Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Malaysia final Pesta Bola Merdeka 2013 apa harapan

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, minat aku kepada bola sepak Malaysia segar semula apabila menyaksikan perlawanan Piala Suzuki 2010. Prestasi bola sepak Malaysia jatuh menjunam selepas era arwah Moktar Dahari menyebabkan tak ramai yang memandang. Sebelum ini rasanya pegawai-pegawai FAM yang macam tak buat kerja lebih terkenal daripada pemain-pemain kebangsaan.

Suatu masa dahulu Pesta Bola Merdeka adalah medan pertandingan yang sangat berprestij di Asia sehingga dapat menarik pasukan besar Asia seperti Korea, Jepun, pasukan daripada negara Arab dan kelab-kelab besar daripada Europe. Akibat daripada pasukan Kebangsaan Malaysia yang semakin lemah daya tarikan Pesta Bola Merdeka kian hilang. Itulah nasib bola sepak Malaysia tetapi pentadbiran FAM tidak pernah nak mengaku kesilapan masih duduk dikerusi tanpa rasa malu.

Jom pasang banner Harimau Malaya tanda sokongan kepada Pasukan Malaysia. Dapatkan di SINI.

Harimau Malaya

Aku pun ada sejarah dengan Pesta Bola Merdeka teringat kisah legenda budak hostel ketika itu bersekolah di Sekolah Alam Shah, Cheras sanggup panjat pagar demi nak menonton kehebatan Zainal Abidin Hassan beraksi di Stadium Merdeka. Nasib baik tak kena tangkap dengan cikgu disiplin ketika menyusup masuk balik dari menonton Pesta Bola Merdeka. Pengalaman duduk asrama ini memang best boleh jadi macam-macam entri blog … heeee.

Alhamdulillah banyak peningkatan bola sepak Malaysia walaupun terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan pasukan kebangsaan Korea dan Jepun. Malaysia yang diwakili oleh Harimau Muda untuk persaingan Pesta Bola Merdeka 2013 telah menunjukan prestasi yang baik.

Keputusan Pesta Bola Merdeka 2013 untuk pasukan Harimau Muda

Malaysia vs Singapore : 1 – 0

Malaysia vs Myanmar : 2 – 1

Malaysia vs Thailand : 3 – 0

Pasukan Malaysia layak ke final menentang Mynmar pada 14/9/13 setelah menang ketiga-tiga perlawan pusingan awal. Melihat pemain-pemain Harimau Malaysia beraksi seperti Wan Zack Haikal yang sekarang bermain di Liga Jepun memberi sinar kepada bola sepak Malaysia. Paling penting ranking dunia Pasukan Kebangsaan Malaysia mesti ditingkatkan bawah 70 supaya pemain-pemain muda ini dapat beraksi di Liga Eropah seperti pemain-pemain Korea dan Jepun.

Aksi Wan Zack Hikal ala David Beckam ketika menentang Myanmar … mamat ini memang ada masa depan kalau tak hanyut dengan duit seperti kebanyakan pemain lain.

Live-Malaysia-vs-Myanmar-final-pestabola-merdeka-2013

Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka 2013

Keputusan Malaysia vs Myanmar : 1 – 0

Harga tiket final Pesta Bola Merdeka 2013

  1. Tempat duduk biasa – RM20
  2. Grandstand – RM50

Live Streaming Malaysia vs Myanmar


Ada harapankah pasukan Malaysia untuk menjuarai Pestabola Merdeka 2013 kerana Myanmar bukan pasukan belasahan.

---

  1. selamat buat harimau malaysiaaaa :)
    Entri terbaru Resep Masakan Nusantara – Tips Agar Si Kecil Ingin MakanMy Profile

  2. yes, memang skang ni bola malaysia tengah naik. Harapan kita semua agar terus maju dan terus maju. Bagi aku Ong Kim Swee memang coach terbaik. Semua pemain harimau muda under dia semua dapat digilap potensi
    Entri terbaru iqbal – Cara Unik Cover Screen PecahMy Profile

  3. tahniah kepada harimau muda.moga teruskan rentak kemenangan untuk kejohanan-kejohanan akan datang…

  4. Tahniah buat wira-wira muda negara. Majulah bola sepak untuk negara. Kembalikan kegemilangan bola sepak di era 70-an dahulu. Kita pasti menjadi pasukan paling digeruni di rantau Asia Tenggara.

  5. Selamat kepada harimau muda yang sudah memenangkan pertandingan melawan Myanmar
    Pasti ni sebuah hadiah yang bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia
    Entri terbaru Rina – Best List of Free Download Responsive Premium Blogger TemplatesMy Profile

  6. suka tengok corak permainan harimau muda semalam pantas dan tersusun terbaik. tahniahh
    Entri terbaru Khairul Zamri – Nasi Lemak EmakMy Profile

  7. Tim Malaysia pun akan bertemu tim Indonesia di AFF U-19
    Entri terbaru Abi Bewara – Spesifikasi Baterai iPhone 5S dan iPhone 5CMy Profile

  8. kalaulah FAM dapat merubah dan hala tuju baik pasti bola sepak dapat dibangunkan
    Entri terbaru Juan – Sumber Pendapatan Selepas BersaraMy Profile

  9. Sudah 1-0 sekarang. Malaysia di hadapan. Go go Malaysia!
    Entri terbaru Shafiq Ramli – GTA V Versi Xbox 360 Sudah Tertiris di InternetMy Profile

  10. Pastnya pertarungan malam ini adalah maruah kita dan sebagai persiapan kita untuk mempertahankan Piala Sukan SEA dfalam bolasepak.
    Entri terbaru Blogger Top Star – Dapatkah Malaysia Menjuarai Pestabola Merdeka 2013.My Profile

  11. Hangatkan malam ini dengan sorokan harimau meraum….diantara Malaysia vs Myanmar.
    Entri terbaru Blogger Top Star – Dapatkah Malaysia Menjuarai Pestabola Merdeka 2013.My Profile

Trackbacks

  1. […] #PestabolaMerdeka – Untuk mengetahui lebih lanjut berita berkenaan Pestabola Merdeka boleh ikuti di blog Denaihati.com […]

Artikel pilihan...close