Meningkatkan Ranking Alexa Blog Anda

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, untuk pertama kali Blogger Melastik Bintang yang terkenal dikalangan rakan blogger sebagai blogger parenting diberi ruang untuk berkongsi tips blogging di sini. Kemahiran teknik berblog secara online dan offline mesti ada untuk semua blogger tanpa mengira niche. Jom lah kita baca apa yang nak disampaikan oleh MB.

msmw-2014-team-denaihati

Ranking Alexa merupakan perkara yang sering menjadi topik bualan  blogger selain berbicara tentang SEO, Wordpress, Wordpress Security, Content Post dan pelbagai lagi isu tentang teknikal blog. Bagi aku ranking Alexa  penting dalam menjenamakan dan memantapkan lagi blog anda dan adakalanya ranking Alexa ini memberikan impak yang besar terhadap para pengiklan di luar sana.

Aku masih ingat lagi seawal aku mula-mula melibatkan diri di dalam blogging, apa yang sering aku lihat di blog blogger blogger, di laman media sosial dan malah perbincangan di luar juga akan menyentuh isu ranking Alexa. Waktu itu aku masih lagi segar dalam dunia blog profesional dimana aku masih kurang memahami apa itu ranking Alexa. Persoalannya ialah penting ke ranking Alexa ni? Bagaimana hendak menaikkan ranking Alexa ? Untuk mendapatkan jawapan tersebut, blog denaihati.com juga ada berkongsi bagaimana hendak meningkatkan ranking Alexa di Malaysia.

Siapa Alexa

Alexa merupakan pembekal terkemuka web metrik global yang percuma. Carian Alexa adalah untuk mencari laman web yang paling berjaya di web dengan kata kunci, kategori, atau negara. Sumber dari Alexa.

Daripada definisi tersebut dan bantuan penerangan dari rakan rakan blogger yang lain aku mulai faham maksud sebenar ranking Alexa secara teori dan praktikalnya. Bermula dari saat itulah aku mula berusaha untuk menaikkan ranking Alexa blog aku untuk mencapai tahap yang lebih baik. Pelbagai teknik sudah aku aplikasikan pada blog aku untuk melihat hasilnya. Alhamdulillah setelah beberapa bulan melakukan beberapa teknik, tahap ranking Alexa blog aku mula menunjukkan sesuatu yang positif. Ranking Alexa blog aku pernah mencapai 400 ke bawah di dalam Malaysia. Di bawah aku kongsikan beberapa teknik untuk mendapatkan bacaan Alexa yang baik.

Semak Ranking Alexa Blog Anda

 

Bagaimana Mengekalkan Ranking Alexa, Cara memperbaiki Ranking Alexa Blog, Semak Alexa Blog
Pelbagai cara untuk memperbaiki Ranking Alexa blog anda

Bagaimana menaikkan Ranking Alexa blog :

1.    Gunakan  Alexa Toolbar Pada Blog Anda

Alexa hanya memfokuskan pada laman-laman web yang berada di bawah pemantauan mereka, menfokuskan bermaksud diutamakan berbanding blog yang tidak menggunakan widget Alexa Toolbar. Tidak bermakna jika anda tidak menggunakan Alexa Toolbar tersebut, blog anda tidak dipantau Alexa. Tujuan utama memasang widget Alexa Toolbar ini adalah supaya Alexa dapat mengesan kedudukan blog / laman web anda. Anda boleh muat turun di Alexa Toolbar.

2.    Memberi Backlink Kepada Alexa

Wujudkan pautan balik (backlink) ke Alexa dengan menulis tentang Alexa dan membuat post di blog anda seperti apa yang aku lakukan dalam artikel Kenali Alexa. Pelbagai jenis topik atau informasi yang anda boleh ceritakan. Seperti apa yang aku lakukan dahulu dimana aku  menceritakan beberapa perkara yang kita boleh dapat dari  Alexa, jangan lupa juga selitkan pautan balik (backlink) di dalam artikel anda. Secara tidak langsung dapat mendekatkan blog anda dengan Alexa.

3.    Perlu Mengemaskini Blog Anda

Kekerapan menghasilkan artikel dalam blog anda amat memberi kesan kepada kedudukan Alexa blog anda. Ada yang turut mengatakan kekerapan menghasilkan artikel di blog juga mempengaruhi tahap ranking blog  anda. Pada pandangan aku  jika anda mengemaskini blog anda dengan kerap, anda akan mendapat kedudukan ranking yang lebih baik, tetapi sebagai blogger anda harus memahami konsep ranking Alexa iaitu  jika sekali ranking Alexa anda turun ( Nilai membesar), agak sukar juga untuk menaikkannya  kembali ( Nilai mengecil).

Apa yang aku pernah alami dahulu telah membuktikan bahawa memang benar kekerapan kita menghasilkan artikel di blog mempengaruhi tahap ranking Alexa. Salah satu cabaran bergelar blogger ialah bagaimana anda hendak mengekalkan momentum menghasilkan artikel setiap hari. Blog denaihati.com juga menjadi rujukan aku , kerana blog ini dapat meningkatkan ranking Alexa dengan cepat dan mengekalkan prestasi yang baik dengan melakukan beberapa cara tingkatkan ranking alexa .

4.    Menulis Artikel Yang Berkualiti

Faktor ini juga memberi kesan kepada ranking blog anda, artikel yang berkualiti dan mempunyai isi kandungan yang unik dapat membantu anda untuk mendapatkan kedudukan ranking Alexa yang baik. Jangan biasakan menulis seperti ‘Melepaskan Batuk Di Tangga‘ sahaja kerana setiap penulisan mencerminkan identiti dan sikap anda sebagai blogger dan penulis. Ambil masa untuk menulis sesuatu artikel dan kalau boleh lakukan kajian, cari maklumat tambahan sebagai bahan penulisan artikel kita nanti. Pendek kata persediaan sebelum menulis amat penting untuk menghasilkan artikel yang bermanfaat.

5.    Optimasikan Media Sosial Anda

Banyak kelebihan berkongsi artikel anda di rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Digg, Stumbleupon, Twitter, Linkdin dan lain-lain. Ia bukan sahaja akan membawa sejumlah besar trafik ke blog anda, tetapi juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan ranking Alexa anda. Gunakan juga teknik variasi dalam menghebahkan artikel anda di media sosial seperti teknik Video Sharing,Photo Sharing, RSS Feed,Chat Room, Forum atau anda boleh membuat satu  aplikasi blog anda menggunakan Android atau iOS seperti Aplikasi Android dan iOS Denaihati .

Klout juga memainkan peranan penting dalam cabang media sosial kerana sesetengah pengiklan memandang kepada nilai Klout anda. Aku pernah berurusan dengan pengiklan yang mengutamakan nilai Klout blogger, semakin tinggi Klout anda semakin tinggi bayaran yang anda bakal terima. Klout merupakan salah satu saluran media sosial yang mengukur betapa kuatnya pengaruh media sosial anda. Tidak dinafikan 60% jumlah trafik blog adalah datangnya dari Media Sosial.

Blogger Ensem

In Syaa Allah, jika dipraktikkan teknik di atas bacaan ranking Alexa blog anda akan menunjukkan bacaan yang baik. Banyak lagi teknik yang boleh diamalkan oleh blogger dan jika ada peluang lagi aku akan kongsikan dengan pembaca. Lain orang lain cara yang diamalkan, tetapi inilah cara yang aku amalkan sehinggalah ranking Alexa blog aku pernah mencapai 388 di dalam Malaysia dalam masa yang singkat. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dan blogger di luar sana.


Spread the love

160 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!