Madrasah Tahfiz An Nuur perkenalan dari sebuah entri blog

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidup ini memang ketentuan Allah SWT manusia tiada kuasa untuk mengubah melainkan dengan doa yang sungguh-sungguh. Banyak dalam hidup yang tidak pernah kita rancang tetapi sudah menjadi sebahagian catatan sejarah yang manis dan pahit. Memang benarlah seperti firman Allah SWT dalam ayat 23 – 24 surah Al Kahf yang maksudnya “Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan itu besok pagi, kecuali (dengan mengatakan) “Inshaa Allah.”

Teringat kisah 16 Januari 2011 buat pertama kali menjejakkan kaki di Madrasah Tahfiz An Nuur Kemboja seperti dalam entri INI. Kami dari eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja mengiringi seorang Sheikh dari Arab Saudi yang dalam rangka lawatan menziarahi institusi yang beliau biayai. Ustaz Arafat, Mudir Madrasah adalah lepasan pelajar dari sebuah Madrasah Tahfiz di Muar dan banyak mendapat bantuan daripada sebuah masjid di Bandar Baru Bangi.

Madrasah An Nur Muar Pelajar

Memang tak sangka entri Madrasah Tahfiz An Nuur Kemboja mendapat maklumbalas dari Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur, Muar melalui ruang komen. Melalui entri ini kami berbalas-balas komen.

mudirmadrasah (21 January 2011 at 2:51 pm) : Assalaamu’alaikum; Alhamdulillah ada juga yang bercerita tentang cawangan madrasah kami di kemboja. Madrasah Tahfiz An-Nuur Kemboja adalah cawangan kepada madrasad tahfiz an-nuur di muar johor. Jika ada sebarang derma untuk mana-mana madrasah kami samada di malaysia atau kemboja, boleh salurkan ke Bank Islam atas nama Madrasah tahfiz Al-Quran An-Nur. No akaun 01023010061392. Boleh hubungi 013xxxxxxx untuk maklumat lanjut.

denaihati (21 January 2011 at 4:36 pm) : Alhamdulillah syukur. Bolehlah kami juga melawat madrasah di Muar selain sering melawat cawangan di Kemboja.

mudirmadrasah (21 January 2011 at 7:56 pm) : Ana ada terima sms anta. Kami mengalu2kan kedatangan sesiapa untuk berkenalan dengan madrasah. Lagi pun sekarang ni kami sedang membina sebuah bangunan baru yang ditaja oleh seorang dermawan. Beliau hanya menaja sebuah bangunan dua tingkat tanpa infrastuktur seperti meja mengaji, rak kitab, al-Quran dan sebagainya. Jika ada yang sudi untuk menyumbang adalah amat dihargai. Jazakumullahukhair.

denaihati (22 January 2011 at 11:41 am) : Insya Allah ana akan melawat Madrasah An Nuar Muar dalam masa terdekat.

Kami sekeluarga telah pergi menziarahi Madrasah Tahfiz An Nuur Muar sambil membawa hajat besar.

mudirmadrasah (2 February 2011 at 4:22 pm) : Jazakallahukhair atas kunjungan. Semoga Allah memberkati tuan dan keluarga.

Madrasah Tahfiz An Nur Muar

Alhamdulillah hari ini Ustaz Noehas (Noor Effendi Bin Hj. Hamid Al Hafiz) menjadi salah seorang pelajar Akademi Denaihati yang sangat berjaya melalui blog beliau Noehas.com dengan perkongsian ilmu agama secara santai dan mudah difahami. Madrasah juga telah mempunyai blog iaitu Madrasahannur.com yang uptodate dengan berbagai informasi. Ramai pelajar-pelajar baru yang mendapat informasi secara online melalui blog madrasah hasil carian di Google.

Madrasah Tahfiz An Nuur Muar

Madrasah Tahfiz An Nuur (MAN) ditubuhkan pada 16 April 2000 di Kesang Laut, Muar bermula dengan 10 pelajar lelaki dan seorang ustaz. Dalam tempoh 13 tahun MAN telah berkembang dengan pesat dan sekarang mempunyai lebih 200 lelaki dan perempuan dari berbagai negara dengan 18 tenaga pelajar yang berpengalaman. Dalam tempoh genap 13 tahun pada 16 April 2013, MAN telah melahirkan lebih daripada 70 orang hafiz dan hafizah Al Quran yang telah menghafal 30 juzuk Al Quran. Sebahagian pelajar telah melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di dalam dan luar negara. Baru-baru ini 5 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah dihantar ke Yaman untuk menyambung pelajaran dalam bidang Bahasa Arab.

Ustaz Noehas dan Ibu

Setiap hujung tahun MAN akan menganjurkan kem Al Quran untuk pelajar dari seluruh negara dan dari sinilah pelajar baru akan dipilih untuk kemasukan baru. Kepada ibubapa yang berminat untuk menghantar anak melanjutkan di MAN sila berhubung terus dengan pentadbiran seperti yang terdapat di blog Madrasah.

Terima kasih kepada pembaca blog Denaihati yang sudi menyumbang wang dan tenaga demi kemajuan Madrasah Tahfiz An Nuur untuk melahirkan generasi celik Al Quran akan menjadi pemimpin yang akan bertebaran di atas muka bumi Allah untuk memberi manafaat kepada seluruh alam tanpa mengira bangsa dan fahaman politik. Matlamat utama supaya seluruh alam mendapat keredhaan di sisi Allah SWT bukan di sisi manusia. Kepada yang nak infaq harta untuk kemajuan MAN sila klik SINI.

Siapa sangka kita semua penulis dan pembaca blog Denaihati dapat bersahabat dengan orang hebat Ustaz Noehas hanya kerana sebuah entri Madrasah Tahfiz An Nuur Kemboja. Inshaa Allah suatu hari MAN akan mejadi bukan sekadar Madrasah tetapi institusi Tahfiz yang bakal melahirkan graduan ijazah Al Quran yang bakal mejadi ulama-ulama yang akan memperjuangkan agama Allah SWT di seluruh alam.

60 Comments

  1. ada juga kawan punya adik masuk sini , dkat muar memang banyk sekolah2 tahfiz ni , alhamdulillah rmai yg mgenali warga tahfiz dan tidak memandang serong pdnya , almaklum rmai yg fikir kalo ambik aliran tahfiz tak boleh pegi jauh kalo nak dibandingkn ambik aliran sains. nice sharing =)
    Curahan rasa ArinaMilikDia @ ..SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANIMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!