Marah Ayah dan Ibu setakat mana

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 4/7/12 sepatutnya aku mengikut rombongan Kembara Media ke Kemboja untuk membuat liputan aktiviti eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. Niat terpaksa dibatalkan setelah mendapat berita keluarga dari Pekanbaru datang ziarah pada tarikh yang sama untuk berlibur di Kuala Lumpur. Rombongan kembara Media bersama Blogger Sweetkurma berlepas dari LCCT awal pagi 4/7/12.

1/7/12 aku pulang ke kampung di Segamat untuk ziarah emak dan abah. Mereka ikut kami balik ke Kuala Lumpur kerana ingin menziarahi besan yang dimasukan di Hospital Serdang. Biasalah bila dah berjumpa dengan emak dan abah berbagai kisah keluarga dibincangkan. Antara kisah paling sadis yang baru aku tahu seorang sepupu di Muar tidak pernah balik kampung menziarahi ibubapanya selama tiga tahun berturut-turut kerana terguris hati dengan kata-kata kasar bapanya. Memang ramai anak-anak yang merajuk dengan ibubapa sehingga sanggup tidak pulang ke kampung bertahun-tahun demi menegakkan keegoan yang entah kemana.

Pagi 4/7/12 sedang asyik aku menulis entri “Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto“, memantau harga saham Felda dan menerima laporan pergerakkan Kembara Media Kemboja dari Pegawai Operasi eQurban tiba-tiba aku menerima whatsapp yang mengejutkan.

“Pak Cik Mis meninggal kemalangan”.

Terkejut sebab baru semalam dapat berita Pak Cik suami isteri tak terpilih untuk mengerjakan haji tahun 2012, pagi ini sudah tiada dijemput Allah SWT. Memang hebat perancangan Allah SWT kalau tidak kerana rombongan dari Pekanbaru yang akan sampai petang 4/7/12 pasti aku sedang berada di Kemboja dan tidak dapat menziarahi arwah Pak Cik yang memang rapat sangat dengan aku. Oleh kerana anak-anak sedang bersekolah dan tetamu Pekanbaru akan sampai maka aku dan isteri berbahagi tugas. Aku pergi sendiri menziarahi arwah Pak Cik.

Alhamdulillah walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan sempat juga aku menatap wajah arwah untuk kali terakhir dan menyembahyangkan jenazah beliau. Dalam hati berkata sudah tiada apa yang lebih bermakna apabila sudah dikapan melainkan amalan, harta yang diinfaq dengan ikhlas, ilmu baik yang disampai-sampaikan dan anak yang soleh sebagai bekalan. Mata aku menjeling mencari-cari anak beliau yang sudah tiga tahun tidak pulang kerana merajuk dimarah arwah. Di celah ratusan keluarga yang datang tidak kelihatan tak kan lah merajuk separah ini sehingga ayah meninggal pun tidak pulang.

Pejalanan terakhir untuk setiap manusia

Selesai pengkebumian jenazah baru ternampak anak arwah Pak cik yang sudah tiga tahun tak kembali, berlumuran lumpur kerana mengali kubur dan menyelesaikan pengkebumian jenazah ayahnya. Marah ayah dan ibu setakat mana sehingga kita anak nak merajuk panjang. Bila jasah sudah tidak bernyawa apa lagi yang boleh kita banggakan dengan keegoaan selama bertahun-tahun. Kepada anak-anak di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan emak semuga kisah ini menjadi pengajaran sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke Syurga untuk anak jadi jangan sesekali anak membakar jabatan walau segarang mana ibubapa kerana yang rugi besar pastilah anak.

AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis semuga Allah SWT tempatkan Pak Cik bersama mereka yang terpilih masuk ke Syurga.

Nota : Ringankan tangan klik button FB Share, G + n Retweet sekiranya entri ini memberi manafaat kepada yang lain.

---

  1. Dah lama sangat tak balik ke kampung halaman..

    Insya’lah minggu ini, nak berjumpa dengan kedua orang tua ku… Dorang dah 2x turun KL, bro juga yang tak balik2
    Entri terbaru Bro Framestone – Luahan Hati Seorang Blogger [Part 23] Jangan Sekadar Popular Dalam Kelompok Blogger Melayu SahajaMy Profile

  2. Semoga arwah Pak Cik Mis ditempatkan dikalangan yang beriman…
    Entri terbaru Dadan – Kualifikasi AFC U22 2013 : Indonesia vs AustraliaMy Profile

  3. Pada yang masih ada ayah,betul kata DH tu,nak merajuk sampai bila dengan ayah sendiri,kalau dah tiada nanti jangan menyesal pula sebab tak sempat cium tangan ayah – saya tak ada ayah sejak kecil :(
    Entri terbaru azman – Pakej Celcom PostpaidMy Profile

  4. Al fatihah kepada arwah…semalam rakan opis aku juga pergi buat selama2nya….alfatihah juga buat Roslan Othman, semoga roh beliau dan roh arwah Pak Cik Mis ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh….
    Entri terbaru yas – KEKEJAMAN MYANMAR – PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYAMy Profile

  5. Al-fatihah buat arwah pakcik.. mmg benar kdg2 terlalu tinggi ego kita sbg anak.. tp ingatlah marah mcm mana pun ibubapa terhadap kita dlm hati mereka masih menginginkan kita utk selalu menziarahi mereka. Sebagai anak apa salahnya kita mengalah asal saja hubungan kita dgn ibubapa tidak renggang. terima kasih atas entri yg berguna ini.. Sya juga insaf akan kejadian ini.
    Entri terbaru Queen Teratai – Khamis Spontan #25My Profile

  6. Emm bagus artikel ni..menginsafkan aku..al-fatihah buat simati…
    Entri terbaru Hafizul – Pondok Kecil Seusia 63 HariMy Profile

  7. alfaihah juga,,semoga mendapatkan tempat t erindah,,terima kasih atas ceritanya yang amat beramnfaat..

  8. alfatihah, sadis sungguh kalau anak jenis makan dalam ni. nasib baik jenis ayah saya dari kecik garang gila,tp bila saya dah besar, alhamdulillah dengar cakap.. bila kecik dimanja, besar naik kepala..tapi tak boleh salahkan anak ibubapa tu sendiri, atas individu orang kata.. bersyukur ayah dan ibu sy didik saya sebaiknya
    Entri terbaru syahrilhafiz – Tips Atasi Masalah Laptop OverheatingMy Profile

  9. Marah orang tua untuk kasih sayang kpd anak2 dan demi kebaikan.. Anak2 jangan ler ambil hati dgn apa yang ditegur
    oleh mereka.. Jadikan sebagai tangkal untuk dimasa akan dtg
    Entri terbaru nurmisnan – KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BANMy Profile

  10. Al-fatihah..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman..

    Entri yang menyentuh hati..semoga kita dapat perbaiki diri kita di masa depan..ini juga satu pengajaran buat anak-anak diluar sana..hargailah ibu bapa selagi mereka masih hidup
    Entri terbaru adibabdullah – Tips Belajar Menghadapi PeperiksaanMy Profile

  11. AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis semuga Allah SWT tempatkan Pak Cik bersama mereka yang terpilih masuk ke Syurga.

    Bagi mereka yang masih ada ibu dan bapa.. Kita sepatutnya bersyukur.. menghargai dan menyayangi ibu bapa kita sebagaimana mereka menyayangi kita sewaktu kita masih kecil..

    Kita harus ingat tanpa mereka, mustahil kita boleh berada di dunia ini.. Mereka tidak pernah bercerita pengorbanan dan kesusahan yang pernah mereka alami untuk membesarkan kita.. Sebab mereka ikhlas menyayangi kita..

    Kita pegang pada jasad badan kita.. dan bertanya bagaimana aku boleh menjadi diri aku sekarang? Siapa yang bertanggung jawab menjaga aku sehingga aku jadi sebesar ini?

    Kita harus ingat.. Kita dijadikan daripada setitik air mani.. Dan kita dilahirkan dalam keadaan telanjang.. Tiada apa2 keistimewaan pun pada diri kita.. Ibu bapa kita yang telah bertanggunhjawab membesarkan kita sehingga seperti apa yang kita ada sekarang..

    Sepanjang kita membesar, tentu banyak perkara yang kita lakukan telah mengguris hati mereka.. Dan mereka telah pun memaafkan kesalahan tersebut.. Jadi apabila berlaku perselisihan faham dengan mereka, janganlah kita lekas berasa hati .. Sampai merajuk taknak balik kampung..

    Ingat!!.. Tanpa mereka, siapalah kita..

    Sementara ibu bapa kita masih ada, kita hargailah mereka… Hidup mereka pun tidak lama.. Bila-bila masa sahaja mereka akan dijemput oleh Allah S.W.T…

    Sekiranya mereka telah tiada, kita hanya dapat melihat nesan mereka sahaja.. Pada masa tu kita tak berpeluang pun nak menggembirakan hati mereka..

    Jadi hargailah mereka sementara mereka masih ada.. Wallahualam..
    Entri terbaru Anuar – Sebahagian Besar Rakyat Malaysia di bebani Hutang Rumah dan KeretaMy Profile

  12. Alfatihah moga rohnya dikalangan org2 yg beriman
    sesiapa yg masih ade ibubapa gunakan sepenuhnya peluang yg ini utk berbakti kepada mereka…
    Entri terbaru auc dot com – Inilah Kualiti Air KitaMy Profile

  13. al-fatihah buat pakcik mis..

    baca entri ni teringat dulu penah jugak merajuk sebab kena marah dgn abah saya.. lari tak balik rumah 2 3 4 hari je.. pastu balik rumah sebab duit dah takde.. lapar nasik.. hehe..

    entri ni buat saya rasa rindu pada mak dan abah kat kampung..
    Entri terbaru Anarm – Nuffnang Blogopolis 2012 Blogger ConferenceMy Profile

  14. Alfatihah untuk Pakcik Mis
    Entri terbaru ayu jamal – Shenzhen OCT EastMy Profile

  15. Tersentap hati dan mengalir air mata baca entry ni. Sesungguhnya marah ayah dan ibu kerana sayang. Mereka yang lahirkan dan besarkan kita, apa hak kita sehingga nak merajuk sebegitu rupa. Sayangi mereka selagi mereka ada.
    Entri terbaru nik – Hyundai 3s Sutera Gemilang Auto kini dibuka di Shah Alam!My Profile

Trackbacks

  1. [...] merawat pelbagai tekanan. Kadang-kadang ragam si anak membuatkan hati aku membara. Namun aku tahu marah ayah dan ibu setakat mana sangat la kan. Terus hati ini teringat akan kata-kata mak [...]