Matlamat Hidup

Spread the love

Pernah tak kita terfikir bahawa majoriti daripada kita tiada matlamat hidup …ibarat kapal ditengah lautan tanpa haluan ikut angin kemana nak dibawa. AKU pernah menghadiri seminar motivasi, kami diberi masa 10 minit untuk menuliskan 5 matlamat hidup yang jelas …percaya tak hampir 80% tiada matlamat yang jelas dan ada yang lansung tak tulis apa-apa.

Wah wah bagaimana tu ya???? Tu la jadi nya negara kita ni …ramai sangat warganya yang tiada matlamat hidup yang di tentukan oleh segelintir manusia yang ada matlamat hidup. Kejayaan itu bermula dari diri sendiri dari rumah sendiri …cuba bayangkan kalau setiap dari kita ada matlamat hidup ..pasti lebih ramai individu yang berjaya dan hasilnya pasti terus pada masyarakat, bangsa dan negara.

Baru-baru ni AKU tengok program Oprah, salah seorang jemputannya mempraktiskan bertanya pada diri nya setiap pagi : What do I really really really want today? Dia akan menjawab kepada dirinya bersungguh-sungguh apa yang dia nak lakukan pada hari tersebut. Dia dah amalkan pertahun-tahun dan hasilnya memang HEBAT. Pernah tak kita tanya pada diri kita apa yang kita nak kan pada setiap hari atau hanya sekadar bangun dan terus hidup tanpa haluan kecuali membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh Bos kita. Jadi kita bukan Bos pada diri kita …orang lain yang mengawal diri kita.

Kalau nak bagus lagi kita ikut cara Islam. Bangun pagi solat sunat fajar sebelum subuh mengucap syukur kita di hidupkan lagi, kemudian solat sunat isyrak 20 minit selepas habis waktu suboh memohon di beri Rahmat sebagaimana Allah menerangi alam ini dengan cahaya matahari setiap hari, kemudian solat sunah dhuha memohon kebaikan dan rezeki dan di tutup dengan solat witir menanda kesyukuran kerana telah di beri rahmat dan kehidupan sepanjang hari tersebut…. Islam dan menunjukkan jalan cuma AKU aje selalu lalai dengan kehidupan yang sementara ini …Yaa ALLAH maafkan aku

[ad#Mangga 300]


Spread the love

120 Comments

          1. Banyak tenaga, waktu, pikiran, harta, akan terbuang percuma. Dan akhirnya, kita berhenti kelelahan dan berkata, “Kenapa ya aku harus menjalani ini dan itu selama ini?” Ketika pertanyaan seperti demikian muncul, maka kita telah kehilangan arti hidup.

          2. Sekarang apa yang menjadi tujuan dalam hidup kita? Pernahkah kita merenungkan, apa yang Tuhan ingin kita lakukan dalam tiga kategori besar dalam kehidupan kita, yaitu personal, horizontal, dan vertikal? Kategori personal mencakup antara lain: pendidikan, karir, pengembangan diri, perawatan diri, dan seterusnya.

          3. Kategori horizontal mencakup antara lain: hubungan kita dengan orangtua, saudara, karyawan, rekan seiman, dan sebagainya. Dan kategori vertikal mencakup antara lain: disiplin berdoa, beribadah, berpuasa, membaca dan merenungkan firman Tuhan, dan lain-lain.

          4. Sebagai langkah awalnya, apa pun yang terlintas dalam benak kita, segeralah ditulis, tak peduli seberapa gilanya ide tersebut.

          5. Daftarkan sebanyak mungkin. Oh ya, jangan lupa pula untuk “kembali” ke masa kecil. Ungkapkan kembali mimpi-mimpi kita yang pernah ada semasa kecil. Setelah selesai, berdoalah, bertanyalah kepada Tuhan, hal-hal manakah yang perlu dicapai terlebih dahulu dalam hidup kita saat ini. Mau?

          6. “Daftarkan sebanyak mungkin. Oh ya, jangan lupa pula untuk “kembali” ke masa kecil. Ungkapkan kembali mimpi-mimpi kita yang pernah ada semasa kecil. Setelah selesai, berdoalah, bertanyalah kepada Tuhan, hal-hal manakah yang perlu dicapai terlebih dahulu dalam hidup kita saat ini. Mau?”

            Wa. ini cara Bang Iwan ataupun dari mana caranya ni?
            Curahan rasa Steward John @ ..How to- Configure and setup custom domain on bloggerMy Profile

  1. Dunia ini adalah ibarat pasar yang dilalui oleh pengembara dalam perjalanannya menuju ke tempat yang lagi satu. Di sinilah pengembara itu mengumpulkan bekal untuk perjalanannya. Pendeknya di sinilah manusia itu dengan menggunakan indera jasmaninya, memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan tentang kerja-kerja Allah, dan melalui pengetahuan itu untuk Mengenal Allah. Pandangan terhadap Allah inilah yang menentukan kebahagiaan dan keselamatan di hari kemudian; karena untuk mendapatkan Ilmu Pengetahuan inilah, maka manusia turun ke dunia dan tanah ini. Selagi inderanya ada bersama dengannya, orang itu dikatakan berada “dalam dunia ini”.

  2. Marilah kita sama-sama menyemak di manakah kedudukan kita sekarang ini. Marilah kita bersama-sama memahami tujuan kehidupan ini. Menjadi hambaNya yang patuh dan taat. Menjadi khalifah yang amanah dan jujur. Semoga kita beroleh ketengan jiwa.

  3. Allah menyatakan bahawa manusia beroleh keuntungan (di dunia dan akhirat) dengan melaksanakan tugasan tersebut. Pelaksanaan suruhan amar ma’ruf dan nahi mungkar hanya dapat dilaksanakan dengan efektif dengan adanya kuasa. Kekuasaan yang ada pada manusia ini perlu disalurkan dengan cara yang betul dan adil.

  4. Dalam al-Quran, Allah telah menyatakan beberapa golongan manusia yang mempunyai tumpuan tertentu dalam kehidupan mereka. Ada segolongan manusia yang dinyatakan dalam al-Quran yang tumpuan hidup mereka hanyalah makan dan berseronok. Allah berfirman:

    Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad: 12)

  5. Setiap manusia mempunyai matlamat hidup di dunia ini. Mereka yang tidak mempunyai matlamat hidup pasti akan terumbang-ambing dibawa arus dunia. Namun tidak semua manusia yang mempunyai matlamat hidup di dunia ini hidup dalam keadaan tenang. Siapakah dalam dunia fana ini yang hidup dengan jiwa yang tenang?

  6. Cara untuk menetapkan matlamat hidup;

    1. Buatlah matlamat yang spesifik
    2. Jadikan matlamat itu suatu yang dapat dinilai
    3. Jadikan ia realistik
    4. Tetapkan tempoh masa yang jelas dan munasabah
    5. Serasi dengan jiwa
    6. Pecah-pecahkan matlamat
    7. Sebarkan kepada orang lain
    8. Kita mesti bertanggungjawab
    9. Berdisplin dan istiqamah

    “Sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara akan berlaku dalam sesuatu masa. Oleh itu, rancanglah sesuatu”

    Secara ringkasnya, ada tiga perkara utama dalam perancangan hidup.

    Pertama adalah sasaran yang jelas.
    Kedua perancangan.
    Ketiga tindakan.

    Apabila kita hendak berjaya dalam hidup, lakukanlah semua perkara ini.

  7. Daripada membatasi apa yang bisa raih, lebih baik mulai impikan apa yang bisa anda capai, raih, dan lakukan ACTION dari sekarang.

    1. karena memang keberhasilan bukan untuk mereka yang selalu bermimpi tapi untuk mereka yang mengejar mimpinya…

  8. dalam tiap proses mencapai tujuan, PASTI selalu ada hambatan atau tantangan yang membuat anda berada dalam kondisi terjepit atau penuh tekanan.

  9. Titik awal kesuksesan selalu dimulai dari tempat yang sama, yaitu punya impian besar. Dari sana bangunan kesuksesan mulai didirikan.

  10. Apapun profesi atau pekerjaan anda, dan apapun yang anda lakukan, lakukanlah itu dengan penuh kecintaan. Bila kita mencintai apa yang kita lakukan, tak ada kata malas, tak ada kata payah, tak ada kata putus asa. Lakukan yang anda suka dan kebahagiaan akan mengikuti anda. Bisa dalam bentuk uang atau hal lain yang jauh lebih membahagiakan yang tak dapat ditukar hanya sekedar oleh harta.

  11. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka kendalikan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktivitas tanpa perhitungan matang. Saat kita dihadapkan pada masalah yang rumit, segera petakan masalah tersebut, kumpulkan informasi secara BAL (benar, akurat, dan lengkap). Setelah informasi terkumpul baru kita membuat keputusan dan segera bertindak.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!