Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Mat Indera kisah sebenar

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang berkongsi pendapatan dalam entri “Mat Indera Pemimpin Komunis yang aku kenal“. Entri ini adalah kisah benar rasa hati orang-orang tua di kampung aku yang melalui kehidupan perit di zaman Bintang Tiga. Kita anak-anak yang dilahirkan selepas Kemerdekaan tidak pernah melalui kesukaran hidup di zaman Komunis jadi tidak adil untuk mengatakan sejarah tidak betul.

Siapa yang berani kata bahawa UMNO yang dahulunya sebuah Pertubuhan Melayu dan Tunku Abdul Rahman BUKAN watak penting dalam usaha menekan British memberi Kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sememangnya UMNO dan Tunku Abdul Rahman bukan pemula kerana sebelum itu sudah ada Pejuangan Kemerdekaan seperti Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Dol Said dan ramai lagi yang tercatat dalam lipatan sejarah Malaysia. Hanya Mat Indera sahaja yang tidak tercatat sebagai Pejuang Kemerdekaan mungkin kerana beliau menggunakan platform yang salah iaitu Komunis berbanding Pejuang Kemerdekaan yang lain yang tidak lansung bekerjasama dengan Komunis.

Ibarat bermain bola sepak yang bermain 11 orang tetapi selalunya menjaring gol seperti Messi, Ronaldo dan Rooney yang diangkat sebagai hero begitu juga kisahnya Tunku Abdul Rahman yang diangkat sebagai Bapa Kemerdekaan di antara semua Pejuang Kemerdekaan kerana Tunku yang berjaya memujuk British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Kita tahu Mat Indera kisah sebenar adalah Pejuang yang menentang Penjajahan British tetapi agak sukar untuk mengiktiraf beliau kerana beliau berjuang bersama Parti Komunis Malaya. Mengiktiraf Mat Indera secara tidak langsung juga bermakna mengiktiraf Parti Komunis Malaya juga secara tak langsung juga mengiktiraf ideologi Komunis dan secara tak lansung mengiktiraf kekejaman yang pernah dilakukan.

Pendapat peribadi aku agak sukar untuk Kerajaan samada di bawah Pimpinan BN atau PAKATAN untuk mengiktiraf Mat Indera sebagai Pejuang Kemerdekaan kerana implikasinya terlalu besar dan boleh mengubah pendirian dan polisi luar Malaysia. Yang terbaik kita semat dalam hati bahawa Mat Indera adalah seorang Pejuang.

Sebaiknya kita guna seluruh tenaga untuk terus berusaha memajukan Malaysia untuk generasi akan datang. Jadikan sejarah sebagai panduan dan pedoman untuk membina Bangsa Malaysia yang lebih berjaya bukan membuang tenaga berbahas sejarah untuk kepentinga politik sahaja.

---

  1. Seburuk-buruknya orang tentu ada sesuatu yang baiknya…
    Entri terbaru Dadan – Laga Euro 2012 : Yunani vs RusiaMy Profile

  2. sesekali bila dikejutkan kita akan tersedar…

  3. Panji Semarang says:

    jikapun benar Mat Indera pejuang kemerdekaan, namun dia di platform yang salah. komunis bukanlah platform yang benar untuk memperjuangkan kebenaran, malahan kebenaran Islam yg kita anuti

  4. jangan tidak sedar..dan jangan malas membaca buku2 haluan kiri juga..jangan tidak sedar anda dibawah sistem permerintahan feudal…Kapitalisma yg juga ideologi dari seorang yahudi…jangan jadi bodoh sombong..semua teori2 yang anda pelajari juga kebanyakan semua adalah idea2 dari org yahudi yg sudah pun diberi kelebihan akal…jangan cakap berdekah2….tengok sekeliling engkau..negara kau sendiri..pun bekerjasama dgn israel yahudi…alasan kerana ideologi komunis itu dtg dari seorang yg yahudi dan kerana itu anda ttidak dpt menerima..jgn jadi poser….

  5. nice info… :)
    Entri terbaru amie7834 – Tips menaikkan Berat Badan Secara SihatMy Profile

  6. Mat indera adalah pahlawan negara, namun pejuangan PKM harus kita tolak. kerana asal usul ideologi komunis adalah dari seorang yahudi yang mendukung freemanson, Karl Mark. Mungkin saja PKM menentang British. namun, mereka juga punya agenda tersendiri. mungkinkah ideologi PKM diubah kerana Mat indera seorang? mungkinkah agenda PKM selari dengan ideologi Islam? al-fatihah buat mat indera.
    Entri terbaru manja sheila – BAJU KURUNG MODERN 5 (RM244 EXCLUDE POSTAGE)My Profile

  7. zainorin bin zainal says:

    kalau nk tau citer tanyala penduduk Kg Jeram Mesjid Bakri Muar, Mat Indera selalu di kg tu. Ramai penduduk kg aku masa waktu kena ISA termasuk bapak aku, kena 3 tahun 9 bulan. 9 bulan lokap tak tau siang malam. Kg aku tu kecik je tapi hampir 20 org kena tangkap, tak kira lelaki ke pompuan. Antaranya Mak Long Niseh (mak Datuk Abdullah Ali YB Naning), Tuk Tom. Bapak aku siap kena seksa dlm tahanan (“detension” bapak aku ckp). Yang tukang seksa plak tu Melayu yg jd barua2 British laknattullah. Bapak aku cite masa tu sapa parti selain dari UMNO kena buru, dok kg kena tangkap, abis tu nak wat macam mana? Lari dalam hutan laaa..pas tu di tuduh kominis..kalau mcm tu KMM, PKMM, API, AWAS, BATAS semua kominis la..? Yang kepalanya bawah bulu ketiak British bukan kominis.. Parti2 ini semuanya diharamkan. Mungkin antara syarat untuk “BEBAS DARI NAUNGAN BRITISH” adalah kena istihar semua parti itu KOMINIS.. Kalau tak, tak boleh BEBAS NAUNG…hehehe

    Ape kata kita laungkan pada setiap 31 Ogos dengan…

    BEBAS NAUNG, BEBAS NAUNG, BEBAS NAUNG…

    atau pun laungkan HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU..hehehe
    kan selogan UMNO mula2 ditubuhkan adalah untuk hidup melayu bukan untuk merdeka.

    Org semua citer tentang negative Mat Indera, pada aku pulak yang paling sial , dan lebih dari anjing adalah Mat Tokiyo, org yg tuba Mat Indera.Ciri2 org yg pentingkan duit dari bangsa sekarang berlambak2 keliling kita. Nak tau, dok dalam UMNO…

  8. ada baiknya blogger2 johor membuat research…dan temuramah warga-warga tua di zaman tersebut supaya maklumat kisah sejarah bukit kepong ini dapat di kongsi bersama
    Entri terbaru apaajanews – KD PARI TENGGELAM – AKIBAT KEKURANGAN KAPAL?My Profile

  9. mereka semua pejuang kemerdekaan..
    semoga semua ditempatkan di kalangan yang terpilih oleh Allah..
    di tempat yang baik2..
    Entri terbaru LadyBird – Ungkapan.. Janji..My Profile

    • menyahut seruan sabilliallah setiap tahun adalah fardhu kifayah..jika tidak ada yg mnyrtai berdosa seluruhnya..mat indera alim agamanya, sbb tu dia menentang melayu yg bekerja dgn penjajah..

Trackbacks

  1. […] to:http://denaihati.com/mat-indera-kisah-sebenar Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this post. Leave a Comment Leave a […]

Artikel pilihan...close