London pusing-pusing cuci mata


Assalamualaikum dan Salam dari London, mata memang mengantuk, badan memang letih tapi tak mahu lelap walaupun selepas dinner di Restoran Haandi Knightsbridge tak jauh dari Harrods. Malam pertama di London sempat juga pusing-pusing di Kotaraya London melihat nightlife in London.

20120906 062533 London pusing pusing cuci mata

Sempat tidur dua jam, jam 4.30 am pagi terjaga lansung tak nak lelap mata ni akibat Jet Lag perubahan masa tujuh jam dari Malaysia memang sangat terasa.

Hari kedua kami lunch di Restoran Melur yang menghidang makanan Malaysia dan Indonesia. Terletak di Edgware Road selang dari beberapa kedai arab yang aku sarapan pagi semalam. Edgware Road ni lebih bagus tukar nama jadi Arab Street sebab banyak sungguh restoran, market dan kedai arab tu tak masuk lagi orang arab yang bersimpang siur.

20120906 055834 London pusing pusing cuci mata

Macam-macam menu Melayu dan Indonesia ada paling best dapat pekena teh tarik. Rasa makan yang dipesan memang sedap jadi kepada yang nak ke London mesti singgah sini nikmati kelazatan makanannya. Lain kali kalau dah jemu ngeteh kat Shah Alam bolehlah Abang Ensem dan Zarul Umbrella organise ngeteh kat London … heee.

20120906 054650 London pusing pusing cuci mata

20120906 054741 London pusing pusing cuci mata

Selepas lunch naik teksi pergi ke The Square Mile London pusat kewangan London. Mengikut seorang teman yang menemani The Square Mile ini adalah kawasan hartanah termahal di dunia. Boleh lah aku ajak Bro Jomhartanah survey prospek kat sini … mampu ke??

Ni antara pemandangan London dari tingkat 21 sebuah menara perniagaan yang terkenal di The Square Mile London yang kami lawati.

20120906 055401 London pusing pusing cuci mata

20120906 061954 London pusing pusing cuci mata

Banyak juga bangunan yang cantik di The Square Miles ini gabungan bagunan lama dan baru. Semasa perang dunia ke dua hampir semua bagunan di sini musnah di bom oleh German. Bagunan warna merah ini antara yang cantik dan kreatif.

20120906 055655 London pusing pusing cuci mata

Trafik di The Square Miles ni pun boleh tahan. Untuk menuju ke Oxford Street kami ambil keputusan untuk naik Tube (keretapi bawah tanah). Kami berjalan ke stesen paling dekat Liverpool Street Station. Boleh tahan besar dan lebih teratur kalau nak dibandingkan di Rome (teringat-ingat pulak kembara di Rome).

20120906 055447 London pusing pusing cuci mata

Liverpool Street Station

20120906 055523 London pusing pusing cuci mata

London Tube

Punyalah ramai manusia shopping di Oxford Street. Macam bangsa, rupa dan gaya. Cuaca pun agak sejuk jadi memang seronok duduk ngopi sambil cuci mata melihat simpang siur manusia dengan berbagai ragam. Di Oxford Road ni ada macam-macam kedai dan mall dengan berbagai jenama dari yang murah hinggalah yang super mahal, pilih je apa yang nak ikut bajet yang ada. Kalau dapat shopping dengan Sweetkurma mesti best ni.

20120906 055916 London pusing pusing cuci mata

20120906 062133 London pusing pusing cuci mata

Nak pusing-pusing Kota London tak susah sangat boleh naik Tube atau paling popular naik teksi yang unik hanya ada di Kota London sahaja tapi perangai pemandu teksi macam lebih teruk dari pemandu Teksi Malaysia je. Pusing di mana-mana sahaja diaorang nak, bawa laju dan tergesa-gesa macam tak welcome je tapi bukanlah semua. Banyak juga berlaku kemalangan di London ni serupa seperti di Malaysia.

20120906 061930 London pusing pusing cuci mata

Paling popular dan paling unik boleh juga travel dengan bas double decker.

20120905 064110 London pusing pusing cuci mata

Malam kalau nak merasa suasa dingin boleh naik beca. Insya Allah ada rezeki nanti bolehlah bawa isteri pusing-pusing Kota London naik beca moden ni.

20120906 075617 London pusing pusing cuci mata

Kepada yang lebih adventure boleh sewa basikal pusing-pusing Kota London.

20120906 075655 London pusing pusing cuci mata

Nak bersiar-siar melihat kehebatan London lebih mudah naik London Tour Bus yang akan bawa kita kebermacam tempat yang menarik. Tiket bas boleh dibeli di reception hotel atau di kaunter hentian bas dengan harga 29 pound. Kepada yang nak tengok keindahan London jom terjah blog ini yang dah biasa pusing-pusing London.

20120907 055757 London pusing pusing cuci mata

20120907 061350 London pusing pusing cuci mata

Kami akhirkan hari kedua dengan dinner di Restoran China  Tang di Hotel Dorchester yang diperolehi dari aplikasi Zabihah. Bukan senang nak cari Chinese Halal Food di London dan Restoran China Tang antaranya.

20120906 055933 London pusing pusing cuci mata

Tapi tak sangka rupanya ni upmarket restoran majoriti yang makan di sini Orang Kaya Arab, perut dah lapar kami order je lah. Macam-macam kereta besar dan sport yang parking depan hotel antara yang paling pelik yang ini.

20120906 080954 London pusing pusing cuci mata

Hari ketiga lebih banyak pusing-pusing London dengan London Tour Bus dan window shopping di Chinatown dan Oxford Street. Puas mencari restoran Halal ikut aplikasi Zabihah, setelah berjalan hampir 1Km baru jumpa C & R Restoran tapi bila tengok menu ada pulak menu yang tak halal. Jalan lagi lebih kurang 400 meter jumpa Restoran Jom Makan tapi dah tutup. Jalan lagi 500 meter sampai di Restoran Melati setakat tengok gambar makanan yang sedap kerana restoran ini pun dah tutup. Akhirnya buat keputusan makan di Restoran Melur. Inilah uniknya kembara ke luar negara mencari Halal Food memang susah tapi pengalaman yang manis.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Asyrof Asri 19 May 2013 at 6:08 pm

    Wah kereta tu yang memang menarik hati tu. :)
    Entri terbaru Asyrof Asri – Wordless Friday – Mahasiswa Pilih Siapa?My Profile

  • Blog Keperawatan 18 November 2012 at 7:11 am

    Kapan bisa berjalan-jalan keluar negeri yah..semoga suatu saat nanti bisa tercapai
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Diet Penderita Diabetes MelitusMy Profile

    • blog pendidikan 18 December 2012 at 2:08 am

      hanya bisa bermimpi, mudah-mudahan suatu saat bisa ke london

1 5 6 7


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network