Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Merotani anak tanda sayang

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani yang maksudnya “Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik” bermaksud jika anak-anak tidak dirotan, mereka akan melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka tanpa berasa risau walau sedikit pun.

Sekali sekala anak-anak perlu dipukul sekadar yang dibenarkan dalam hukum syarak kerana jika tidak dipukul lansung, biasanya mereka kurang terdidik. Sekarang ini, kerana terlalu sayangkan anak, ibubapa tidak memberi sebarang amaran dan peringatan kepada anak-anak sejak daripada peringkat awal lagi. Setelah mereka menjadi sebati dengan kelakuan yang buruk, barulah kita mula mengadu hal mereka. Ini bukan tanda sayangkan anak.

Anak yang soleh adalah pencen alam akhirat

Tidak mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang buruk dan menganggap merotani anak-anak bertentangan dengan sifat kasih sayang, merupakan satu kesilapan yang besar terhadap anak-anak.

Terdapat banyak hadith bahawa Rasulullah SAW menyarankan ibubapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun mendirikan solat dan merotani anak-anak yang berumur 10 tahun jika masih tidak mahu solat. Rasulullah SAW juga bersabda bahawa memberi peringatan kepada anak-anak lebih baik daripada bersedekah 3 kg gandum. Rasulullah SAW juga bersabda semoga Allah merahmati seseorang yang menggantung rotan di dalam rumahnya untuk memberi peringatan kepada ahli keluarganya.

Dalam suatu hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda, tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka.

Semua tulisan di atas adalah petikan dari buku Fadhilat Amal, Kepentingan Solat muka surat 36 – 37. Semuga ada pengajaran yang boleh kita ambil dalam proses mendidik anak untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

---

  1. Ialah! cara Islam mengajar tentang didikan anak adalah yang paling sempurna. Cuma untuk kita mahu dan mampu atau tidak menuruti.

    Ingat pada Anakku Sazali. Salah didikan dan tak cukup kasih sayang (ibu meninggal) membuat dia sebegitu. Banyak teladan…

  2. Foto siapa gerangan yang terpasang nih…
    Entri terbaru Bang Iwan – Learning From Each ProblemMy Profile

Artikel pilihan...close