Live Malaysia vs Singapore pusingan kedua Kelayakan kedua Piala Dunia 2014
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia terhenti tepat jam 8.45pm 28/7/2011 untuk menyaksikan live perlawanan pusingan kedua kelayakan kedua piala dunia 2014 Malaysia menentang Singapore. Harimau Malaya yang tertinggal 2 gol setelah tewas di pusingan pertama di stadium Jalan Besar setelah tewas 3 – 5 pasti bagaikan Harimau cedera yang akan berjuang hingga titisan peluh terakhir.
Lebih 85ribu tiket telah habis dijual untuk memenuhi Stadium Bukit Jalil bagi melihat secara live Malaysia vs Singapore dan memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Berdoalah semuga Harimau Malaya dapat bermain pada prestasi terbaik melawan dan menjaringkan gol tapi jangan lupa pertahanan mesti kukuh menahan serangan Singa Singapore. Aku mahu lihat Malaysia menang 3-0 barulah power.

Aku seperti biasa akan mengikut keputusan terkini Malaysia lawan Singapore melalui live streaming di stadium Twitter dengan hashtag #HarimauMalaya yang akan di update setiap saat oleh penyokong tegar Malaysia dan Singapore. Pasti Pasukan Harimau Malaya dengan jersi kebanggaan akan memberi tentangan yang hebat untuk memastikan Malaysia layak ke kelayakan ketiga zon Asia.
KEPUTUSAN PUSINGAN PERTAMA MALAYSIA vs SINGAPORE : 3 – 5
Tonton juga Live Streaming @ Zulkbo.com
KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA MALAYSIA vs SINGAPORE : 1 (Safee Sali) – 1
Keputusan penuh Malaysia vs Singapore Agregate : 4 – 6
Rakyat Malaysia dan Harimau Malaya jangan kecewa perjalanan baru bermula. Pasukan Kebangsaan boleh pergi lebih jauh di pertandingan yang lain insyallah.
Nota : Jangan lupa letak hashtag #HarimauMalaya setiap kali update tweet perlawanan Malaysia vs Singapore.
[ad#Yieldads]
