit boleh menurunkan harga emas dan dalam masa yang sama menaikan nilai dollar US dan pada waktu yang lain menurunkan nilai dollar US dan menaikan harga emas. Dalam apa keadaan sekali pun mereka tetap akan untung dan kekadang mereka akan untung kedua-duanya dan yang rugi negara-negara kecil yang tak mampu mengikut rentak mereka.

Kuasa mereka bukan sekadar menguasi ekonomi tetapi boleh memporak perandakan dunia. Mereka boleh menaikkan harga minya mentah bila-bila masa mereka inginkan dengan mencipta berbagai kejadian sehingga sanggup mencipta perang dimana sahaja yang mereka inginkan. Harga minyak yang beberapa tahun dahulu hanya sekitar USD40 ++ setong telah meningkat sehingga USD100 ++ setong dan sudah pasti akan memberi kesan pada ekonomi banyak negara kecil seperti Malaysia.

Harga emas juga meningkat dengan banyak daripada USD400/oz meningkat sehingga USD1900/oz dalam tempoh sepuluh tahun dan turun semula ke USD1400/oz sekarang. Harga emas sangat mempengaruhi ekonomi sesebuah negara kerana kebanyakan negara menyimpan reserve dalam bentuk emas.

Harga Emas Terkini

Harga Emas untuk 10 tahun

Harga emas terkini

Matawang dunia masih dikuasai oleh dollar USA yang menentukan turun naik ekonomi dunia. Bila naik sahaja nilai dollar US maka naiklah semua harga komoditi seperti harga minya mentah, beras, gandum, gula dan sebagainya. Bila harga komuditi naik maka bergolaklah banyak negara seperti Malaysia sebuah negara kecil yang sangat bergantung dengan perdagangan luar negara.

Rakyat Malaysia kurang merasa turun naik ekonomi dunia kerana kebanyakan barangan komoditi utama seperti petrol, diesel, beras, gandum, gula dan minyak masak diberi subsidi. Paling best subsidi di Malaysia dinikmati bukan sahaja yang miskin tetapi juga yang kaya. Subsidi bermula diperkenalkan setelah berlaku 13 Mei 1969 dengan tujuan untuk membantu bumiputera yang jauh ketinggalan berbanding bangsa lain.

Harga komoditi terkini

Adakah sekarang subsidi masih sesuai sebagai salah satu cara membantu rakyat? Bukankah subsidi menyebabkan rakyat hidup melebihi kemampuan kerana mereka tidak merasai turun naik ekonomi dunia yang berpaksikan harga minyak mentah, emas dan dollar USA terkini.

Aku cadangkan subsidi di Malaysia di hapuskan dan digantikan dengan sistem baru yang dapat membantu kepada yang layak sahaja. Islam telah menunjukkan sistem zakat yang hanya layak untuk diberi kepada lapan asnaf manakala untuk orang kaya ada kadar tertentu untuk dizakatkan kepada yang miskin. Malaysia tidak akan mampu menangkis perubahan harga minyak mentah, emas dan Dollar US yang dijadikan manupulasi ekonomi dunia. Kalau kita masih kekal dengan sistem subsidi sekarang tiada suatu kerajaan yang akan berjaya menepis kemarahan rakyat setiap kali harga komoditi ditingkatkan. Subsidi sudah menjadi hak milih kekal rakyat yang tidak boleh ditarik balik.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Kalau guna ekonomi islam, rasanya semua akan jadi lebih mudah.
    Entri terbaru Fadzi Razak – Berbuka Puasa Dengan Uncle JackMy Profile

  2. ekonomi yang halal , di islam akan membawa berkah yang tak ternilay harganya :)

  3. kuasa ekonomi begitu ampuh digenggam US. perubahannya boleh mengubah sesebuah negara.
    Entri terbaru faizal – Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dihempap TelevisyenMy Profile

  4. kenapa harus mengacu sama dolar

  5. Subsidi perlu ada bagi negara yang rakyatnya hampir 60% dibawah par seperti di Malaysia. Bayangkan kalau tidak ada subsidi jurang ekonomi pasti lagi jauh..yang penting kemampuan pemimpin sesebuah negara untuk menguruskan rakyatnya.. Ekonomi negara kita tak diurus dengan baik sejak dulu lagi..sebab tu kita masih gagal mencapai sasaran yang sepatutnya…

  6. Apa2 pun Islam adalah agama yang sempurna… nice thought. :)
    Entri terbaru Nozi – Jom kita detox untuk buang segala toksin!My Profile

  7. Amat menyokong dengan cadangan tuan denaihati. Ini juga satu perjuangan ke arah itu..insyaAllah sistem kewangan Islam akan kembali menerajui dunia..amin.. – Shah
    Entri terbaru Promosi Perodua – Shah wrote a new post, Tuah di laut, menang kereta perodua!My Profile

  8. Hanya ekonomi Islam yang akan membawa keberkahan dunia dan akhirat bagi semuanya…
    Entri terbaru Kang Dadan – Tanggapan Blog Menjadi Sampah InternetMy Profile

  9. ok…mahu tambah stok emas esok..
    Entri terbaru titan – Macam mana nak dapat event dan review berbayar?My Profile

  10. Yup setuju..subsidi untuk mereka yang layak sahaja,..
    Entri terbaru Hafizul – Pendapatan Ke 18 Dari JobdirumahMy Profile

  11. Nice shares, thank you :)

    REVADSNETWORK 90% Revenue Sharing
    Entri terbaru jss3-indonesia – Estimasi Pembayaran WD RICAN Business VentureMy Profile

  12. ermm..kena kembali mentadbir menggunakan sistem berteraskan agama islam..lebih adil dan tidak menindas orang lain.
    Entri terbaru shahfir – PESTA BBQ DAGING BUAYAMy Profile

  13. subsidi membantu rakyat lupa akan kesusahan, dan sikap malas berfikir mencari alternatif lain untuk tingkatkan gaya hidup. Subsidi hanya membantu rakyat menunding jari sekiranya mereka tak dapat..

    come on, cut all the subsidies! :)
    Entri terbaru Zuan – Uncle Zuan BlogMy Profile

  14. setuju dengan entry ini
    Entri terbaru Juan – Domainsbot.com Memudah Mencari Domain Yang SesuaiMy Profile

Trackbacks

  1. […] tahu dahulu harga minyak mentah dunia hanya sekitar USD40 setong tetapi kini sudah melebih USD90 setong … dulu harga emas […]