Assalamualaikum dan salah sejahtera,
ada kajian yang mengatakan bahawa orang di Malaysia ini suka membeli-belah dan perkara ini berlaku sejak sedekad lalu. Apabila sistem atas talian diperkenalkan, maka semakin ramailah yang sentiasa membeli-belah hanya di atas talian. Pelbagai pilihan untuk penggemar ‘shopping online’ ini kerana ia banyak pilihan dan menjimatkan banyak masa. Salah satu pilihan terbaik adalah Rakuten.
Dilancarkan di Malaysia pada November 2012, Rakuten Online Shopping membawa lebih 210,000 barang dari lebih 900 peniaga dengan gabungan pelbagai kategori produk, termasuk pakaian fesyen dan aksesori, produk kesihatan dan kecantikan, elektronik pengguna, mainan dan permainan dan perabot rumah.
Dengan membawa tagline “Shopping is Entertainment“, Rakuten membawa kepada kita bahawa membeli belah di atas talian adalah sesuatu yang menyeronokkan. Yang lebih menarik adalah kita akan disajikna dengan pelbagai pilihan produk yang berkualiti, program ganjaran Rakuten Super Point dan dengan mewujudkan diskaun besar-besaran seperti Rakuten Super Sale.
Apa yang lebih menarik kepada penggemar beli-belah di atas talian ini adalah dengan adanya program ganjaran iaitu Rakuten Super Point. Ia sebagai salah satu cara Rakuten mengucapkan terima kasih kerana menggunakan servis mereka. Ini bermakna, ada pembelian kita di Rakuten akan mendapat points yang kemudiannya boleh ditukarkan kepada wang yang akan digunakan sebagai diskaun pembelian seterusnya. Menarik kan?
Dapatlah jimat untuk membeli-belah lagi.
Untuk lebih menarik lagi ramai penggemar beli-belah di atas talian, Rakuten telah melancarkan satu program 5x Rakuten Super Point, di mana ahli yang hanya daftar secara percuma boleh mendapatkan rebat 5% dalam bentuk Rakuten Super Point untuk semua pembelian pada setiap hari, tanpa sebarang had ke atas jumlah rebat. 1 Rakuten Super Point bersamaan dengan RM1.
Pergi ke laman sesawang www.rakuten.com.my dan pilihlah barangan yang ingin dibeli dengan tanda 5x Points dan boleh mulai cari pelbagai jenis barangan yang berkualiti dan bernilai untuk anda beli. Segera untuk daftar menjadi ahli secara percuma di laman sesawang www.rakuten.com.my dan rebutlah peluang yang menarik ketika membeli-belah di atas talian.
1. Menjadi ahli untuk menikmati Rakuten Super Point dan mengumpul untuk digunakan sebagai kaedah pembayaran lain untuk membeli produk seterusnya.
2. 5x Rakuten Super Points yang bersamaan dengan 5% memberikan nilai pembelian anda berbaloi kerana ia boleh digunakan seperti wang tunai untuk diskaun pembelian seterusnya
3. Pemegang Mastercard dapat menikmati diskaun tambahan 5% pada setiap hari Rabu.
4. Setiap hujung minggu, Rakuten memberikan Kupon istimewa
Cuba lihat contoh penjimatan atau trick untuk membeli belah di Rakuten. Sekarang memang tengah trending orang menggunakan hoverboard. Mahal juga harga asalnya, tetapi kita boleh jimat dengan membelinya di Rakuten contohnya ada promosi sekarang di bahagian Sports dan Outdoor.
Aku pilih Naza Hoverboard yang mempunya harga asalnya adalah RM1999
Harga promosi dari penjual adalah RM888. Di sini sudah membuat pembelian berbaloi jimat RM1111.
Kemudian, buat pembelian pada hari Rabu dengan menggunakan Mastercard dan diskaun harga 5% akan menjadi RM843.60 sahaja.
Untuk pembelian ini juga aku dapat 5x Super Points RM44.40 dan ia cukup untuk beli satu powerbank!
Jadi, konklusinya:
Harga asal: RM1999
Harga selepas diskaun: RM888
Pembelian diskaun MasterCard 5% off: RM843.60
Rakuten 5x Points : RM44.40 – cukup untuk dapatkan Powerbank percuma!
Jumlah penjimatan hampir RM1200!
Jangan lupa untuk dapatkan kupon istimewa pada setiap minggu dan jadikan Rakuten sebagai satu platform Shopping yang menyeronokkan. Pilihan bijak dengan membeli-belah di Rakuten, mencari barangan yang berkualiti tetapi berbaloi untuk nilai wang ringgit yang anda bayar.
Jom shopping di Rakuten segera!
127 Comments
Wah beli di kedai rakuten kayaknya mengaskan tuh ya. Selain harga selalu dibawah 38 RM kt juga dpt diskon n reward.
Curahan rasa Bloggedewek @ ..Apa Itu Joki 3 in 1? Apa Artinya?
Rakuten Malaysia will no longer be available to consumers for new purchases after 1 March 2016.
rakuten malaysia dah tutup kedai….
Curahan rasa zawani @ ..Pineng Power Bank PN-969
belum sempat saya nak try shopping kt rakuten nie..dah tutup kedai pulak..huhu
Curahan rasa MYIPTV Malaysia @ ..What is MYIPTV Malaysia?
sekarang belanja apa saja sudah serba online,,rakuten itu berupa marketplace ya, semoga membantu infonya
Curahan rasa tasiknoni @ ..TasikNoni Minuman Kesehatan
Owh..baru tahu ada rekuten lepas baca entry ni..haha, saya ketinggalan ‘kapal’😂
sayang rakuten dah tutup di malaysia kan?agaknya keuntungan yang dorang dapat tak mecapai target mereka.
Curahan rasa musadun @ ..Doa Selepas Solat yang Ringkas
tula..rasenye mcm baru lg diorg kt malasyia nie..last2 tutup pulak…hmmmm
Curahan rasa MYIPTV Malaysia @ ..What is MYIPTV Malaysia?
ada baca kat amanz rakuten malaysia, indonesia dan singapore dah nak tutup.
Curahan rasa Joe @ ..Jawatan Kosong di Media Karangkraf Sdn Bhd (Februari 2016)
rakuten indonesia dan singapore pun tutup kedai jugak ke?? ingtkn kt malaysia je
Curahan rasa MYIPTV Malaysia @ ..What is MYIPTV Malaysia?
Ingatkan rakuten tu tadi nama kartun atau figura. Rupanya kedai alam maya. Seronok shopping online ni sebab kadangkala sibuk tak sempat nak beli barang kat luar.
Curahan rasa emalin mohd @ ..8 Kesan Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan
Peliknya, bila bukak web tu dia tulis notifikasi macam ni pulak:
“Important announcement from Rakuten Malaysia:
We regret to inform you that this marketplace will no longer be available to consumers for new purchases after 1 March 2016. Please note that if you have outstanding Rakuten Super Points earned on this site, you will be able to use them here until 29 February 2016. Please refer to the website FAQ here for further information. Thank you for your understanding.”
Hmm.. kena buat pembelian sebelum tarikh yang dipaparkan tu la ye maksudnya
Curahan rasa sabree hussin @ ..Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda?
DT takut nak beli online. sebab kawan pernah kena yang kena tipu. terus DT tak penah cuba beli secara online.. kalau teringin pon minta kawan belikan. hehe
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Datin Tyka Kembali
Bagi yang kurang masa lapang nak shopping di kedai. Guna kaedah shopping online macam ni pun ok. Jimat masa dan boleh jimat duit juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
Seronok dapat beli belah online macam ni. Jimat masa dan wang juga, Rakuten bagi point yang boleh tebus macam tu yang best tu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
Online ni jimat masa, tenaga dan wang. Kalau offline banyak yang seller perlu bayar untuk tanggung kos . Setiap satu tu ada pro and cons dia. Nothing is perfect.
Betul tu. Ada kebaikan dan keburukannya juga. Mana yang baik boleh cuba. Lagi pun nampak boleh jimat jika shopping kat sini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
best membeli secara online, tapi tula ada juga kelemahan benda ni jugak btl tak? sebab tak dapat pilih barang 100%
Curahan rasa hafizi @ ..Makan Malam Terbaik Di Huang Restoran A’Famosa Melaka
Biasa saya beli online barang yang dah biasa beli secara offline. Jadi bandingkan harga dan jika ok dengan harga biasa baru beli.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Setiap Bulan
Sangat seronok sebenarnya apabila semakin banyak platform kedai-kedai online. Ia memudahkan kita untuk membeli-belah dan sangat efisien.
Curahan rasa Farid Majid @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM
Bukan sekadar seronok, sedar sedar banyak juga wang yang telah dibelanjakan tanpa sedar.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Virus Zika Bahaya, Ibu Hamil Perlu Waspada dan Elakkan Perjalanan ke Negara Terlibat
itulah salah satu keburukan shopping online, tak sedar pakai duit. hihih
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Nutriferon Pilihan Terbaik Tingkat Imun Badan
tapi untuk orang sibuk atau susah nak keluar rumah memang membantu sangat kan. senang bila ada banyak pilihan “kedai alam maya” macam rakuten, lazada dll ni. hehe
Curahan rasa Oja Samid @ ..Promosi Shaklee Februari 2016
Saya shopping online utk ebook dan buku je. Jarang beli fizikal item sebab saya sendiri pun seller.Saya riki habis sebelum beli hi hi..
Toko model baru lagi nih… 😀
by. Citra Buku
Comments are closed.