Mimbar Jumaat : KPI Muslim

Spread the love

Selepas Najib take over jawatan PM dari Pak Lah, sana sini di kampung dan di bandar orang dok sibuk cakap pasal Pertunjuk Prestasi Utama (KPI) dan gagasan 1Malaysia cuma seminggu dua ni je sibuk dengan kes ADUN Perak.

Malam tadi aku terfikir nak buat KPI khas untuk diri Aku sendiri. Setiap aktiviti harian akan aku berikan point. Jumlah point keseluruan aktiviti ini adalah 100. Setiap hari sebelum subuh Aku akan menilai berapa jumlah point yang telah aku dapat setiap hari.

1. Solat Sunat Fajar – 2
2. Solat Fardu Suboh – 5
3. Zikir Pagi – 1
4. Solat Sunat Israq – 2
5. Solat Sunah Dhuha – 2
6. Baca Yassin/Al-Quran – 2
7. Solat Sunat Sebelum Zuhur – 2
8. Solat Fardu Zuhur – 5
9. Solat Sunat Selepas Zuhur – 2
10.Solat Sunat Sebelum Asar – 2
11. Solat Fardu Asar – 5
12. Zikir Petang – 1
13. Solat Maghrib – 5
14. Solat Sunat Lepas Maghrib – 2
15. Solat Sunat Sebelum Isyak – 2
16. Solat Fardu Isyak – 5
17. Solat Sunat Selepas Isyak – 2
18. Solat Sunat Malam (Taubat, Istikharah, Tahajjud) – 5
19. Zikir Malam – 1
20. Solat Sunat Witir -1
21. Solat awal – 2 Markah tambahan untuk setiap Solat Fardu
22. Solat Berjemaah – 5 Markah tambahan untuk setiap Solat Fardu
23. Telefon ibu&bapa – 5
24. Berusaha mencari rezeki – 2
25. Majlis ilmu bersama keluarga – 2
26. Sedekah dan infak – 2

Semuga ini akan menjadikan aku manusia yang lebih berkualiti Dunia dan Akhirat. Hidup di dunia ni bukan lah lama sangat sekelip mata sahaja jika di bandingkan masa di akhirat.

Firman Allah swt Surah Ath-Thalaq ayat 2-3 yang ertinya :

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Firman Allah swt Surah Asg-Shaff ayat 2-3

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.


Sila bantu kalau ada yang tertinggal dan cadangan untuk tambah baik.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

10 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!